Pages

Saturday, February 26, 2011

FIRST TIME

          Tepat jam 7.20 pagi aku dah tercegat depan kedai ‘uncle’. Uncle tak datang lagi, jadi kena tunggu la kejap. Tiba-tiba ada orang turun dari kereta. Eh… Syuhada!

          Dia pandang aku.. la… ni kawan sekelas sekolah rendah dahulu. masyaAllah lainnya sahabatku. Bertambah manis^__^ kami bersembang untuk seketika. Tiba-tiba… aku tunjuk kat dia, pusing belakang jap!

          Eh..budak lelaki tu ketua kelas kita dulu! Lainnya… haha… kami gelak. Teringat zaman sekolah rendah. Tiba-tiba Syuhada cuit aku… aku pula pusing ke sebelah kanan… eh, dia pun budak sekolah kita… la…jodoh betul ka ni.. hehe

          Van uncle dah sampai, aku dan Syuhada duduk kat belakang. Kami berbual panjang. Perihal kawan sekolah lama… geng-geng lama. Dah lain la YA Allah…

          Seronok dengar dia aktif balik syarahannya… dia tanya… Nasuha dah tak aktif macam dulu ka?

          Aku geleng sambil senyum… tak dah. Sedih-sedih. Rindu zaman sekolah rendah. Penglibatan aku dalam silat hingga mewakili daerah ke Langkawi, choral speaking peringkat negeri… bola jaring, catur… taek wando… ah… rindunya zaman keaktifan itu. Zaman tu dah berlalu… haha… dah tak da…

*****
Kesejukan di dewan kuliah membuatkan demam aku semakin parah. Kelas tamat lebih kurang dalam pukul 11 pagi. Syukur sangat aku dapat sesi pagi untuk teori memandu sekejap lagi. Tunggu punya tunggu cikgu datang. Aku mulakan dengan ‘mood’ yang ceria. Cikgu suruh masuk duduk sebelah. Aku ikut…

          “Kamu selesema ka?”

          “Ya…demam sikit…”

          “Ha…satgi berjangkit kat saya macam mana? Buka tingkap, kita tutup air-cond…”

          Ok…akur. Cikgu terus jalan dan tunjuk macam mana nak buat dan satgi kena bawa sendiri terus. Alamak…first time ni. tak tahu…

          Kemudian cikgu berhenti di bawah pokok dan tunjuk macam mana nak tukar gear. Ok…bila dah faham. Tukar pemandu. Aku pula bawa. Haha…ketawa saja,. Boleh ka?

          Aku pun mula bawa kereta. Teragak-agak juga. Tiba-tiba cikgu tanya….

“Kamu sekolah mana?”

“Maktab Mahmud…”

“Oh…ni, nak tanya sikit..”

Budak-budak sekolah agama ni ada ka yang dok bercinta dengan lelaki ni?

            Aku terpana. Fuh…soalan. Sebenarnya ada saja…

Ada ka?

            Ada ja… bergantung pada individu la. Bukan salah sekolah tu. Sekolah dah ajar benda baik, siap hukum hakam, tapi kalau dia buat juga… itu individu dia sendiri la bermasalah.

Betul-betul.. sekolah ajar benda baik…

Cikgu nak tanya kamu… ada seorang budak perempuan ni, bagus sangat, pakai purdah, tudung labuh, bagus sangat, dia minat kat seorang lelaki ni, minat sungguh-sungguh ni, siap sembahyang… memang nak sangat la, tapi keluarga tak setuju. Apa pendapat kamu?

            Aku meneruskan pemanduan sambil cikgu meneruskan bicara. Kenapa family dia tak bagi?

Sebab lelaki tu bukan warganegara sini, dia orang Pakistan

            Ish, biar betul cikgu. Macam mana yang dia boleh suka? Risau sangat haih… bukan boleh percaya.

Kes tertukar nombor telefon saja pun… pastu lama-lama dia kenal la. Pastu berkenan… cikgu nak tanya kamu… kenapa orang perempuan ni, dia tak pernah kawan dengan sapa-sapa… kemudian bila ada orang minat kat dia, dia terus boleh suka. Orang perempuan ni sayang sungguh-sungguh pula…

          Ish, tula orang perempuan…kes tukar nombor telefon saja pun boleh melekat. Itu bergantung pada individu cikgu. Antara dia pandai kawal atau tak.

Ya…saya tahu. Tapi..kamu tak dapat lari kan dari naluri perempuan kamu? Kamu tengok kawan-kawan dah ada pasangan, kamu dak pun…. Macam naluri kamu sendiri, mesti ada punya kan? Ha…jawab!

          Aku senyum saja la… memang la cikgu, naluri perempuan tu tidak dapat lari dari meminati seorang lelaki. Tetapi kita kena jaga la perasaan tu, kena kawal. Bukan senang nak jaga hati ni cikgu.. ya, memang la, saya pun perempuan… mesti ada juga rasa tu, Cuma bila dah tersilap tu, cepat-cepat la tersedar…

Kalau kamulah… ada orang nak kat kamu. Seorang warga asing tu, contohnya Pakistan, dan seorang lagi duda anak empat. Kamu pilih mana?

            Saya pilih duda lagi. Sebab dia warganegara sini. Senang… tak tertipu.

Baik.. kalau ada orang nak kat kamu. Contohnya senang, macam cikgu nak kat kamu… tapi cikgu dah ada isteri, cikgu nak kamu jadi isteri kedua..mahu ka?

            Tak mau!

(Cikgu gelak…) kenapa pula?

            Kesian kat isteri pertama tu. Orang lelaki ni tak pernah puas ka? Sebab tu saya benci lelaki…

Kenapa pula kamu benci lelaki?

            Sebab lelaki ni hipokrit. Tak pernah puas dengan apa yang ada. Kesian isteri pertama tu…

Kamu kata lelaki hipokrit? Perempuan hipokrit juga!

          Kenapa pula?

Ada satu kes ni, seorang ustazah dari Mesir, dia berkawan dengan seorang duda, kemudian mereka selalu berjumpa di rumah kedai perempuan tu. Bila dah rasa orang syak, mereka pindah ke tempat lain. Kemudian bila Jais datang serbu, diorang kena tangkap. Bila ditanya perempuan tu, dia tak mengaku kenal lelaki tu. Lelaki tu pula kata mereka dah banyak kali terlanjur.. macam mana tu?

          Allah…biar betul cikgu. Hmm… tu la, kita tidak boleh menilai sejauh mana peribadi seseorang itu. Kadang..yang pakai tudung labuh, yang pakai purdah itu belum tentu baik. Bila tengok balik, budak perempuan yang biasa-biasa pula yang kuat sikit ketahanannya.

Betul… nak salah sapa sebenarnya? Yang cikgu hairannya… dia sekolah agama, ustazah lagi… macam mana boleh jadi macam tu. Dah tak boleh tahan nafsu ka? Orang perempuan ni memang tak boleh lari punya dari naluri hati tu….

            Ya, betul cikgu. Biasa la, perasaan hati. Gelodak nafsu yang kadang turun naik. Kita kena kuat menahannya, jika tidak musnah cikgu… orang perempuan ni hati dia lembut, sekali kena…cair la. Tu la pasal, senang ja perempuan ni berubah hati… macam pokok dilambai angin…

Betul-betul. Bila kamu dah kata macam tu… macam kamu sendiri? Takkan tak da minat sapa-sapa kot? Naluri hati kamu sendiri…

            Aku senyum. Aku rasa dah dekat 10 kali aku ulang alik, kat trek ni. Nak kena jawab ka cikgu? Aku jawab juga la… ya, memang saya akui, naluri perempuan tu tetap ada. Saya pun ada, Cuma bergantung pada diri kita untuk mengawalnya dengan cara yang dilunaskan oleh Islam.

          Bagi seorang pelajar agama yang faham kefahaman Islam itu, bila dah dia rasa hati dia terdetik menyukai seseorang, dia kena lunaskan dengan cara yang betul. Minta petunjuk pada Allah hingga kita betul-betul yakin dan jagalah syariat itu selagi boleh…

          Dan…yang terbaik, itu adalah pasangan untuk ‘ke depan..’

Maksud kamu kahwin? Bukan untuk kawan saja-saja…. Kalau ada orang minta nak kenal ngan kamu untuk saja-saja nak berkawan? Takkan tak da kot….

            Ya la…buat apa kawan untuk saja-saja. Tak elok tu cikgu. Tujuan kita untuk mendirikan rumah tangga. Itu yang terbaik supaya tak da berlaku benda yang salah di sisi agama.

          Memang la ada kawan dengan lelaki ni, bila pergi program. Cuma bila program fasilitator, macam tu. Kalau ada orang minta tolong apa-apa, kita Bantu la. Tanya apa-apa bab agama ka, kita tolong la selagi boleh. Tak pernah nak pergi saja-saja sembang. Tak da la… sebab tu, budak sekolah agama bila keluar dari suasana mereka, mereka akan berubah sebab terikut dengan suasana baru. Yang baik…bertukar jadi buruk ada. Macam-macam….

Kenapa kamu kata untuk berkahwin pula…umur kamu berapa?

18 tahun…

Muda lagi… kenapa pula?

          Sebab saya sakit… bukanlah saya nak kahwin sekarang ni.. dak haih, saya nak belajar nun jauh di Jordan la...maksud saya, kita kena fikir mendatang, apa gunanya suatu hubungan sebelum nikah? kita boleh kawan sekadar atas dasar urusan penting...

Kamu sakit? Sakit apa?

            Ada la… yang pasti sakit la.

Baik…kalau macam tu, kamu dah sakit teruk, buat apa nak kahwin. Kamu mampu ka?

            Mampu…? Macam mana tu… ish, saya tak faham la…

Mampu dari segi segenap aspek. Dan cikgu rasa kamu faham… takkan kamu kahwin, kamu biar dia macam tu, nak kena jaga kamu pula?

          Dia lelaki pilihan Allah untuk saya cikgu. Kalau ALLAH dah tetapkan dia untuk saya, dan dia adalah ‘imam’ saya, dia akan terima saya seadanya dan dia kena yakin yang saya akan sembuh.

          Ada satu kisah ni… perempuan ni memang dah sakit nak mati la. Kemudian diorang pergi buat umrah, suami dia mandikan dia dengan air zam zam kemudian mereka berdoa di hadapan Kaabah.

          Kemudian…bila balik Malaysia. Doctor buat medical check-up, dia disahkan selamat dari sebarang penyakit. Inilah keajaiban Tuhan cikgu. Kalau kita yakin dengan kuasa Allah, Allah akan bantu kita. Jadi, saya pun kena yakin saya akan sembuh!

Macam tu sekali ya… jadi, kita serah kat  Allah? Berbalik kepada soalan cikgu tadi…. Lelaki ni dia kahwin 2 tu bukan apa, dia pun nak merasa yang baru. Macam guna barang lama la..lama-lama nak tukar baru juga ka?

            Lelaki ni tak pernah puas ka? Tak cukup dengan satu…. Lelaki ni pandang perempuan dengan pandangan nafsu. Kenapa? Dia rasa dia mampu ka untuk berkahwin lain….

Memang la, lelaki ni kadang pandang perempuan dengan pandangan nafsu. Apa yang cikgu nak cakap, ni…lelaki ni dah mampu, dia mampu dah adil. Duit cukup, adil..semua dah ada. Tapi kenapa perempuan ni tak boleh terima juga hakikat?

            Hati perempuan ni lembut. Senang terguris. Dia mesti sedih dia akan berkongsi suami. Perempuan mana yang tak sedih? Memang la kahwin 4 ni sunnah. Saya tak  tolak poligami, tetapi saya geram bila  orang salah konsep mengenai poligami.

          Rasulullah, tak pernah menduakan Siti Khadijah. Isteri pertama terlalu istimewa.  Setelah Khadijah wafat, barulah RASULULLAH bernikah lagi. Rasulullah bernikah dengan ada tujuan untuk membantu hamba.. membantu golongan wanita…

Zaman sekarang mana ada hamba…

            Memang la tak da cikgu, kita kena berbalik kepada niat kita, apa tujuan kita untuk berkahwin lagi? Kita kena fikir dari segi kemampuan kita. Kita kena fikir beban mendatang. Memang kita kata kita mampu, tapi…hari yang mendatang adakah kita masih akan mampu, ataupun menyesal?

Kalaulah…ayah kamu nak kahwin lain. Kamu bagi dak?

            Xmau… (cikgu gelak)

Kenapa pula?

          Sebab saya tahu..ayah saya tak mampu. Kesian kat mak!

Contohnya kalau ayah kamu mampu… kamu bagi ka?

            Ish..tak tau la cikgu. Saya tak hadapi lagi benda-benda macam ni. wallahu’alam…

Cikgu hairan la… kenapa la perempuan ni payah sangat nak terima? Tapi… bagi saya, saya sendiri kalau boleh, saya tak mau… saya rasa saya tak mampu..

            Isteri cikgu bagi ka ? dia nak payung emas tu.. ^___^

Dia bagi…dia kata kalau nak kahwin lain, mai cakap kat dekat dia sendiri daripada dia dengar dari mulut orang  lain. Cikgu bagi contoh kat kamu, kalau kamu sendiri.. beli cincin mesti nak lawa-lawa, nak 2-3 bentuk kan? Macam kahwin la…


            Itu nafsu la cikgu… memang la nak banyak. Tapi… manusia ni mana boleh disamakan dengan benda macam tu, manusia ada hati dan perasaan la cikgu….

Baik…tapi kenapa perempuan ni tak boleh terima sangat ni kahwin banyak? Sepupu saya… 3 kalah di mahkamah minta cerai kat suami dia sebab tak boleh terima suami dia kahwin lain. Dia kiranya isteri pertama… suami dia bagus. Adil semua dah… ha, jawab lekas…

            Oh..hmm…kalau macam tu salah perempuan la. Selalunya kita akan suruh suami kita solat hajat, buat amal ibadah dulu, kalau lepas tu dia nak kahwin juga… kita kena izinkanlah, sebab dia kahwin bukan atas dasar nafsu semata-mata tetapi kerana Allah.

          Kalau dia tak izinkan…memang salah dia la cikgu… suami dia dah jadi suami yang terbaik, kiranya dia kena jadi isteri yang terbaiklah…

*****
          Akhirnya aku dah tamat untuk LESEN L. cikgu suruh berhenti. Sebenarnya.. banyak lagi soalan yang begitu ‘dahsyat’ sekali. Tapi… biar menjadi rahsia ^___^ aku berhenti di garaj, cikgu minta maaf sebelum aku turun. Senyum saja…

          Apa yang aku cerita ini sekadar perkongsian ilmu. Perbualan antara orang lelaki yang sudah ‘masak’ dengan kehidupan hari ini dan aku hanya mencurahkan segala pandanganku kepadanya.

p/s: ambillah yang baik…yang buruk minta tegur diri yang hina ini!


Muhasabahku,
Serikandiumar93,
7:14 pm
26 Februari 2011

8 comments:

nfjunsu said...

assalamualaikum.. saya suka baca entri ni.. bagus! =)
em saya nak tanya, awak ambil lesen dekat mana?. saya pon orang jitra jugak..

Unknown said...

waalaikummussalam.... ya ka? saya budak skbbd dulu.. hm, ambik kat wang tepus..semua ambik kat situ kan skrang ^__^

WaFa' aN-NiSa' said...

pengalaman yg suha alami sama macam akk baru alami baru2 ni.. jga dri ye dik.. jgn mudah tertipu dengan kata2 yang manis mereka:)

Liyana Mujahid said...

assalamualaikum..
first time bawa kereta memang syok!rasa nak tergelak pun ada.

terima kasih utk perkongsian yg sarat dgn manfaat :)

konklusinya, semuanya berbalik pd individu itu kan.

hafizquran said...

post ni membuatkan sy rasa nak tulis ttg poligami ..

Unknown said...

to wafa : ye kak... ini sekdar perkongsian ilmu dan inilah realiti kehidupan hari ini

to liyana : haha...memang betul, lama-lama seronok...ana banyak kali brek mengejut sebab soalan2 cikgu yang dahsyat2... naik risau ana dok dalam kereta tu... huhu

to hafizquran : ya silakan... moga jelas fikrah di minda... sama-sama memahamkan masyarakat hari ini

Muhd Iqbal Samsudin said...

ye la kan, bila kita pakai elok2 ikut cara Islam, orang kata kita ustazah la ustaz la. Lepas tu mesti soalan bertalu-talu datang. Tapi bila difikirkan, kadang2 itu membentuk pengalaman kita dalam hidup ini sebagai daie Allah. Mengenai hipokrit tu, ana beranggapan, mana2 jantina tidak salah kerana jika kita ikut apa yang Islam gariskan pasti kita tidak akn bersifat begitu.

Liza @ Adzriel AB said...

panjang kak liza baca.. leka