Pages

Monday, February 21, 2011

CONTEST SEMPENA 3 SERIES : AYURASHIDAH

Tiba-tiba rasa nak menulis… dah 2 hari rasanya kena tag untuk contest ni, tapi…macam tak berminat. Cuma…sebentar tadi baru tergerak hati. Tadi…ada test lesen, rasa macam tak lulus dah sebab memang tiada semangat langsung. Cuba tenangkan diri dan hantar mesej kat mak. Walaupun mak tak balas…rasa tenang la sikit, dan akhirnya alhamdulillah lulus.. ^___^

          Bila dah sampai rumah….mula la nak tulis sesuatu untuk mak. Aku lain…mak aku lain. Itu yang orang selalu cakap. Aku rasa aku bukan anak yang terbaik sebab selalu bagi mak berasa hati. Ingat budak sekolah agama dan tudung labuh ni tak pernah bagi berasa hati kat mak ka? Eleh…bohong la. Pasti ada punya. Tapi.. mungkin kita sedaya upaya mencuba untuk tidak buat emak terasa, dan aku juga sedang mencuba kerana mak adalah pinjaman sementara buat kita… andai dah diambil balik, pasti tidak akan dikembalikan lagi.

          Aku singkap kisah semalam. Aku cuba menjadi anak yang solehah sehinggakan aku tersalah langkah. Solehahku melebihi keredhaan ibu sendiri.. macam mana tu? Acap kali ku nasihati gadis yang punya impian untuk berpurdah supaya khabarkan kepada emak dan minta izin terlebih dahulu. Kerana apa? Kerana aku telah lalui keperitaan itu.

          Aku seorang gadis yang berniqab dengan keazaman dan tekad hati yang begitu kuat ku rasakan. Aku seorang gadis yang tidak hiraukan apa yang bakal berlaku, selagi aku yakin aku di pihak yang benar. Aku hanya khabarkan kepada abah…tapi tidak kepada emak. Hari pertama aku melangkah keluar, aku hantar kiriman sms, bukan tidak mahu khabarkan awal..cumanya emak demam, aku tak mahu runsingkannya lagi.

          Menjelang petang…aku dapat satu kiriman sms dari abah … “ tak cium bau syurga seorang anak itu, andai membiarkan air mata gugur..” Allah… hanya ALLAH yang tahu perasaan ku tika itu. Bukan ini yang aku impikan. Aku menghantar sms kepada emak. Berbulan lamanya aku cuba…bermacam berita aku terima. Semua orang mengatakan aku sesat… sesatkah aku? Mereka…yang berpakaian bukan serupa wanita Islam tidak sesatkah?

          Aku tanya kepada adik… apa respond mak? Adik kata…mak senyap, tak kata apa… cumanya saudara mara yang provokasikan keadaan membuatkan mak hanya terdiam. Aku geram…ini antara aku dan emak. Kenapa orang lain perlu masuk campur siap nak aku tukar sekolah. Aku tahu…mak gusar. Apa orang akan kata, kalau mak berjalan di samping aku? Aku lain…mak lain.

          Aku hantar sms, “ mak….walaupun nasuha macam ni, mak tetap mak nasuha. Apa pun yang terjadi…mak tetap mak nasuha. Biar orang nak kata apa…mak tak payah malu jalan dengan nasuha, nasuha langsung tak malu jalan dengan mak, nasuha bangga ada mak….”

            Tiada langsung balasan mesej. Aku dapat bermacam kiriman sms dari cousins dan saudara. Adik aku cerita… diorang lepas dapat mesej aku, akan baca depan semua orang bagi dengar… ALLAH…macam tu sekali. Pernah sekali aku terbaca mesej, aku pulang ke rumah… setelah berbulan tidak balik. Ada bunyi sms masuk, aku baca…

            “Macam mana…dah jumpa pengetua dia? Untuk minta tukar sekolah…”
            
Tersirap darah aku bila baca mesej tu. Oh…hasut mak aku! Aku balas mesej…

          “Kenapa risau sangat ni? kalau tukar nasuha gi sekolah lain… pendirian nasuha tetap sama!”

            Selang beberapa minit…mesej dibalas.

          “Nasuha tau dah ka benda ni…”

            Aku delete..malas nak layan. Sekarang ni…projek aku untuk tawan hati mak balik. Bermacam aku buat. Masak…bagi hadiah. Akhirnya..lama kelamaan, mak terima. Alhamdulillah… inilah ibu kita. Tak lari ke mana punya…dia akan maafkan kita. Pernah orang kata… “ anak ka ni? awat alim dari mak?” mak hanya tersenyum…tapi, hati dia sapa yang tahu. Tak pa…dia tetap ibu kita!

          Mak seorang cepat terasa hati. Sikit-sikit sebak… dan akan hanya berdiam kalau terasa. Aku pun dah jadi macam tu.. ^__^ sepanjang hidup aku hingga dah nak masuk 18 tahun ni, tidak pernah aku kongsi masalah dan perasaan kat emak. Entah… kalau cakap telefon dekat public, 20 sen ja habis. Sampai orang tegur…kejapnya cakap dengan mak!

          Memang…mak tidak  pandai bertanya khabar kepada kami. Mak takkan telefon kita tanya khabar. Takkan sesekali…tak pernah dalam hidup! Aku juga jadi janggal untuk berbuat demikian. Time dok asrama…aku suka tengok parents orang, diorang akan peluk…cium anak diorang. Aku nak juga…tapi,  luar biasa sekali untuk aku dapat…

          Hujung bulan 12 tahun 2008, aku ikut KEM BINA SAHSIAH di SMIDU. Parents ada interview. Lepas tu..mak hantar aku, takat bangunan KIDU ja…parents tak boleh  masuk. Handphone tak boleh bawa. Kem tu 21 hari… tak leh telefon mak ayah langsung. Sebelum masuk…mak peluk! Aik..aku terkejut. Eh…biar betul. Aku bingung. Apa diorang bagi tahu kat mak ayah time interview tadi?

          21 hari aku gumpal rindu pada mak dan abah. Terasa bersalah yang teramat sangat. 21 hari aku ditarbiyah hingga terasa adakah akan muncul lagi wajah emak dan abah di saat akhir kem ni? aku berdebar-debar. Mak kata tak datang.. aku pun ok ja. Akhirnya hari last KBS, kami berkumpul di KUIN dan kena kawad, tunggu MB datang. Kami masuk dewan dan jangan sesekali pandang belakang.

          Debaran makin terasa..rindu pada wajah mak dan abah. Kami bangun menyanyikan lagu KBS, Dunia Baru Islam… sedih sungguh. 21 hari kami bersama… 21 hari wajah mak dan abah dirindui. Kini..tibalah saatnya. Mujahidah diminta bangun. Pusing belakang… 1,2,3…cari mak ayah.

          Aku hanya lenggang. Tahu dah…mak tak datang. Sedih tengok semua orang berpelukan…menangisi sebuah pertemuan. Tiba-tiba…di belakang dewan, aku terpandang sesusuk tubuh yang sedang menangis di kerusi. Aku rasa macam kenal. Aku mampir mendekatinya. Aku kenal sangat.. mak!

          Aku panggil mak…dia pandang aku. Sayunya lihat wajah mak menangis. Aku takkan lupakan saat ini. Mak peluk aku….aku menangis di pelukan mak. Ya Allah…aku rasakan aku tidak mungkin akan kecapi nikmat ini, tapi… hari ini Kau hadiahkan aku dengan hadiah yang terindah bagiku. Allah…hebatnya rasa rindu padamu ibu…

*****
          Awal form 4…aku sakit. Sakit yang begitu perit aku rasakan. Hinggakan aku yakin, nyawaku akan berpisah dari jasadku. Malam yang menjadi kenangan dalam hidupku, bergetar badan hanya ALLAH yang tahu. Desiran angina menyapa membuatkan badan sudah lemah tidak terdaya. Bunyi yang bingit menyapa telingaku. Allah…aku akan matikah? Aku cuba untuk bangun solat hajat… solat taubat…aku rebah. Kakiku sudah sejuk. Aku hantar mesej kepada abah….

          Aku cuba dan cuba… kuatkan diri. Jangan Ya ALLAH…jangan Kau ambil nyawaku lagi. Esoknya aku tersedar, dalam keadaan badan yang perit sekali sakitnya. Mulai saat itu…aku sakit dan terus sakit. Sekolah tak pergi…macam-macam aku miss. Program dakwah makin aku tinggalkan...

          Aku seringkali bertanya, "...Kenapa? Kenapa aku diberi ujian ini? Sakit Ya ALLAH…!” kini..setelah sekian lama aku harungi, aku sedar. Allah mahu tunjukkan sesuatu. Allah tunjukkan aku kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Aku tahu… mak tak pandai tunjuk rasa sayang melalui kata-kata. Mak hanya mampu tunjuk melaui hadiah yang dia berikan. Mak suka bagi hadiah…tanpa kita sangka.

          Hadiah yang paling indah Allah tunjuk kepadaku…kasih  sayang seorang ibu, aku suka sakit pukul 2-3 pagi. Aku akan panggil mak. Mak bangun serta merta. Abah cuba kurangkan sakit dan aku nmpak mak bangun dan tidur di sebelahku. Lebih kurang sejam..aku terjaga. Aku bangun duduk…aku pandang wajah mak dan abah. Ya Allah…mak dan abah sanggup menemani kita yang sakit. Sanggup tidur sebelah sedangkan aku tahu, mereka letih sangat.

          Aku makin sakit…dan aku makin lihat dan mataku kini terbuka jelas, pengorbanan seorang ibu. Mak akan risau kalau aku sakit. Dia cuba buat macam-macam supaya aku tak sakit. Sentuhan seorang ibu menenangkan kita.

          Aku ingat lagi…SPM 2010. malam exam mate…aku terjaga pukul 3 pagi. Tersentak..cuba bangun solat dan aku rasa lain. Sakitku datang…aku cuba lawan. Segera ku capai telefon, hantar mesej kepada mak. Mak balas! Terkejut aku… mak balas? Kemudian mak telefon..mak nak datang rumah sewa. Aku kata tak payah la… kawan-kawan tidur, kacau. Mak suruh aku kuatkan diri.

          Aku ambil exam mate dengan pelbagai rasa menyelebungi diriku. Keluar sahaja dewan exam…kawan jerit. Mak datang! Biar betul…mak siap tunggu depan dewan exam. Gara-gara nak pastikan anak dia selamat. Allah…kini baru terbuka mataku akan kasih sayang ibuku ini.

          Aku terimbau saat aku ditahan di wad. 2 minggu sebelum SPM. Di wad kecemasan, mak hanya senyap. Tiada reaksi. Mak duduk di jendela..aku rasa mak dah risau bila aku kena tahan wad. Esoknya mak datang…. Bawa bihun sup ^___^ mak duduk saja, tak banyak bercakap. Aku macam biasa,,, happy sentiasa! Aku nampak ada air mata jernih yang sedang ditahan oleh mak. Aku makan macam biasa.. mak bangun. Aku senyum.. tahu, mak takkan nangis punya depan anak !


Adakah penulisanku ini berbentuk luahan hati? Entah la..apa yang aku tahu, aku cuma nak khabarkan…pengorbanan seorang emak yang membuatkan aku sayang sangat kat mak. Aku anak sulung… anak harapan. Aku lahir mengubat kekecewaan emak yang keguguran setahun sebelumnya. Lantas..aku rasakan akulah pengubat rasa rindu emak untuk bergelar seorang ibu. Tapi..kekadang aku selalu membuatkan emak terguris. Pernah abah kata…. “mak tu ada ego dia sendiri…. Jangan tegur mak ikut suka ja… dia akan malu dengan anak dia, dia ada ego sebagai seorang ibu untuk menerima teguran anak dia…”

            Betul…kita kekadang ikut sedap kita sahaja tegur mak, tak tahu ka.. dalam hati mak tu ada apa? Apa-apa pun terjadi…sayangilah ibu kita. Dia bersusah payah melahirkan kita. Aku bertambah sayang apabila aku melihat sendiri bagaiman orang sakit nak bersalin. 4 hari dok kat wad… macam-macam aku tengok. Orang bersalin… orang lompat-lompat sebab sakit nak bersalin, nurse tak tolak masuk bilik bersalin sebab baru buka 3 inci! Lambat lagi…tapi dah sakit. Gerun aku tengok!

          Aku tengok keadaan orang yang baru lepas bersalin. Dengar jeritan nak bersalin. Itu yang membuatkan aku tergerak hati cakap kat mak… “teruknya bersalin.. kan?”

            Mak kata.. “ya la…putus urat tau. Rasa macam nak patah pinggang. Keluar-keluar degil!”

            Huhu…tu la. Memang kita degil kan? Suka sakitkan hati mak… sedangkan nak lahirkan kita punya la payah… zaman sekarang nurse bawa masuk tangan tau untuk keluarkan kita. siap gunting lagi.. Allah..sakitnya.. Tak percaya ka? Aku dengar dan duduk tengok sendiri time kat wad…. Teruk tu. Tapi demi untuk bagi peluang kepada kita untuk lihat dunia… mak kita sanggup bertarung nyawa..hingga ada yang dijemput Ilahi. Dia berkorban demi kita!

          Sayangilah ibu kita…

p/s: ini sahaja yang termampu ditulis….

Saat lafaz sakinah itu berlalu…
Terasa sayu sekali engkau rasakan…
Kini engkau bukan lagi gadis atau anak dara…
Engkau sudah bergelar isteri pada sang suami…

Setelah sekian lama ditunggu…
Engkau disahkan hamil…
Anak yang dikandung hasil cinta yang tulus suci pada Ilahi…

Saban hari kau belaiku..
Saban hari kau seakan berbicara denganku…
Engkau berdoa dan bacakan sesuatu..
Mengharapkan kami ini anak soleh dan solehah…

Kekadang aku menendang perutmu..
Minta diisi..
Bermacam ku pinta..
Membuatkan si ayah kalut mencari…

9 bulan sudah cukup engkau usungku…
Tibalah saat aku diberi peluang untuk melihat dunia…
Dunia yang penuh mehnah..
Dunia yang bakal menguji kita…
Sama ada jalan kebenaran engkau pilih…
Atau jalan kekufuran yang engkau lalui…

Bertarunglah si ibu…
Sakitnya hanya Allah yang tahu..
Hanya kerna ingin memberi peluang kepadamu melihat dunia..
Engkau selamat dilahirkan…
Ibu menangis kegembiraan melihatmu…

Ini anakku!
Ini zuriatku!
Allah….hanya Allah yang tahu perasaan si ibu tika itu…

Kita makin membesar..
Ibu asuh kita dengan didikan kebenaran..
Bila kita sudah mampu berbicara..
Kita lontarkan kata-kata yang menyakitinya…

Dia sedih…
Aku tak mahu ini!
Aku mahukan ucapan sayang dari anakku!

Anak-anakku…
Aku merindui kalian…
Aku lebih rela kalian dalam keadaan bayi…
Yang dekat denganku..
Saat aku menyusumu, engkau dekat sekali dengan jantungku…
Engkau dekat sekali dengan hatiku…
Aku seronok..

Bila kau besar…
Kau jauh dariku…
Apakan daya..
Inilah percaturan hidup…
Engkau bukan milikku..
Hanya pinjaman semata-mata…

Anakku,,,
Datanglah kepadaku…
Aku rindukan anakku yang dulu…
Datanglah sebelum aku dijemput Ilahi…..


p/s : maaf letak bawah sekali banner ^__^ utamakan gambar mak…


Anakmu,
Serikandiumar93
2:!3 pm
21 Februari 2011

9 comments:

Ayu Rashidah @ Cik Ayu said...

terima kasih join, tak kisah la banner tu asalkan ada dlm entri aje...

akak memang buat contest ni untuk kta sama2 mengingati mak kita di saat kesibukan kita dalam urusan dunia yang sementara, semoga bermanfaat... kalau ada rezeki dalam contest ni, boleh menang juga...

Muhd Iqbal Samsudin said...

Subhanallah, jujur, ana nangis. Sangat tersentuh kalbuku membaca. Memang contest ni terbaik pernah ana tengok..

Unknown said...

tinta ini ku tulis khas buat ibu tercinta dan buat pengajaran pada semua... andai peroleh manfaat alhamdulillah... sama-samalah kita koreksi diri yang hina ini...

Anonymous said...

Terbaik.. kirim salam dekat mak..AQ

CikAizA said...

mengalir airmata bila baca cerita kamu... semoga kamu sentiasa menjadi anak yang soleha....

Liyana Mujahid said...

subhanallah..
benar2 tersentuh :)

Liza @ Adzriel AB said...

Tahniah kerana memang tersentuh. Memang sukar memahami hati seorang ibu & caranya adalah dgn mendekatinya.

Puan Kutu said...

Tahniah dah menang..Memang menyentuh hati.Bisa menangis...:)

Rubiatul Addawiyah said...

Ya Allah..menitis air mata saya mengenangkan pengorbanan umi ayah saya..terima kasih atas post ini..saya akan berbakti pada mereka sedaya upaya saya..insyaAllah..