Pages

Tuesday, February 22, 2011

BARAN VS SENYUM = CAIR HATI

        Sebelum tidur semalam, terimbau kenangan bersama sahabat tercinta. Sahabat baik aku dari akhir form 4. Bayangkanlah, time bulan 12…kami dua orang tak balik rumah, stay dengan kak-kak form 5. Macam-macam benda kami buat bersama. Kami suka bergaduh, sebab dia baran. Sapa baran ni? Dialah baran…


          Aku pula sensitive. Kalau marah sikit-sikit tak pa, tapi kalau sekali dia marah kami tak bercakap lama sangat. Kemudian bila dah baik, tanya balik… “kenapa marah kat ana?” Dia balas… “saja nak uji sahabat ana” aduh…macam tu ka?

          Setiap kali sahabat aku baran, bermacam cara aku buat. Aku buat kad bagi kat dia. Siap hias comel-comel. Dan aku lontarkan lirik nasyid sahabat sejati kat dia…

Ku biar kalam berbicara

Menghurai maksudnya di jiwa

Agar mudah ku mengerti

Segala yang terjadi

Sudah suratan Ilahi



Ku biarkan pena menulis

Meluahkan hasrat di hati

Moga terubat segala

Keresahan di jiwa

Tak pernah ku ingini



Aku telah pun sedaya

Tak melukai hatimu

Mungkin sudah suratan hidupku

Kasih yang lama terjalin

Berderai bagaikan kaca

Oh teman, maafkanlah diriku



C/O :

Oh Tuhan

Tunjukkan ku jalan

Untuk menempuhi dugaan ini

Teman, maafkan jika ku melukaimu

Moga ikatan ukhwah yang dibina

Ke akhirnya



Aku tidak kan berdaya

Menahan hibanya rasa

Kau pergi meninggalkan diriku

Redhalah apa terjadi

Usahlah kau kesali

Mungkin ada rahmat yang tersembunyi



          Memang la lucu sikit. Tapi, oleh sebab orang baran ni kena ada cara untuk tarik dia balik. Kita kena buat la. Jangan berhenti untuk mencuba kembalikan sahabat kita. Sahabatku dia sensitive juga, bila dia terasa terus marah. Kalau dia tak suka terus marah. Aku? Diam..angguk kepala saja. Bila sahabat baran..kita kena diam. Jangan kita pergi menambahkan barannya.


Pernah dia tanya… “enti..nak buat macam mana, ana memang baran..” memang dah agak, tengok salasilah keluarga, orang atas dia pun baran. Aku cuba cadangkan beberapa cara kepada dia :

  1. Bila dah start nak marah tu, cuba istighfar banyak-banyak, selawat banyak- banyak..pejam mata kejap, tarik nafas dan relax….
  2. Kalau marah time berdiri, kamu duduklah, kalau kamu sedang duduk, baringlah…memang tahu, hati tu macam gunung berapi dah, tapi cuba la…
  3. Bangun pi ambil wudhuk…. Gugur sikit baran tu, tak pun siram terus… maksudnya mandi la.
  4. Amalkan surah ar rahman selalu
  5. Amalkan surah al insyirah selalu dan usap dada selepas baca.
  6. Amalkan surah taha ayat 1-5



Ini saja la… benda ni ikut individu. Apa yang sesuai dengan kemampuan dia. Tapi.. yang penting, kena mujahadah betul-betul untuk buang baran ni….


          Bagaimana pula untuk kita tangani orang baran? Entahlah…tak tahu sangat. Cuma, berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku tak tahan bila orang baran, sensitive, jadi aku selalu pergi macam tu saja, tak tegur dah…duduk senyap. Tapi, jangan buat la benda ni… bertambah orang sakit hati ^___^


Tips:


1.    Senyumlah… senyum kat dia bila dia baran kat kita, ucaplah “terima kasih… marah ana!” boleh ka macam tu? Aku selalu buat macam tu.. siap cakap, “ tahniah… baran dengan ana!”
2.    Baca Ya Latif…Ya Latif..ulang banyak kali, kemudian pandang muka or belakang dia dan hembus. Insyaallah..tenang sikit hati sahabat kita.

3.    Untuk redakan lagi sahabat kita, pegang tangan dia dan pandang mata dia… dan ucaplah… “minta maaf…tak sengaja..” benda ni perlukan keberanian.. aku tak pernah berjaya lagi, gagal sentiasa… sebab aku kalah dengan renungan mata sahabat, mata dia renung tajam lagi, tak berani dah nak cakap.. ^__^


Baran ni payah sekali. Akan membuatkan orang di sekeliling kita takut untuk kawan dengan kita. Ya ka…? Fikir sendiri la. Betul…macam sahabat aku sendiri, kalau sapa nak apa-apa daripada dia..kena melalui aku, sebab diorang takut. Wah, macam tu sekali…


Jalan yang terbaik..cuba la senyum. Kalau kita selalu senyum. Orang pun suka. Kalau dah rasa nak baran tu…senyum lebar-lebar walaupun dalam hati tu…macam dah tersembur keluar apa yang ada. Sabar…take your time. Tarik nafas dalam-dalam, senyum kat semua orang..


     Aku tengok..kucing ni senyum lebar ja. Seronok sangat tu. Aku tujukan kucing ni buat semua manusia yang baran kat luar sana, sapa boleh senyum lebih dari kucing ni? Boleh ka…wallahu’alam…


p/s: tidak berkaitan dengan yang hidup ataupun mati… ^__^



Catatan serikandi,

serikandiumar93

5:59 am

22 Februari 2011

5 comments:

CHE ROSSLI said...

Tak tengok lagi baran kucing macam mana?

Unknown said...

kucing baran juga ka? ana tengok kucing atas tu senyum lebar saja... ^__^

CHE ROSSLI said...

senyum pejam mata ke.. dia tidor tu..

Muhd Iqbal Samsudin said...

Menarik, insya-Allah ana akan akan taip jugak pasal baran nanti..

Unknown said...

to al qassam : ada ka orang tidur sambil senyum? musykil2...dia senyum tu...

to muhammad iqbal : ya..silakan.. sama-sama kita coretkan buat pengajaran semua... selamat menulis