Pages

Saturday, October 6, 2012

TERCIPTA UNTUKMU

Hawa itu, jiwanya sangat lembut. Persis anak kecil. Mudah tersentuh dan mudah menitiskan air mata tanpa dipinta. Allah ciptakan dia, sang hawa yang penuh dengan keindahan tersendiri. Dia lembut, dia mudah tersentuh, namunlah dialah sang hawa penyejuk jiwa.

Dia ingin dilindungi, disayangi dan dikasihi sepenuh hati. Tidak ingin dirinya dipermainkan. Perasaanya dibiarkan terabai kerana emosinya jadi tidak menentu. Dia sedar, dia ada Sang Pencipta yang sentiasa hadir dan menemaninya.

Namun.. wahai sang adam, bakal imam sang hawa, jagalah sekeping hati seorang hawa itu sebaiknya. Dia tidak layak untuk kau kasari. Dia untuk engkau lindungi. Meskipun dia selalu bermacam kerenah, tegurlah dia dengan penuh kelembutan kerana dia tidak mampu menahan sebarang kekasaran.

Jiwanya sangat rapuh untuk menerima sang kekerasan wahai Adam :')
Sejurus kekerasan menyapa dirinya, calar demi calar akan terukir sepi di hatinya. Dia terasa pedih dan perlahan demi perlahan, air mata hawa menitis seorang diri. Tangan setia menyapu lembut air jernih itu.

Lindungilah dia wahai adam. Dia tercipta untukkmu. Hadiah terindah yang Allah berikan kepadamu. Jangan engkau abaikan hadiah terindah ini :')

Senyumlah untuknya selagi mampu. Dia perlukan sokongan dan dorongan. Senyuman yang menenangkan melegakan hatinya. Dia sangat terluka. Fahamilah wahai Adam...

"Ya Rabb.. dengan serendah hatiku.. dakapilah aku dengan rahmat kasih sayang-Mu.."


Qani'ah Mawaddah
5.39 pm
6 Oktober 2012
Bayt Dar Azzahra