Pages

Monday, October 22, 2012

TIKA DINIHARI

Jam sudah menunjukkan pukul 1.12 pagi waktu Jordan, dan 6.12 pagi waktu Malaysia. Esok qaniah exam :') , sementara itu, tangan terasa untuk mencoretkan sesuatu di sini, tika dinihari yang cukup indah ini. Tadi, sudah mula rintik hujan di bumi Irbid, petanda bakal tibanya musim sejuk :) Mungkin rumah qaniah, bawah tanah, kesejukan itu kurang dirasai.

Subhanallah, pantas masa berlalu. Qaniah sudah tahun 2 rupanya. Banyak yang qaniah belajar di bumi Jordan ini. Suka, duka, marah semua merangkup sebati. Akhir-akhir ini, tawa qaniah hanya palsu dibibir, menutup kegusaran di hati :')

Ya Rabb, sampai bila harus aku jadi manusia yang menangisi nasib diri?


Tika teruji diri dengan kesakitan,tidak tertanggung rasa rindu kepada seraut wajah, mak. Allah uji qaniah dekat sakit yang tidak tertanggung rasa kerana ia bermain dengan emosi. Ya, qaniah perlu motivasikan diri. Bukan qaniah seorang yang sakit, tetapi ada lagi orang yang lebih sakit.

Subhanallah, hebatnya insan-insan itu, ditimpa ujian yang cukup berat. Mesti Allah sangat sayangkan mereka kan? Lantas ditimpa ujian sebegitu rupa. :')

Alhamdulillah, qaniah bersyukur diuji. Walau perit untuk melangkah hatta ke laman universiti sekalipun. Menapak tiap langkah ke tangga universiti dengan penuh kesakitan di setiap urat sendi. Tiap kali bangun tidur, betapa qaniah mengambil masa yang lama sebelum kesakitan yang mencucuk di tulang belakang hilang. Ya Rabb, kesakitan apakah ini? Mesti sakit lagi seksa kesakitan di akhirat kelak :'( Ya Rabb..


Hati diasak rindu. Rindu pada seorang ibu yang berjuang melahirkan diri ini ke dunia. Sejak qaniah sakit dan form 2, dan bermula sejarah sakit teruk di awal form 4, abah dan mak yang banyak berjuang mengubati qaniah. Merekalah insan terhebat. Senantiasa di sisi.

Abah pernah pesan, "sebab itu abah suruh kakak duduk rumah , kami faham kakak sakit, kakak tak boleh kawan emosi, duduk dengan kawan, kawan tak faham..."

Ya, qaniah sangat emosianal sejak sakit. Hatta, mak sendiri terluka hingga terpaksa dipujuk abah supaya memahami, qaniah sakit. Apatah lagi kawan-kawan yang acap kali terasa dengan tingkah laku qaniah.

Subhanallah.. tika dinihari digamit rasa rindu. Sudah seminggu qaniah sakit teruk, telefon mak. Ada nada bimbing dan sebak dari seberang sana. Teringin nak peluk mak, meluah rasa, anak mak sedang sakit :') Ya Rabb...

Waktu balik Malaysia tempoh hari, qaniah pergi berubat. Rawatan sangat menyakitkan. Abah menunggu diluar dan mak setia di sisi. Tangan mengenggam erat tangan mak. Air mata dan jeritan meluah rasa betapa sakitnya ya rabb... makin erat genggaman tangan mak. Menguatkan qaniah. Qaniah gagahkan diri, relakan walau sakit, demi masa depan yang masih jauh. Genggaman tangan mak membuatkan empangan air mata pecah.

Ya Rabb.. aliran kasih sayang seorang ibu yang mengandungkan ku.. yang melahirkanku meresap jauh.. hingga buatkan diri ini sebak. Sebak kerana tidak menjaga diri ini sebaiknya, mengabaikan satu tubuh, pinjaman dari-Mu untukku...

Mak..abah..kakak rindu :')

Maafkan qaniah, kerana qaniah menjadi laman blog sebagai teman meluah rasa. Tapi tidak salah bukan? Untuk qaniah khabarkan pada kalian, betapa beertinya nilai seorang ibu dan ayah untuk hidup kita :')

Sayangilah mereka... mereka insan terindah..

Qani'ah Mawaddah
2.16 am
22 Oktober 2012
Bayt Dar Azzahra