Pages

Wednesday, October 24, 2012

NASAB KELUARGA

Sekadar gambar hiasan
Hari ini kelas bersama Dr Imad Barakat, Nazariyah Islami fil Mabadil Iqtisad Kulli berlangsung dengan santai sekali. Sempena aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi, jadi topik kami sudah semestinya mengenai aidiladha.

Kelas qaniah campur dengan senior IKIP yang baru datang sesi 2012/2013. Jadi kelas ini memang budak melayu saja. Alhamdulillah, doktor sangat mesra dengan kami semua. Doktor pernah belajar di Malaysia kalau tak silap. Tak pasti belajar atau kerja , yang pasti dia cerita anak dia, dua orang lahir di Malaysia.

Zainab dan Muhammad. 


Masyaallah, nama yang cukup indah :') . Doktor siap cerita lagi, doktor yang sambut Zainab nama Doktor Yati dan Muhammad disambut Doktor Rozita. Cute sangat.

Doktor ada sentuh bab 'nama keluarga'. Macam orang Arab, di hujung nama mereka adalah 'nama keluarga'. Contoh macam nama doktor sendiri, Imad Barakat. Barakat adalah nama keluarga. Means nasab mereka kalau tidak silap.

Malaysia ada ka?

Tak da. Bukan setakat nama keluarga, susur galur keluarga pun dah kabur maklumatnya. Masyaallah.

Tiba-tiba mengundang rasa kagum dengan kelebihan 'nama keluarga' ini. Memang lah nampak assabiyah iaitu seakan berpuak-puak. Tapi hakikatnya, ianya mengeratkan ukhwah kita dan kita kenal sapa keturunan kita dan kita berasal dari susur galur yang mana.

*****

Tapi sayang, hari ini kita sudah tidak kenal saudara. Kalau qaniah balik kampung saja, pastu tak kenal sapa, ha, mulalah kena leter sana sini. Maklumlah, tak kenal saudara. Nak panggil gelaran apa pun sudah tidak keruan. Blur.

Kalau kenduri kahwin saudara di mana-mana saja, meskipun tak kenal, abah akan paksa ikut. Sebab abah kata, nanti tak ikut, tua-tua nanti tak kenal adik-beradik. Orang kedah panggil saudara mara tu adik beradik, harap maklum ^^.

Betullah, kita golongan muda dah makin lupa susur galur kita kan. Golongan tua pula ramai yang sudah kembali ke rahmatullah. Jadi, makin kurang orang yang tahu maklumat susur galur keluarga kita. Masyaallah, kita makin lupa sejarah keluarga kita sendiri. Teruk!

Macam qaniah sendiri, tok [nenek] sebelah abah berasal dari keturunan Thailand. Kalau arwah wan[datuk] berasal dari Acheh kalau tak silap.

Arwah wan seorang yang sangat suka eratkan ukhwah. Dia tidak lupa saudara dia. Dia akan usaha cari. Ingat lagi, dia boleh bonceng motor sampai Penang dari Kedah sebab nak jumpa sepupu dia. Bila balik rumah dia kata, ha ni..kuih mak teh kasi. Oit, pi Penanglah tu!

Ish..ish.. memang nampak macam berani mati wan ni. Tapi itulah nikmat ukhwah sebenarnya. Mak qaniah suka cerita, dulu diorang pergi jalan-jalan rumah saudara naik bus then jalan kaki saja. Sangat best.

Kita? Ada kereta pun malas nak pi rumah saudara =.= Grrr. Apa nak jadilah dengan generasi hari ini?

Jom kita sama-sama kaji nasab keturunan kita nak ? :)

Sekian. Wasssalam.

Qani'ah Mawaddah
3.25 pm
25 Oktober 2012
Bayt Dar Azzahra

No comments: