Pages

Monday, October 29, 2012

TAUJIHAT BERBAUR TASAWUF

Sebuah kitab tasawuf
Alhamdulillah, akhirnya Allah ketemukan qaniah dengan sebuah kitab yang cukup menyentuh hati sanubari. Sebuah kitab tasawuf yang banyak melenturkan hati qaniah sejak 2-3 hari ini. Qaniah jadi rindu pada diri 'serikandiumar'.

Qaniah sudah banyak melukakan hati orang. Qaniah dah banyak jauh berubah. Qaniah sudah hilang jati diri. Allahurabbi. Qaniah rindu tarbiyah di bumi maahad dulu. Qaniah belajar menjadi seorang wanita solehah hasil didikan kakak-kakak tersayang.


Qaniah mahu bangkit. Qaniah akan ingat satu kata-kata. Dari seorang yang banyak menegur qaniah. Dia kata, manusia yang berubah tidak akan melakukan kesalahn yang sama berulang kali.

Ya Rabb.. qaniah sudah banyak menyakiti hati orang. Qaniah langsung tidak menunjukkan tanda positif ingin berubah. Qaniah buntu.

Qaniah semak helaian demi helaian, kata-kata di dalam Syarah Kitab Hikam, kata-kata Imam Syafie, Ghazali dan sebagainya. Qaniah tersentuh.

Semoga selepas ini qaniah tumbuh menjadi manusia yang tidak menyakiti hati orang lain.

Semoga selepas ini qaniah menjadi muslimah yang hanya mencintai Allah dan Rasul-Nya.

Semoga selepas ini qaniah melatih diri menjadi seorang yang sangat pendiam dan tidak banyak mengeluarkan kata-kata yang nista.

Kerana baca bercakap beerti makin banyaklah dosa yang buat. Ya Rabb :(

Qaniah mintak maaf kepada semua. Respect kalian pada qaniah mungkin akan hilang sedikit demi sedikit.

Maafkan qaniah.

Jom jadi wanita sufi!

Qani'ah Mawaddah
7.24 pm
29 Oktober 2012
Bayt Dar Az zahra

No comments: