Pages

Saturday, October 13, 2012

UKHWAH FISABILILLAH

Sahabat,
Indahnya ukhwah yang terbina..
Bersamalah daku menjaga rabithah ini..
Agar terus bersatu bersama memacu redha Ilahi...
Entah kenapa, malam ini terasa nak tulis bab ukhwah. Mungkin dah penat menilai sana sini, dan terlakarlah segala idea untuk menulis mengenai ukhwah.

Qani'ah bukan orang yang layak untuk berbicara bab ukhwah ni. Sebab qaniah rasa, qaniah orang yang fail untuk menjadi penceramah atau tutor bab ukhwah ini kalau diri qaniah sendiri yang tidak dapat menjaga ukhwah itu sebaiknya.

Atas dasar apa qaniah menulis tajuk ini?

Ukhwah Fisabillah.



Atas dasar sayang dan cinta kepada sahabatlah, tangan ini terus menari, menaip bait-bait cinta untukmu sahabat. Dari hati ke hati qaniah menulis, dengan harapan, apa yang qaniah tuturkan dapat kita teladani bersama. Memang, kalau sahabat lihat perwatakan qaniah, sahabat sekalian takkan terdetik untuk meneladani input-input yang qaniah lakarkan. Tapi tolong, jangan lihat aspek luaran insan itu, jangan lihat pada manusia itu, tapi lihatlah kata-katanya. Ambillah kata-katanya dan renungilah :')

Sahabat, sedar tak sedar, kita tidak mampu hidup berseorangan. Kita tidak akan mampu untuk meneruskan hidup tanpa ada kekuatan dan pendokong kita. Ya, kita ada Allah. Segala Pemberi Kekuatan. Itu jawapan kita. Tapi manusia sebagai wasilah untuk kita rasa kekuatan itu.

Allah hadiahkan kita nikmat seorang sahabat. Berada di sisi kita, bersedia untuk menerima luahan hati kita. Tambah pula bagi siapa yang tinggal berjauhan dari keluarga. Kita tidak ada ibu ayah bersama kita. Tetapi kita ada kawan di sisi kita. Teman serumah yang akan bersama kita setiap hari hingga kita tamat belajar di situ.

Itu satu tempoh yang sangat lama. Ya, cukup lama. Jadi, sejauh mana nilai ukhwah yang mampu kita pupuk dari tempoh yang sangat panjang itu?

Adakah sekadar, pergi kelas sekali, balik kelas sekali, makan sekali. Kadang-kadang kalau yang sibuk sangat, pergi kelas asing-asing, balik pun asing-asing, tegur bila bertemu dalam rumah, then masuk bilik, kemudian keluar bila perlu.

Itukah yang diungkapkan sebagai ukhwah?

Sudah pasti jawapannya, TIDAK.

Tidak sahabat-sahabat. Itu bukan ukhwah. Nilai ukhwah nilai yang besar. Memerlukan sedikit usaha untuk meraih kemanisan berukhwah sahabat-sahabatku.

Qaniah tiba-tiba disapa rindu. Rindu pada nilai ukhwah bersama sahabat-sahabat Maahad dahulu. Suka untuk qaniah berkongsi. Kenangan dan nilai sentimen ukhwah yang qaniah rasai sepanjang berada di bumi waqafan maahadi.

Dulu, qaniah duduk di rumah sewa badan dakwah. Waktu time first qaniah masuk, qaniah ditempatkan di Urwatul Wuthqa. Selalunya, rumah itu menjadi rumah pertama yang dihuni bagi mereka yang baru mula-mula menjejakkan kaki ke rumah tarbiyah itu.

Subhanallah, qaniah rasa lain sangat. Sebelum ini qaniah duduk di asrama, then buat keputusan untuk keluar dan memilih jalan tarbiyah ini. Dan qaniah akui, kemanisan itu hadir setelah kesusahan dan kepayahan.

Bagaimana yang qaniah masukkan dengan kemanisan itu hadir setelah kesusahan dan kepayahan?

Sahabat, qaniah ingatkan kepada kalian. Dalam mencari kemanisan di sebalik nilai ukhwah itu, bukan satu benda yang mudah. Kita akan lalui durinya dahulu. Kita akan terkena durinya hingga kita berdarah dahulu. Barulah ubat datang menampal luka itu dan mengelap segala darah yang mengalir.

Bagaimanakah itu? Tidak dapat tidak, qaniah sebagai adik baru yang menjejakkan kaki ke dunia baru. Bersama sahabat-sahabat yang baru. Mengenali mereka bukan satu proses yang mudah. Kadang sorang ini, suka mengarah. Kadang, sorang ini suka cari gaduh dengan kita.

So, macam mana? Kadang-kadang kita rasa sebal. Rasa asyik nak balik rumah. Rasa nak menangis, geram, benci semua ada. Tapi lama-lama, qaniah dapat kemanisan itu.

Ok, sewaktu tingkatan 2, qaniah di Urwathul Wuthqa. Tingkatan 3 dan 4, qaniah ditempatkan di Tibbil Qulub. Tingkatan 5, qaniah ditempatkan di Qurratul Ain.

Di setiap rumah, pada setiap tahun, tinggal bersama ahlinya yang berbeza. Kadang-kadang rasa tension juga, ditukarkan setiap tahun. Tambah rasa menyampah, rumah yang ditukar, jauhlah, buruklah, semaklah. Macam-macam yang dikomplainnya. Mana tidaknya, kita meletakkan satu 'block' kebenciaan dalam diri kita. Cuba kita letakkan dalam situasi kita cuba menerima satu keadaan yang baru dalam diri kita.

Rupanya, hikmah Allah mahu tunjukkan. Kita dapat mengenali antara satu sama lain. Menangisa sama-sama. Ketawa sama-sama. :')

Ya, qaniah melalui proses itu. Qaniah melawan cakap. Qaniah kena marah. Macam-macam yang terjadi. Tetapi, di akhir sekali. Sewaktu saat-saat kemuncak SPM, baru qaniah semakin rasa aliran ukhwah dan rasa sayang terhadap sahabat-sahabat. Seakan sukar dilepas pergi.

Bila saat akhir, SPM dah nak melabuhkan kira. Air mata usah kiralah. Qaniah mengimamkan solat maghrib bersama sahabat dengan penuh beremosi. Berjuraian air mata mengalir, kerana takut, sahabat ini hilang di hati.

Qaniah letakkan semuanya kepada Allah. Dan hari ini, hampir 2 tahun, kenangan itu berlalu. Ya, kami semua berpecah. Rindu makin menggamit. Seorang ke sana, seorang ke sini. Dan bila melihat sedikit demi sedikit sahabat kita berubah perwatakan, hati mula gundah, mula resah kerana tidak sanggup rasanya membiarkan sahabat kita jauh.

Kita mahu dia berada di landasan yang betul. Kita masih rasa aliran kasih sayang dan kemanisan ukhwah itulah hingga menyebabkan hadir perasaan sebegitu rupa.


*****

Dan hari ini, kita di daerah baru. Bersama sahabat-sahabat yang baru. Qaniah sendiri jauh terdampar di bumi Jordan. Menuntut di bumi Irbid bersama sahabat-sahabat. Qaniah sudah tahun 2. Alhamdulillah, tinggal bersama kawan-kawan.

Qaniah seakan bermula kembali, seperti di tingkatan 2 dahulu, belajar mendalami sahabat itu supaya di akhir nanti kemanisan ukhwah fisabilillah itu terasa. Kadang-kadang qaniah rasa sukar. Sesukar dahulu untuk mendalami setiap orang sahabat itu kerana setiap dari sahabat kita perangai mereka berbeza dan kita harus ada uslub atau cara yang berbeza untuk mendekati mereka.

Ini satu CABARAN.

Mengapa qaniah mengatakan ini satu cabaran? Kerana, jika kita tidak memahami dan mendalami betul-betul sahabat kita bagaimana caranya untuk kita menegur dan mendekati mereka, silap haribulan, kita tersilap langkah dan kemudiaannya mengguris hatinya. Dan akhirnya nilai kemanisan ukhwah fisabilillah itu berkubur begitu sahaja.

Qaniah tak nak begini. Qaniah sayang sahabat-sahabat qaniah. Qaniah mahu nikmat kemanisan ukhwah itu bersama mereka. Qaniah cuba koreksi diri. Apabila sebut UKHWAH FISABILLAH, bermaksud, kita berkawan atau bergaul dengan sahabat kita itu di jalan Allah S.W.T.

Menunjukkan apa? Menunjukkan bahawasanya kita kena IKHLAS dalam berukhwah dengannya. Barulah Allah membuka pintu hati mereka menerima kita seadanya sebagai seorang sahabat. Bila hati terbukalah, mudahlah untuk kita dalami mereka. Dan bila kita dalami mereka, kita akan tahu apa yang sahabat kita suka, apa yang sahabat kita tidak suka?

Nah, inilah perkara yang sangat sukar sekali. BERKAWAN itu mudah. Tetapi BERUKHWAH FISABILILLAH itu tidak mudah untuk kita hadirkan. Koreksi niat kita. Apa tujuan kita beukhwah itu. Barulah jalan kita mudah, Insyaallah.

Qaniah masih mencuba. Mencuba memahami kalian sahabatku :')

Doakan qaniah, dapat menjadikan kita semua berukhwah dengan UKHWAH FISABILILLAH. Insyaallah.. ^___^


Love you sahabati,

Qani'ah Mawaddah
1.31 am
Bayt Dar Azzahra
Syuqqah 1, Tobek Ardhi
Binayah Bahauddin 2,
Warouq Funduk Joude.

No comments: