Pages

Monday, October 1, 2012

IKHLASKAH HATIKU YA ALLAH ?


Alhamdulillah mood qaniah makin baik. Syukur kepada Allah yang memberi nikmat tidak terhingga ini. Dan sungguh, Allah menegur qaniah dengan pelbagai cara yang membuatkan qaniah berfikir tentang erti syukur dan ikhlas kepada Allah :')

Usai solat Asar berjemaah bersama sahabat serumah, qaniah terbaring di tikar sejadah. Najwa masih duduk berteleku di tikar sejadah sambil mulutnya mula berbicara tentang ilmu yang dia peroleh sewaktu talaqi tadi.



Banyak juga yang Najwa kongsi. Tentang hadis kedua dalam hadis 40. Tentang rukun Iman, Islam dan Ehsan. Rupanya banyak yang qaniah belum tahu. Yang qaniah terkesan, ayat yang mengatakan, kita kena ada rasa Allah lihat kita. Bila kita rasa Allah lihat kita, kita nak buat apa-apa pun takut.

Tapi, kita selalu niat macam ni. Kita tak nak buat jahat sebab kita takut dapat dosa, masyaAllah, kita nampak ganjaran dulu. Kita tidak nampak atas dari itu yakni Allah. Sepatutnya kita kata, Allah tengah tengok aku, jadi aku tak nak buat jahat :')

Subhanallah, moment itu lagi indah rasa kerana kita rasa Allah sentiasa melihat kita. Kalau kita nampak ganjaran dahulu, ikhlaskah hati kita?

Malaikat mengangkat amalan yang kita buat hingga langit ke tujuh. Tatkala sampai kepada Allah, Allah mencampak amalan kita ke bawah.

Malaikat bertanya, "mengapa Ya Allah?"

Lantas Allah menjawab, "Hanya aku yang mengetahui sejauh mana hati hamba-Ku.."

Allahurabbi.. sia-sialah amalan kita andai ikhlas tiada langsung menghiasinya. :')

*****

Qaniah terfikir. Macam kita jatuh cinta kepada seorang lelaki/perempuan. Kita mengawal pergerakannya, kita stalker dia, kita jeles kalau nampak dia like or komen dengan orang lain. Cuba kita tanya diri kita, ikhlaskah kita mencintai dia kalau perangai kita sebegitu rupa?

Kalau kita ikhlas mencintai dia, kita tidak ragu lagi kerana kita yakin Allah menjaganya untuk kita. Kita meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah kerana kita ikhlas mencintai dia. Subhanallah, barulah boleh cinta kita dilabel kerana Allah :')

Ok, stop bab cinta. Beralih kepada fokus kita. Bagaimana untuk kita elakkan diri kita dari buat jahat?

Andailah kita tidak dapat hadirkan bahawa Allah melihat kita...
Cuba kita andaikan malaikat mencatit amalan kita..
Cuba kita andaikan kita akan mati sebentar lagi..

Masyaallah.. mampukah kita menjadi sedemikian rupa?

Allah..bantulah kami dalam menghadirkan ikhlas dalam setiap amalan yang kami lakukan..

Amin :')


Qani'ah Mawaddah
10.27 am
1 Oktober 2012
Bayt Dar Azzahra

3 comments:

Ketuk ketuk jari said...

ikhlas 2 kdg2 mamang rsa mcm susah tpi kita perlu cuba..ikhlas jga susah nk dilihat..sbb tu,,
ikhlaskn diibaratkan spt semut hitam di atas batu hitam pada malam yang gelap hitam.. :)

no POWER except ALLAH said...

salam alaik, perkara ikhlas ini perlu dimuhasabah setiap ketika, tetapi jangan sampai untuk meraih ikhlas kita tidak buat apa-apa, lebih lagi untuk jalan dakwah dan tarbiyah.. ikhlah itu urusan Allah.. kita tambahkn ilmu dan amal, supaya kita tidak menjadi insan yang pahit dalam melalui kehidupan yang semakin mencabar ini.. ya Rabb, ikhlaskan amalan kami, agar menjadi amal soleh dan peneman kami di alam kubur dan akhirat kelak.. =')

Anonymous said...

Subhanallah..jazakillahu kheir..perkongsian yang amat bermakna..
astaghfirullahal adzim..meruntun hati..selama ni banyak kelemahan diri..
Barakallahu fik..bi iznillah,dgn perkongsian ukhti,mngetuk pintu hati ana..