Pages

Tuesday, October 9, 2012

HIDUPKU CUKUP INDAH

Alhamdulillah, Allah kurniakan hidup yang cukup indah pada diri qaniah. Sudah hampir 19 tahun qaniah hidup sebagai hamba dan insyaallah bakal mencecah 20 tahun pada tahun hadapan :') Subhanaallah, cepatnya masa berlalu. Sudahkah qaniah manfaatkan masa qaniah secukupnya?

Qaniah pasti menggeleng dan hanya mampu tersenyum. Qaniah masih punya jiwa persis anak muda yang tidak betah duduk diam. Anak muda yang masih gelabah dan tidak mampu mengawal situasi dan keadaan. Huhu. Lucu sangat sebab qaniah sebenarnya tidak matang sepenuhnya lagi.


Dari satu sisi, mungkin insan lain akan memandang qaniah hebat, pandai menulis, pandai memasak, pandai dari pelbagai segi dan turut tidak lupa kepada siapa yang kata qaniah nie solehah. Tersipu malu qaniah mendengar pujian yang agak 'hiperbola' itu.

Apapun syukran. Itu pujian dari kalian. Qaniah hanya mampu berkata, amin..amin dan amin.

Dari satu sisi yang lain pula, mungkin insan-insan yang dekat dengan diri qaniah, seperti mak, abah, adik-adik, someone special, sahabat-sahabat yang tahu selok belok diri qaniah ini. Setiap inci perangai qaniah mereka kenal. Mendalam yang teramat sangat.

Mungkin mereka tegar mengatakan qaniah ini degil, manja, budak-budak dan suka cari masalah.

Yup. Nampakkan? Pandangan dari zahir dan dalaman amat berbeza :')

Bagaimana untuk qaniah pupuk jiwa qaniah menjadi seorang muslimah yang bagus seperti orang lain?

Kadang-kadang qaniah jeles bila orang yang qaniah sayang puji orang lain. Rasa sebal. Pastu terus bertukar. Perangai jadi mengada-ngada. Ayat mula kasar. Ha, mulalah nak merajuk. Haha kelakar betul. Itu satu tindakan yang tidak logik dek akal. Cemburu yang terlampau menebal, merosakkan segala-galanya. Kerana, kita hilangkan kepercayaan dan keyakinan kita kepada benda yang remeh temeh.

Hmm.. Geleng kepala sebentar. I'm thingking right now. What can I do to myself?

Any suggestion my dear friends? *qaniah buntu*

Qaniah sedar ja tindakan qaniah tu. Cuma qaniah ni seorang yang terburu-buru. Cepat melatah. Dia buat dulu, then bila dah jadi barulah nak ketap bibir, tampar pipi sebab tersasul. Itulah, orang pesan dah, berfikir dulu sebelum cakap. Bukan mulut tu buka dulu, then baru nak fikir ^_^ Heeee... that's was me!

Semalam, lepas qaniah buat kerja terburu-buru, cemburu buta qaniah lagi. Qaniah terjumpa kata-kata dekat atas ni. Sweet kan?

Qani'ah suka sangat dengan doa dia.

Ya Allah.., jadikanlah aku redha dengan keputusan-Mu..
sehingga aku tidak suka dipercepatkan apa yang Engkau tunda...
dan minta ditunda apa yang Engkau percepatkan...

Serius! Tersentap hati qaniah baca benda ni.

Betul, kenapa qaniah perlu sangsi dengan segala apa yang Allah tetapkan? Contoh, qaniah dah datang jauh-jauh dekat sini. Then macam-macam berlaku, qaniah rasa lonely, qaniah sakit dan qaniah rasa sebal. Qaniah tidak redha? Allah...malunya..kenapa qaniah pamerkan sikap macam budak-budak sedangkan qaniah kena matang dalam bab hubungan dengan Allah..

Qani'ah dah lama sakit..dari form 2..mula sakit teruk form 4.. semalam qaniah jatuh lagi. Bleeding sikit. Qaniah menangis teruk. Qaniah mula cakap pelik-pelik. Rasa sebal. Then bila jumpa ayat ni. Qaniah malu balik dengan Allah. Apa yang qaniah cakap ni?

Mungkin Allah lambatkan qaniah sembuh sebab Allah nak uji tahap keimanan qaniah kan? Kan hidup dalam ujian beerti hidup dalam kasih sayang Tuhan?

:') Ya.. qaniah sakit. Tapi qaniah hidup dalam kasih sayang Allah yang melimpah ruah. Allah sentiasa di sisi qaniah, cuma qaniah yang tidak hargai kasih sayang Allah.

Kenapa qaniah? Kenapa perlu bertanya kepada Allah, kenapa qaniah sakit lagi? Kenapa qaniah jatuh lagi? Kenapa qaniah lambat sembuh? Tampar mulut sikit qaniah. Qaniah sedar tak, qaniah seakan marahkan Allah :'(

Ya ALLAH, apa yang telah aku lakukan. Maafkan qaniah Ya Allah. Sepatutnya qaniah bersyukur, sebab qaniah diuji, tanda Allah sayang qaniah. Bukan Allah bebankan dan biarkan qaniah macam tu saja.

Allah please hug me with your love... I'm very lonely.. and I need you in my life..

Ada seorang teman qaniah, semalam dia kata. Ingat, bukan kita saja yang sakit, ramai lagi yang sakit. Ya, thanks... sebab selalu nasihatkan qaniah.

Yup, qaniah baru kena uji sikit. Qaniah marah-marah, rahim ni benda penting bagi wanita. Qaniah, kenapa perlu marah? Rahim tu bukan milik qaniah, milik Allah sayang :') Allah yang susun elok, rahim dalam perut qaniah supaya dalam tu nanti, qaniah akan lahirkan mujahid dan mujahidah untuk Islam.

Subhanallah, kan Allah ciptakan elok. Kenapa qaniah nak marah-marah? Allah bagi qaniah pinjam saja sayang. Kalau Allah nak ambik balik qaniah bersedia tak?

Ha...qaniah mesti gelengkan? Jadi, sementara Allah uji rahim qaniah sikit saja, qaniah banyakkan dekat kepada Allah, mohon kepada Allah elok-elok..urut perut elok-elok.. minta pada Allah.. 

"Ya Allah..berikanlah kesempatan kepada diri qaniah untuk memiliki rahim ini kerana rasa menggebu untuk melahirkan zuriat sebagai pejuang untuk mempertahankan agama ini Ya Allah.. Ya Allah..qaniah sedar, Engkau sedang menguji qaniah dengan kesakitan, kepedihan yang teramat sangat, andai sampai satu saat, qaniah akan sembuh kembali masih ada..qaniah pasti akan menunggu dengan penuh sabar. Izinkan qaniah menikmati kesakitan ini bersama rahmat-Mu Ya Allah..:'("

Allahurabbi..

Qaniah sayang.. kuat yah.. sahabat-sahabat doakan qaniah sihat ya. Orang kata kalau rahim kita sakit, muka kita pun selalu pucat, kita jadi orang yang murung sebab rahim kita sakit. Ya, qaniah cepat murung T.T dan cepat merajuk. Sapa yang rapat dengan qaniah selalu kena bertahan dengan qaniah.

Terima kasih buat insan-insan yang setia di sisi qaniah. Abah, mak yang mempertahankan anak gadis ini. Dulu, qaniah takut. Qaniah pernah doa kepada Allah, kalaulah rahim qaniah sakit, dan qaniah tidak mampu lahirkan zuriat, qaniah tak mahu kawin T.T

Waktu tu, qaniah form 4 kalau tak silap. Qaniah asyik menangis sambi usap perut. Tapi qaniah silap, kan Allah ada :') Qaniah kena yakin dengan Allah. Rezeki dan jodoh di tangan Allah, kalau ada rezeki untuk qaniah berkahwin dan mempunyai zuriat, perkara itu tidak mustahil. Sebab Allah sangat kuat dan berkuasa :')

Ya Allah.. kuatkanlah bakal imam yang bakal memiliki diri ini Ya ALLAH.. kuatkan emosinya untuk menerima diri ini yang kekadang tidak menentu emosinya. Berikanlah kekuatan kepada dia untuk menerima diri ini seadanya, menjaga qaniah yang sakit ini dengan penuh sabar.

Ya Rabb..jagalah bakal imamku sebaiknya..kerana aku tidak layak untuk memiliki insan sebaik dia..:') Qaniah tahu, dia pasti insan yang mulia, kerana sanggup menerima diri qaniah seadanya. 

Thank you Allah..

With a lot of love,

Qani'ah Mawaddah
1.14 am
9 October 2012
Shuqqah 11, Tobek 3,
Bahauddin 2, Waraq Funduk Joude,
Irbid, Jordan

1 comment:

arifputera said...

Apabila seseorang hamba itu tidak mampu mencapai darjat yang Allah tetapkan untuk dia melalui amal ibadat, jadi Allah akan menimpakan musibah untuk meningkatkan darjat hamba itu agar dia mampu meraihnya dengan Kesabaran! ^^,