Untuk terakhir kalinya aku menulis tinta ini buat sahabatku, Saiful Islam Fetrus bin Abdullah. Pedih dan perit. Air mata yang cuba ditahan, mencurah-curah turun tanpa henti. Allah… seorang sahabat yang setia membaca kisah BERJALAN TANPA HENTI yang aku tulis. Dan hari ini, ianya hanya tinggal kenangan.
Hari ini, aku redha melepaskan engkau pergi sahabatku. Aku redha melepaskan engkau pergi kepada keluargamu , kepada agamamu andai takdir yang menetapkan ianya berlaku. Tapi… jauh di sudut hati, aku akan terus berdoa. Sinar Islam itu akan hadir lagi.
Richard, aku lepaskan sahabatku kepadamu seperti yang kalian kehendaki. Aku akan berhenti menganggunya. Tapi izinkan aku memandangnya dari jauh sebagai sahabatku. Sekalipun dia sudah lupa, aku sahabatnya.
Aku kembalikan milik kalian. Terima kasih kerana sudi meminjamkan dia buat sementara waktu. Terima kasih kalian sudi membenarkan dia mengecapi nikmat Islam walau untuk sementara.
Saat ini, aku kembalikan Saiful Islam Fetrus bin Abdullah pada kalian. Sekalipun perit untuk aku dan sahabat-sahabat terima, kami redha. Akur dengan takdir. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.
Kami lepaskan dia. Jagalah dia baik-baik. Kami tahu, kami hanya sahabat, tapi sayangnya kami pada dia kerana dia sahabat seaqidah kami. Dan hari ini, dia telah kembali kepada kalian. Hati bagai dicarik-carik. Alhamdulillah..keimanan telah menampal kembali hati-hati kami supaya redha dengn ketentuan Allah.
Dari dataran syam ini, aku mendoakan yang terbaik buatnya. Ya Allah..redhakan hatiku melepasnya pergi. Ini tinta terakhirku buatmu sahabat. Aku tahu, engkau mungkin sudah hilang ‘memori’ mengenai Qani’ah Mawaddah. Aku berharap suatu hari nanti engkau akan kembali mengingati bahawa engkau punya seorang sahabat bernama Qani’ah Mawaddah.
Buat sahabat-sahabatku,
Zila..Syahida..Kak Eiyd.. Syuhada..Fakhrur, tahniah buat kalian kerana berjaya menjadi sahabat buat Saiful Islam Fetrus bin Abdullah walau untuk seketika. Aku harap, kita sama-sama redha melepaskannya pergi. Kami sahabatnya Ya Allah.. damaikan hati-hati kami melepaskan dia pergi. Allah….
Qani’ah Mawaddah,
Sakan Yarmouk
1.48 pm
28 November 2011
1 comment:
assalamualaikum...qani'ah mawadah...nk tnya skit bleh...sapa sebenarnya saiful islam tu? dia saudara baru msuk islam ke?
Post a Comment