Pages

Tuesday, November 15, 2011

EPISOD 17 : BERJALAN TANPA HENTI


          “Ok..macam ni, budak perempuan semua naik kereta..”

          Aku hanya mengikut arahan Qayyum. Terus menuju ke kereta. Budak perempuan dah 4 orang, campur aku dah jadi 5. Mana muat nak duduk kat belakang.

          “Intan dok depaannn..”

          “Tak mau saya, Kak Su la kena duduk depan..”

          Qoyyum terus keluar dari kereta.

          “Keluar..keluar..haish..tak boleh-tak boleh.' ß-- Hek eleh, ingat aku pun nak duduk depan ka?

          Aku yang berdiri di tepi keret sudah bengang. Budak-budak ni pun dah bengang. Syed datang menghampiri.

          “Macam ni..bagi semua budak perempuan duduk kat dalam van.. 4 orang budak lelaki bagi la naik kereta dengan ang..”

          Aku hanya mengangguk. Tension. Apa-apa sajalah. Janji boleh balik.

*****

          Beberapa orang budak lelaki turun dari van. Aku terkejut! Kenapa diorang keluar ikut pintu depan, bukan pintu tepi?

          “Pintu ni rosak kak Su..kita kena masuk kot pintu depan tuh..”

          Oh tidaaaaaaaakkkkkk! Aku kena masuk kot pintu penumpang depan pastu merangkak ke belakang????? Apa sudah jadi ini. oh van SAIF…kenapa terlampau kreatif sangat ni?

          Aku sudah mencebik mulut. Mahu tak mahu, aku naik juga kot depan. Merangkak ala-ala tentera. Malunya ya Allah..tak pernah aku buat kerja macam ni!

          Budak-budak lelaki bising di belakang. Bau yang tidak enak menusuk ke hidungku. Durian!! Tidaaakkk…

          Kami terus duduk di seat belakang pemandu. masyaAllah.. tinggi sebelah. Kerusi di sebelah kanan tinggi, kerusi di sebelah kiri rendah.. aku yang duduk tengah-tengah.. antara tinggi rendah, bayangkanlah keadaan diriku..huhu..

          Muka kami berlima memang bengang. Van sudah bergerak pulang. Budak-budak lelaki bising yang teramat sangat. Nyanyi la.. pidato laa.. makan buah laa.. habislah buah!

          Intan sudah bengang.. “Woiiiiiiiittt! Diam ar..pening kepala kot!”

          Budak-budak lelaki bertambah bising. Aku rasa macam nak menjerit kat situ. Ya Allah..apa la nasibbb…

          “Semakin banyak biji di dalam van, semakin gemuk badan si Syazwann..”

          “Semakin banyak biji di dalam van, semakin berkurang jumlah buah di SAIF..”

          Budak-budak ni laaa..sempat lagi buat hipotesis. Memang hampeh, makan buah rambutan pastu buang biji dalam van balik. Kesian van ni… diorang semakin riuh, bergaduh siap. Aku dah ‘hot’ ni. Kepala terasa panas. Dadaku sudah penat menahan rasa.

          “Hoiiii…diam laaa!”

          Puas! Ambik sebijik. Aku menjerit. Fuhhh..

          “Huissh…terkejut” ß- Khairul berpaling memandangku. Lantak arr… tension..

          “Tak-takpa..diorang dah tak lama ni…nanti siap laa..” Kedengaran suara Syed.

          Aku pusing ke belakang, menghadap budak-budak hingusan ni. Ya Allah..dok makan buah! Habislah buah ni…

          “Hai…sudah-sudah la makan tu, nanti habislah..”

          “Kak..bukankah makan buah itu baik untuk kesihatan?”

          Geddiisssshhhh!!!

          Wink * Wink * aku menepuk dahi.. apa punya jawapan daaaa…

*****

          Kami sudah hampir dengan SAIF. Dalam hatiku, sudah ada jeritan. Jeritan yang mengatakan.. Maluuuuuuu…satgi nak turun macam mana ni?

          Nak masuk SAIF, ada macam bukit kecik depan pagar utama dia. Van ni tersekat-sekat depan tu. Terlebih muatan rasanya. Halaman SAIF penuh dengan cikgu-cikgu dan budak-budak yang sibuk mengemas dan menyusun kerusi untuk esok. Aku sudah menunduk rapat di lututku. Malunya Ya Allah..

          Van berhenti tepi surau. Budak-budak SAIF yang lain datang berkerumun di tepi Van. Argghh..malunya nak turun. Aku cepat –cepat turun bila Syed dah keluar. Aku turun dan segera berlalu ke tepi kantin.

          “Kak Suuuuuuu”

          Alamak! Budak-budak ni nampak dah. Kantoi. Errr.. aku pusing ke belakang. Sekumpulan budak-budak tahun 1 dan 2 meluru ke arahku. [Habisss!]

          “Kak su pergi dusun ka?”

          “Iya..kak su pergi dusun…”

          “Comel ja kak Su keluar kot pintu depaaan..”

          Haiyyaaakk..! apa daaa.. aku meminta diri ke kantin. Nak selongkar ayam goreng dan buat air untuk budak-budak yang baru balik dari dusun.

          Bip * Bip * Dapur kosong dengan apa sahaja!

          Ajk Kantin menghampiriku.

          “Eh..kak Su, tadi kami dah simpan ayam. Ni mesti kerja Nabila and the geng..”

          “Hmm..tak pa laaa..”

          Aku buat air sirap satu jag. Kemudian duduk di kerusi. Menunggu budak-budak ni solat dan nak makan.

*****

          Kami makan satu meja. Budak lelaki hanya di meja sebelah. Tak da lah jauh sangat jaraknya. Selang beberap minit, warden-warden lelaki datang untuk makan. Aku duduk bersila atas kerusi, kemudian memusingkan sedikit badan ke sebelah kiri. Aku buka purdah, jadi payah pula nak elak diri. Cara begini sahajalah yang mampu dibuat.

          “Nasuhaa….ni satay..”

          Aku terkejut. Qayyum letak satu pinggan satay di sebelahku. Aku tak dapat tangkap apa yang dia kata. Budak-budak lelaki semua teruja dengan longgokan satay di sebelahku. Aku janji akan bagi sedikit satgi.

          Tiba-tiba aku dapat panggilan telefon dari warden perempuan.

          “Nasuhaa.. dah dapat satay?”

          “Dah..benda pa ni?”

          “Duit lebih time kita pergi bbq ritu lebih..itu yang beli satay, kongsi dengan Timah tauu..”

          Laaa..ingatkan satay apa. Alamatnya, budak-budak ni tak merasa la satay aku. Aku bangun untuk basuh pinggan. Ramai sangat orang lelaki kat area tempat basuh pinggan. Aku pakai balik purdah, kemudian masuk ke dalam ruang masak. Basuh pinggan di situ.

          Setelah siap. Aku keluar balik. Atas  mejaku kosong.

          “Aiikk! Mana satay?”


          Aku nampak Syed dengan budak-budak dok gelak-gelak. Diorang makan satay aku!

          “Jahatnyaaa..” ß- aku melontarkan rasa tidak puasa hati.

          “Ehhh..Nasuha makan dak lagi satay?” Qayyum bertanya kepadaku.

          “Tak pa laaa…ambik je laa..”

          Budak lelaki sudah seronok. Hampeh! Memang korang dah culik pun satay aku. Orang baru nak makan. Sob * Sob * sedih…

          Aku terus ambik barang-barang aku dan berjalan di tepi surau. Balik asrama. Budak-budak perempuan puas berleter di atas ketidakprihatinan budak lelaki yang ‘menculik’ sataykuuu…

          “Ehhhhhhh….kak Timah…pi ambik sat, satay untuk kak Timah sikit..”

          Glurrrpp..aku lupa pula!

          Diorang segera berlari, menyelamatkan sisa satay yang tertinggal. Aku duduk bersandar di dinding surau sambil mataku menikus di lantai yang berhabuk.

          “Kakkkk… kami dapat selamatkan 3 jaa..”

          Budak-budak tuh menunjukkan 3 cucuk satay yang berjalan diselamatkan. Aku hanya tersenyum, geli hati di sebalik purdah hitamku. Aduiii… 3 jeee…?

*****

          “Kak Timaaaaaaaaaahhhh..”

          “Suhaaaaaa…. Amacam, naik van SAIF?”

          “Tidaaaaakkk… malu tersangat malu, macam tin sardine terpenyek!”

          “Hahahaa.. tak pa..pengalaman, itulah kak pelik.. macam mana kamu boleh ada dalam tu,..hehe..”

          “Hek eleh..apa laa nasib..ni.. hanya 3 satay yang mampu diselamatkan..”

          “Haaaa…3 ja?”   
     
          “Yang lain budak lelaki dah melantakk!”

          Titttt…

          Phone kami berdua, dari tadi tak habis-habis berdering.

          Amin* daaaa… [budak skema ^__^ ]

          “Suhaa…Amin nak mai, dia suh bawa turun banner ni, satgi kita kena pasang..”

          “Alaaa…kak Timah ja laaa..”

          “Jom laaa…”

Aduuuiii…bantalku..tata..nanti kita jumpa lagi yaa… ^_^

          Bersambung..

Qani’ah Mawaddah,
Sakan Yarmouk,
8.50 am
15 November 2011

No comments: