Pages

Thursday, November 24, 2011

EPISOD 21 : BERJALAN TANPA HENTI

          Esok dah mula puasa. Macam biasa, kami berkumpul beramai-ramai di rumah tok di Bukit Pinang. Suka sangat dengan keluarga besar mak. Kami suka buat aktiviti bersama-sama. Sambut hari lahir bersama-sama. Sambut hari ibu bersama-sama. Pendek kata kami sentiasa bersama la. Kebetulan esok dah masuk 1 Ramadhan, jadi malam ni kami makan-makan sikit kat rumah tok. ^___^

          Aku datang lambat. Cari pasal. Sebenarnya nak pergi rumah Syafiqah, tapi aku bagitau nak pergi rumah kawan, dekat ja. Lama tak jumpa. Bohong Nasuha! Teruknya.. sampai nangis-nangis aku pujuk nak pergi. Last-last abah lepaskan aku pergi.

          Wink * wink * Degil! [eh, sebenarnya aku pun dah lupa aku pergi mana, yang pasti jauh…]

          Lepas pergi rumah kawan, aku singgah rumah tok. Aku datang sendiri. Naik motor. Kami makan-makan. Pastu pelik pula aku tengok tetamu yang datang. Oh.. ada orang datang berubat. Aku naik senak perut. Haish! Tak sukaaaa…


*****

          Semua orang berkumpul kat depan tu. Malas betul aku. Sesungguhnya aku tak suka situasi sekarang. Aku hanya memandang dari jauh. Huh!

          “Ni…tengok jap, cucu kami yang sorang ni.. dok sakit selalu..”

          Glurrrrrp! Aku menelan air liur. Terus buat muka seposen. Tidaaaakkk! Tolong laaa.. tak mau!

          “Pi jumpa doktor pakar  laa..berubat macam-macam dah, dok sakit macam tu laaa…”

Aku tersengeh sorang-sorang. ~Blushing * aduiii… Tok ni, tak sporting langsung..

          Mahu tak mahu, aku duduk juga depan tu. Sungguh, aku benci! Aku tak suka situasi ini. Acap kali ustaz berubat, acap kali juga aku benci situasi ini. Aku hanya tersenyum sinis. Huh! Dalam hati bagai nak pecah, aku benciiiiiiiiiii…

          Aku pandang wajah di hadapan aku. Abah di sisi kiri. Mak dan family lain di belakang aku. Aduiii.. betul la, tak suka! Tak suka ditenung sedemikian rupa. Hatiku tak tenteram. Kecut perut. Rasa lain sangat.. kejap aku pusing kanan, kejap aku pusing kiri.

          “Ishhh..dok diam-diaaamm!” ß Glurrrpp.. Abah marah.

          Orang di hadapan aku seorang wanita. Dia memandang aku dengan pandangan yang tajam. Aduii! Dia suruh aku mengucap. Glurrrp! Aku pandang semua orang. Aku hanya tersenyum. Aku kuis kakiku. Aku main-main tudung. Sungguh, mulutku tak mampu mengucap.

          “Mengucap tengok..pakai tudung labuh elok.. mesti pandai ni..”

          “Pandai laaaa..”

          “Kalau pandai cuba mengucap tengok.. saya nak dengar..”

          Aku diam. Aku hanya tersenyum. Tunduk memandang lantai. Semua orang naik berang dengan aku.

          “Orang pandai laaaa!”

          “Dah kata pandai..cuba mengucap tengok kami nak dengar..”

          Aku diam lagi. Sudah banyak kali dia menyuruh aku mengucap. Family di belakang sudah mula bising. Aku tak boleh mengucap! [hatiku kata.. aku boleh laaaa!!!]

          “Nasuhaa…cuba mengucap tengok. Mengaji arab pandai ni..” ß Tok menyampuk.

          Aku tunduk. Aku dah nak menangis. Arrrghh.. ini aku benci. Perasaan itu datang lagi. Tanpa aku boleh kawal!

          “Kenapa nak menangis pulaaa… cuba mengucap tengok..” ßWanita di hadapan aku berbicara.

          Aku dah sebak. Dia pegang aku. Memang aku rasa lain. Perasaan yang aku tak suka langsung. Tolong la jangan buat macam ni. Dadaku terasa sesak. Kakiku sejuk. Esak tangis kian kuat. Semakin ramai yang menggenggam tangganku. Aku tepis. Jeritan demi jeritan aku lontarkan. Sungguh, aku bukan diriku. Arrggh! Aku benci. Berkali sudah aku katakan. Jangan usik aku, aku sakitt!

*****

          Aku separuh sedar. Aku dapat rasa jeritan yang keluar dari mulutku. Sakitnya ya Allah.. menusuk bagai jarum. Perut ku rasa sakit sangat. Aku rentap tangan sesiapa sahaja yang memegangku. Bagai orang gila aku meraung.. hampir sejam aku bertarung.

          “Sudaaaah! Sakit.. Tak mau daaaa!”  
      
          “Sakit kat maanaaa!”

          “Tolong laa..tak mau.. sakit perutt..”

Aku meronta-meronta minta dilepaskan. Aku tidak suka situasi ini. Tolong laaaa..

          Dari jauh aku nampak mak long datang. Semua orang datang pegang aku. Dari hujung kepala hingga hujung kaki. Hanya Allah yang tahu betapa seksanya. Betapa sakitnya. Aku meronta.. sungguh, aku cuba lawan.

          “Abaahh..tak maauu..sakitt..”

          Abah datang ke sisiku.

          “Sakit kat mana..?”

          “Jangan laaa.. Tolong laaa..Nasuha sakit kat perutt..”

          Aku makin sedar dengan kekuatanku untuk melawan semua ini.

          “Ya ALLAH.. doktor memang bagitau.. perut dia tak boleh tempuh..!”

          Semua orang segera meleraikan aku. Aku menangis. Sungguh sakit. Akibat sakit yang teruk bagai mencucuk. Darah mula keluar. Abah tampak menyesal dengan apa yang berlaku. Aku muntah. Mengeluarkan lendir putih yang begitu banyak.

          “Sakit dia macam mana ni?”

          “Kami pun tak tau nak cakap macam mana.. macam-macam dah berubat.. tapi memang perut dia tak boleh sentuh langsung, luka dalam mungkin..”

          Aku cuba bangun. Mata sudah bengkak. Aku mencapai tudung yang setelah sekian lama menghilang dari kepalaku. Penuh muntah aku. Yang hairannya, aku muntah putih. Selesai segalanya.. aku bangun. Perut sakit sangat. Mak nampak risau.

          Aku rasa sedih sangat lihat mak risau. Ingat lagi, sewaktu aku kena tahan wad, aku nampak air mata mak gugur. Tapi, mak bangun. Pandang ke luar tingkap hospital. Aku tahu mak menangis. Cumanya, air matanya cuba ditahan. Allah~

*****

          “Macam mana ni.. nak pi Jordan macam mana, sakit macam ni.. nanti sakit kat sana sapa nak jagaa..”

          Semua orang sudah mula runsing. Sungguh Engkau mengujiku   Ya Allah… malam ni sudah masuk 1 Ramadhan, dan petang ini Engkau uji aku dengan kesakitan yang sekian lama menghilang. Allah~~~

          Aku gagahkan diri balik. Bawa motor sendiri. Degil! Semua orang suruh tinggalkan saja motor, biar aku balik naik kereta dengan abah. Tapi.. sungguh, Nasuha degil!

          Hakikatnya.. aku ingin sendirian. Bawa motor pulang. Sebak hanya Allah yang tahu. Bertubi-tubi ujian menimpa. Aku seakan sudah lemah. Tidak terdaya untuk melangkah. Aku memilih Jordan. Betapa sukarnya jalanku, untuk menggapai impianku itu. Mungkin bumi Jordan, bumi yang indah.. lantas Allah mengujiku terlebih dahulu sebelum aku kecapi nikmat dataran syam itu. Subhanallah.. indah percaturan-Mu…

“…Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin[1218], laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar…”

~al ahzab : 35~

[1218]. Yang dimaksud dengan muslim di sini ialah orang-orang yang mengikuti perintah dan larangan pada lahirnya, sedang yang dimaksud dengan orang-orang mukmin di sini ialah orang yang membenarkan apa yang harus dibenarkan dengan hatinya.

Bersambung..

Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
12.36 pm
24 November 2011

3 comments:

ahlamiyamany said...

Tahniah...

Azekzk said...

menarik cerpen ni. Boleh sya thu yg ni realiti @ cuma sekadar cerpen? Hanya sekadar ingin tahu.

Qani'ah Mawaddah said...

Azekzk : kisah betul