Pages

Tuesday, November 22, 2011

EPISOD 20 : BERJALAN TANPA HENTI

Sehari blog ini tergendala. Si penulis juga turut terhenti memikirkan cara. Bagaimana untuk ku jelaskan. Cuba kalian pause sekejap. Semak kembali EPISOD 1 : BERJALAN TANPA HENTI. Di bawah sana sudah aku jelaskan, BERJALAN TANPA HENTI ditulis untuk memberi dorongan dan semangat kepada insan yang senasib dengan aku. Bagaimana untuk menguatkan semangat untuk terus mencapai cita-cita yang mungkin nampak kabur.

          So, InsyaAllah..bila dah sampai penghujung cerita BERJALAN TANPA HENTI, sudah tiada lagi kisah diri aku, mungkin? InsyaAllah…Cuma itu yang ingin aku tegaskan. Kalau kalian membaca BERJALAN TANPA HENTI dari episod awal, memang aku sudah tegaskan di bawahnya bahawa, kisah ini ditulis bukan untuk suka-suka. Harap maklum~~ grrrr…!


*****

          Sehari di rumah ummi. Aku lihat kesibukan ummi sebagai seorang ibu, seorang anak dan sebagai seorang guru. Subhanallah.. tugas ummi sangat berat apatah lagi menjadi seorang ibu tunggal. Ummi bersungguh-sungguh mencari rezeki untuk membesarkan 3 orang anaknya di samping ibunya yang tinggal bersama.

          Hafsah.. sahabatku juga anak ummi, sudah berkahwin. Sekalipun berkahwin di usia yang muda, 18 tahun.. itu tidak menjadi penghalang. Malahan ia makin menenangkan hati ummi kerana seorang anak sudah lepas, sudah sah menjadi milik suaminya.

          Sweet sangat bila aku tengok album kahwin diorang. Rindu Hafsah. Kali terakhir aku bercakap dengannya sewaktu sehari sebelum dia bernikah. Subhanallah..suatu tempoh masa yang lama. Sekarang aku di rumahnya. Bersama umminya. Terima kasih ya Allah, kerna Kau hadiahkan nikmat kasih sayang ini..

          Aku tidur dengan ummi malam ni. Ummi letih sangat. Lepas hantar aku, ummi pergi kenduri. Balik dari kenduri, ummi mengajar budak-budak tuisyen. MasyaAllah..kagum dengan semangat ummi.

          Esoknya, seawal pukul 5 pagi kami dah bangun. Hari ni kami nak ke Kuala Kangsar. Singgah di rumah kawan ummi, juga seorang ibu tunggal. Seorang guru, membesarkan 2 orang anak perempuan. Subhanallah, kalau kalian ikuti kisah perjuangan mereka dalam menuntut hak penceraian kepada suami mereka, pasti kalian akan menitiskan air mata. Kagum..kagum dengan 2 ibu tunggal ini!

*****

          Usai solat Subuh, kami bertolak ke Sg. Petani. Hari ini ada kursus HPA. Alang-alang dah di sana, aku ikut juga kursus tu. Tapi sampai Zohor saja, sebab dah janji dengan mak nak balik hari ini. Dah lama aku tak balik rumah, asyik merantau ja. ^___^

          Dari Perak, aku kembali ke SAIF. Banyak barang yang aku tinggal. Aku sudah pesan dekat mak, datang ambik aku di SAIF. SAIF sunyi dengan manusia. Aku berjalan sana-sini. Sunyi sepi!

          Boring sangat-sangat. Sementara menunggu mak dan abah datang aku pergi rumah kak Syida. Pertama kali jejakkan kaki ke rumah kak Syida. Dulu, seingat aku.. akhir form 4, ada kem tahfiz di Kuala Nerang. Akulah kakak fasi kepada anak-anaknya. Tak sangka Allah ketemukan aku dengan ibu kanak-kanak ni. Aku kagum dengan budak-budak ni, kecik-kecik dah hafaz quran. So proud!

          “Salam ..ada kat mana ni? Barang-barang ada.. orang pula tak daa..”

          “Wassalam..makkk..Nasuha ada kat tempat lain..hehe”

          “Amboi..ni kami dah ambik barang ang.. dok kat mana ni?”

          “Ok..jap-jap.. suruh abah keluar ke jalan besar.. Nasuha tunggu tepi jalan..”

          “Haishh…manaa? Haaa.. nampak daah..”

          Aku terus lambai tangan kepada mak. Glurrrp! Mesti kena marah satgi.

          “Berjalan sakan..”

          “Laaa…boring dok sorang-sorang..”

          “Berjalan sana sini boleh.. yang borang yayasan tak boleh pi pulaaa..”

          “Laaa..abah ni kenapa?”

          “Kenapa apa!” ß-Glurrrp! Kenapa abah nak marah pula.

          “Laaa…abah ni, kan Nasuha kata.., Nasuha last minute isi borang Jordan..”

          “Hari tu tengok tarikh pinjaman yayasan dilanjutkan ß- mak pula menyampuk.

          “Mana la Nasuha nak tau…”

          “Nak taw macam mana, asyik berjalan sana sini.. pi KL boleh pun” ß Sadisnya ayat abah.

          “Abah ni… faham dak.. Nasuha pi KL sebab nak isi borang Jordan. Kalau borang Jordan pun Nasuha tak isi.. buat pa nak isi borang yayasan..” Mendatar sahaja suara aku.

          “Tu mak ang kata..pinjaman yayasan dilanjutkan.. awat tak pi, ingat kami ni banyak duit nak sara ang pi Jordan..”

          “Abah..kenapa la tak faham.. Nasuha ada satu ja, nak pi sana sini. Awat abah tak tolong sat.. tolong la faham Nasuha. Bukannya Nasuha tak usaha.. Nasuha kerja semua cari duit..” Aku sudah menangis. Sebak dengan kata-kata abah.

          Suasana tegang! Abah pecut kereta selaju mungkin. Sob * sob * aku sedih sangat. Air mata tak henti-henti mengalir.

          “Macam angin..tak tempat pendirian! Terbang sana sini. Dulu nak pi Insaniah.. dapat UIAM , tak mau pi.. ni nak pi Jordan pula!”   
     
          “Abaaahh! Kenapa macam ni… ok, senang-senang Nasuha tak payah pi Jordan!”

          Aku pandang ke luar tingkap. Sebak. Kenapa? Ya Allah..kenapa?

Bersambung..

Qani’ah Mawaddah,
Sakan Yarmouk,
3.11 pm
22 November 2011

2 comments:

ahlamiyamany said...

tahniah...

Seven said...

sukarnya perjalanan ilmu kamu..huhu..tpi kanak2 riang kene ceria slalu kn? lgi pn Allah dah pn bantu kamu, like always..
moga terus berjuang di sana