Pages

Tuesday, November 15, 2011

EPISOD 18 : BERJALAN TANPA HENTI

          Seawal pukul 5 pagi aku dah bangun. Turun ke kantin. Hari ini ada majlis Istiqbal Ramadhan. Hanya aku dan kak Syida. Aik! 2 orang je. Aku terus potong tomato dan bawang untuk buat air asam. Selang beberapa minit, nampak pak lang.

          “Pak Lanngggg…selamat pagi!”

          “Selamat pagi.. apa ni.. semalam orang tunggu dia mai potong daging..”

          “Haa…la, Nasuha ada ja pun bawah khemah dengan kak Timah, tapi kan geng lelaki mai ramai sangat kat kantin..”

          “Ya la tu..picit hidung baru taw..”

          “Amboi pak lannngggg…”

          Pagi kami dhiasi dengan ketawa. Seronoknya.

*****

          Halaman SAIF sudah penuh dengan hadirin. Ada lori besar depan pejabat SAIF. Lupa pula, hari ana ada sedekah daging kepada semua sekolah HESA, daripada Muslim Aids.  Sebelum penyampaian sedekah daging, kami ada tazkirah Ramadhan. Ustaz Zainal Asri bagi tazkirah. Subhanallah, rindu pada seraut wajah itu.

          Aku duduk bersama ustazah Haryati di belakang pentas. Dari jauh sebuah kereta masuk. Eh, Pak Long! ß- USTAZ ZAINAL ASRI. Pak long bawa kereta sendiri. Rindunya pak long. Patut la Syed dari tadi menunggu tepi surau, rupanya nak menyambut murabbi kesayangan. Aku sangat teruja. Pak long jalan menghampiri pentas. Makin dekat..dekat lagi. Ya! Pak long betul-betul depan mata. Guru besar sekolah memeluk Pak Long, aku terus angkat phone dan tangkap gambar Pak Long.

          Subhanallah..sungguh. Aku rindu padamu murabbiku! Pak long nampak agak berisi. Dah lain Pak long. Jika dulu, aku di zaman maahad, aku acap kali ketemu Pak Long di kuliah-kuliah. Sejak keluar dari Maahad, jarang sekali aku punya kesempatan untuk bertemu dengannya. Tapi hari ini, dengan izin Allah, Pak long berada di depan mata. ~ Blushing.. * Wink * Macam nak peluk jeeeee ^__^

*****

          Hari ini aku kena bertugas kat tempat ruang makan VVIP. Fuhhh.. kami macam kepeningan sedikit. Sibuk susun sana sini. Selesai Pak Long bagi tazkirah, Pak long masuk makan. Aku suruh budak-budak SAIF snap picture Pak long. Rindu pada murabbiku yang satu.

          Pak long dah selesai makan, aku dah azam, nak minum air bekas Pak long. Aku hanya bersandar di tepi surau. Memerhati dari jauh. Allah…berilah aku peluang ini.

          Aku teragak-agak nak masuk ke dalam ruang makan. Takkan aku sorang-sorang nak makan bekas Pak long?

          Aku berjalan menuju ke arah ruang makan VVIP. Dari jauh Syed dan Qayyum berlari masuk. Adishhh! Aku berpatah balik ke tepi surau.

          “Alaaaaaaaa! Nakkkk.. mesti diorang dah makan bekas Pak long..”

          “Pi la cepatt..” ß-- Seorang ustaz SAIF menyuruhku pergi.

          “Tuuu…si Syed dengan Qayyum dah masukk..” aku menjuih bibir sambil memintal- mintal hujung tudungku. Kecewa!

          “Tadi tak mau piii..”

          “Err…maluuu..”

          Aku berjalan mendekati kak Zizah dan yang lain. Diorang duduk memerhati di pintu belakang ruang makan VVIP. Aku pun hanya mampu tengok si Syed dengan Qayyum makan! Whuaaaaa… nak…nak..

          “Suha nak jugaaa… tapi diorang datang dulu..”

          “Apa? Nak apaaa?” ß- Kak Zizah memandangku.

          “Nak makan bekas ustaz tadiii…” mendatar saja suaraku.

          “Laaa…pi ja laaa..habaq kat depaaa..”

          “Tak maauu…malu…”

          “Haaa…Nasuha malu dengan Qayyyuuumm?”

          Terkebil-kebil mataku. Kak zizah! Blushing * kenapa begitu sekali suaramu. Aku tak cakap macam tuuuuuuuu puunnnn… whuaaa..

          “Kak Zizaaaaaaaaaahh”

          “Eh..sori..sori..tak sengaja..”

          Aku terus berlalu pergi. Malunya. Haish! Apa la nasibbb.. dah tak dapat makan bekas Pak long..malu saja yang dapat. Kak Zizah memanggil namaku berulang kali. Aku langsung tak pandang. Langkah terus diayun ke dalam kantin. Whuaaa… Sob* Sob * sedihnya!

*****

          Aku dah siap kemas beg. Budak-budak pun dah ramai yang balik. Cuti puasa la katakana ^_^ hip * hip * Hoooreeeyy.. aku turun bawah. Sebenarnya, tak boleh Hooreeeyy sangat Nasuha. Hari ini aku akan ke Penang. Ada mesyuarat AMANI [AMAN PATTANI].

          Aku letak beg depan pejabat. Aku masuk ke pejabat, mencari Ustazah Hasnah. Aku tumpang kereta ustazah, alang-alang ustazah nak balik Sg. Petani, boleh tinggalkan aku di stesen bus.

          Ustazah sibuk di kantin. Daging yang diberikan aku simpan dulu dalam bilik guru SAIF, sayang pula nak bagi dekat orang lain. Nak bagi dekat mak juga. Tapi mana mungkin aku nak bawa pergi Penang. Haish! Akhirnya aku ambil keputusan untuk tinggalkan dalam peti sejuk bilik guru perempuan.

          Ustazah ambil rambutan yang berlonggokan tepi surau. Katanya nak buat jem. Rajin betul. Aku hanya menggeleng kepala sambil tersenyum. Ustazah memang rajin. Perkenalan kami bermula dengan ‘buah beri’ .

          Aku mencuba makan buah beri yang kak Timah bagi. Kak Timah kata Ustazah Hasnah bagi. Sedap. Walaupun masam, tapi besssstt! Kak Timah tak suka makan. Tiap hari aku pesan suruh bawa. Akhirnya ustazah pun kenal la siapa yang suka makan sangat tu. Ustazah siap buat jem beri kat aku. Peergggggghhh.. best ar ustazah ni, sporting! ^__^

          Bila dah lama kenal, sembang-sembang dengan 2 orang ‘hero’ ustazah. Aku terkesima. Eh, ni mak kak Ruqayah dengan kak Filzah dengan kak Sofwanah ka? Tu diaaa… aku sudah mula menyoal. Rupa-rupanya, kecik je dunia ni, semua tu senior aku. Agak rapat dengan kak Filzah. Rupanya ni ummi diorang. Subhanallah…

          Baru aku tahu, dari mana lahirnya sifat penyayang kak Filzah, dari wanita ini. Allah.. acuannya baik, maka hasilnya baik. Benarlah pepatah ini.

*****

          Aku hanya termenung di tepi tingkap. Ini kali kedua aku turun mesyuarat di Serambi Dakwah, Bagan Serai. Rindu nak bertemu kak Zila, kak Nazirah. Malam ni mesyuarat pertamaku bersama pimpinan AMANI. Allah…tugas sebagai daie tidak pernah selesai. Percayalah..

          Sampai sahaja di Butterworth, aku terus solat Asar di surau. Usai solat, aku menunggu kak Nazirah di tempat biasa. Kami style ja, naik motor.. ^__^

          Jauh juga dari Butterworth nak ke Bagan Serai. Kalau tidak, aku nak berhenti ja tepi jalan yang dekat dengan Bagan Serai. Cuma, diorang risau pula aku sorang-sorang. Jadi, baik berhenti kat stesen utama terus.

          Waaaaa… rindu Serambi Dakwah. Aku malu pula nak masuk dalam, ada abang dan kakak yang meeting UNGGAS. Aku hanya duduk di tangga serambi. Malu nak masuk dalam. Kak Zila balik teratak dulu. Jadi, kami boleh ronda-ronda. Kak Nazirah bawa aku pergi makan. Best!

          Meeting mula usai solat Isyak. Aku duduk berbaring di sebalik langsir yang memisahkan ruang lelaki dan perempuan. Maklum la, inikan surau yang diwakaf. Aku tersangat mengantuk. Hidungku tiba-tiba menangkap bau yang kurang enak, huhhhhh… Durian! Abang Nizam dengan Saiful makan durian tu. Aku hanya mampu menahan rasa. Eeeewww… busuk!

*****

          Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Meeting kami baru habis. Kak Fara dan kawannya perlu balik ke USM. Jauh kot. Kena naik jambatan. Risau juga, anak dara ni. Nasib baik abang Syamsul tinggal seberang juga, boleh ikut belakang.

          Aku pun sudah mengantuk. Kak Zila tak da lessen P. Kelakar betul. Alamatnya aku kena bawa motor. ^_^ setelah selesai kemas dan tutup Serambi Dakwah, kami pun beransur pulang. Fuhhh… first time bawa motor kat Penang!

          Jalan lengang. Hujan. Takut juga nak bawa motor malam-malam di tempat yang tak pernah aku bawa ni. Lampu motor pula tak menyala. Ya Allah..hanya Allah saja tau perasaanku tika ini. Sabar je laaa…

          Hampir setengah jam. Baru aku sampai. Inilah Teratak Sakinah. Rumah sewa kakak-kakak yang sweeeet ni. Indahnya ukhwah yang dibina. Subhanallah… Teratak Sakinah yang dirinduii…..

          Bip* Bip* dah sampai teratak kan? Daaaaaa… tido dulu ^_^

Bersambung..

Qani’ah Mawaddah,
Sakan Yarmouk,
1.30 pm
15 November 2011

No comments: