Pages

Tuesday, March 29, 2011

CINTA FACEBOOK

            Baru sebentar tadi aku berkenalan dengan seorang ukhti. Sememangnya dah lama berhasrat untuk berbual dengannya. Aku teruja melihat gambar perkahwinannya. Subhanallah.. manis.. ^__^

            Aku tambah takjub apabila cinta mereka, cinta FACEBOOK… tapi, bukan bercinta pun hakikatnya. Mereka hanya kenal dalam masa sebulan… subhanallah… aku takjub.

            Tanpa perkenalan dan tidak mengenal langsung antara satu sama lain… dia yakin, lelaki tersebut adalah pilihan Allah buatnya…

            Mereka tidak bercinta di alam FACEBOOK ini… cumanya Allah ketemukan hati mereka melalui laman ini. Melalui laman ini Allah cantumkan dua hati menjadi satu. Allah dekatkan hati hamba-Nya yang terpilih.. halus sungguh percaturan-Mu Ya Allah…

Ukhti…
Engkau adalah insan yang terpilih..
Dia dipilih oleh Allah buatmu..
Kalian adalah pasangan pilihan Allah..
Pilihan Allah adalah pilihan terbaik..

Saat lafaz sakinah itu berlalu…
Telah Allah cantumkan dua hati menjadi satu..
Telah Allah ikat erat hati kalian bersama..
Engkau bukan lagi seorang gadis biasa ukhti..
Engkau ialah seorang isteri buat imammu…
Engkau ialah sayap kiri perjuangan suamimu…

Buatmu ukhti Toiyibah,
Semoga engkau tabah mengharungi kehidupan ini..
Menelusuri sebuah kehidupan sebagai seorang isteri..
Semoga kalian tabah mengharungi kehidupan ini bersama~

Selamat pengantin baru
19 Mac 2011

p/s: Laman FACEBOOK ini ada baik dan buruknya.. kita yang perlu menentukan ke mana arah tuju kita!

Catatanku,
Serikandiumar93
12:58 am
30 Mac 2011

8 comments:

hafizquran said...

macam kisah ana je. rupanya ada lagi yang punya kisah serupa :)

Iman said...

indah jika kita yakin pada Allah, dan meletakkan sepenuh tawakal kepada Nya..
Tapi tidak semua begitu,pd dunia akhir zaman ini kan....
Semga Allah memberi petunjuk dan hidayah kpd mereka yg zalim itu..

Unknown said...

to hafizquran : tu la pasal.. ana teringat juga bila baca kisah dalam blog ustaz...

apa-apa pun.. ada hikmah di sebalik semua ni.... :)

to iman : ya...benar.. yakinlah kita dengan Allah...

batman said...

i support you all!
:)

Liza @ Adzriel AB said...

benar, kitalah yg harus bijak menilaikannya. utkmu..

http://adzriel.blogspot.com/2011/03/kedamaian-permulaan-hari.html

sufygirl said...

slm,

gambar fira rupanya..kami pun berkenalan melalui fb..:)

Unknown said...

sufyqirl : wassalam...

huhu...iye

Kasih Tercipta said...

Salam sayang buat sahabat Qaniaah...
kerana post cerita tentang diri ana.. :)

Alhamdulillah...otw dpt baby sulung :)
doakan la ya semuanya selamat