Pages

Saturday, January 21, 2012

SYAMAIL MUHAMMADIAH

21 Januari 2012.

            Tarikh keramat, majlis pengijazahan kitab Syamail Muhammadiah oleh Syeikh ‘Awn Qaddoumi. Semalam kak Masilah dah call, pesan siap-siap, pukul 6.15 tepat kena terpacak depan Masjid Jamiah. Lambat kena tinggal. Serius, tak bohong.

            Semangat sangat nak pergi esok. Nasi dah masak siap, ayam pun sudah bawa keluar, tunggu nak masak saja esok. Tut… tup.

5.40 pagi…

            Dengar orang buka pintu. Diorang dah siap. Kami baru terkial nak bangun. Nasib badan. Nasi goreng melepas. Lambat sudah. Lari punya lari. Sampai depan masjid, masih ramai. Macam biasa, setengah jam sudah berlalu. Ada juga yang baru nak datang.

            Dalam hati.. ‘grrrr, masak nasi goreng dulu pun tak pa!’



            Janji Arab. Bas pun tak datang-datang. Dah pukul 8 pagi dah pun.

            Punya semangat nak pergi ni. Jalan sana sini. Celoteh sana sini. Hampir 1 jam setengah baru bas datang tu. 2 biji bas. Semua semangat nak pergi Mafraq. Perjalanan ke Mafraq tak da lah lama mana. Dalam 45 minit dari Irbid, mungkin. Bergantung kepada pemandunya juga. Kalau lambat, lambatlah. Kalau cepat, cepatlah sampai.

*****

            Bas sudah mula bergerak. Membelok ke arah kiri dari duwar nassem. Macam aku kenal jalan ini. Sekali lagi menarik muka masam, cis! Bas ni lalu depan ‘sakan’ juga. Kalau tau tadi, tak payah jalan kaki sampai nasi goreng terlepas. Tunggu saja depan ‘sakan’. Bas lalu situ.

            Aduui, terbayang nasi goreng dalam kepala. Geram, geram.

Psiiitt.. cuba sabar sikit qaniah!

            Tidak lah seronok mana pun, jalan jauh-jauh ni, sebab … sebab apa? Pemandangannya semua sama. Kelabu. Rumah kotak-kotak. Jadi, tidak banyak pandangan aku lontarkan ke luar. Terasa mual dan peningnya. Pejam mata saja.

            ‘Bila nak sampai ni..’

            Ini baru pergi Mafraq, belum pergi Mu’tah. 4 jam! Terbayang pertama kali jejakkan kaki ke Mu’tah sewaktu menghadiri program fiqh kotemperori di sana. Naik MPV dengan syabab. MasyaAllah, rasa macam nak buang purdah. Berikan ruang untuk saya bernafas selama 4 jam ini.

            Nasib baik permintaan untuk buka tingkap sedikit diterima. Sebab.. kesejukan yang melampau sampai mulut keluar ‘asap’ sapa yang sanggup nak biar angin sejuk itu masuk dalam MPV. Beku!

*****

            Tengah dok mengelamun. Bas berhenti. Nampak kubah kelabu yang comel. Wah, dah sampai pintu gerbang Universiti Al Bayt. Teruja. Kali kedua jejakkan kaki ke sini. Bergerak laju menuju ke simpang tiga. Belok ke kiri, jumpa masjid jamiah yang cute dan cantik. Tetapi kami belok ke kanan. Sampai di depan Mudarraj Hussin Bin Ali.

            Menapak kaki ke bumi Mafraq. Angin yang membawa suhu yang sejuk terus datang menerjah. Wow! Sejuk betul. Terus mata tertancap pada bangunan di hadapan ini. bangunan kotak putih. Adui, kotak lagi.

            Universiti Al Bayt adalah tempat asal kawasan tentera. Jadi apabila pandang kawasan universiti dan bangunnya semuanya comel-comel belaka. Kotak-kotak kecil, dan sama saja ketinggiannya. Dan banyak sangat kawasan lapang yang kosong.

            Penat sudah nak teliti. Terus masuk ke dalam bangunan kotak. Sebab sejuk sangat kat luar. Teruja bila dah masuk! Nampak saja kotak putih kat luar. Masuk dalam hebat tu. Pintu kaca. Susun atur bangunan yang kemas. Ada dapur kecik yang kemas. Indahnya! Kalau Irbid macam ni kan best!

*****

            Terus beratur. Nak daftar. Irbid, satu barisan. Kena tulis nama in Arabic sebab nanti nak dapat sijil. Dalam sijil tu nanti, ada nama peserta, nama syeikh, sanad dia sampailah nama Rasulullah. Teruja sangat.

            Aku nampak tinggal satu lagi kitab Syamail Muhammadiah yang warna hijau. Yang terakhir. Nampak kakak tu pegang nak bagi kat orang.

            “Kakkkk.. nak yang tuu!”

            Terus kakak tu bagi. Wah, yang terakhir. Orang lain semua dapat kitab jenis lain. Banyak jenis kitab dia.

            Comel tak warna hijau! 



Bila sudah dapat buku. Dapat kupon makanan. Terus masuk dewan. Subhanallah. Comelnya dewan dia. Purple pink. My favourite. Ribena!

            Cari tempat duduk. Letak beg dan keluar makan sarapan. Anggap sajalah roti arab ini sebagai ‘nasi goreng’. Kesian. Kesian.

*****

                        Usai makan. Masuk duduk dalam dewan. Ubah tempat duduk. Nak duduk depan. Kalau boleh sampai depan syeikh tu. Semua orang sudah berdiri. Rupanya syeikh dah masuk ke dalam dewan. Mata terus tertancap pada susuk tubuh yang sedang berjalan itu. Subhanallah, wajah ulamak yang sangat suci bersih. Rasa macam nak peluk syeikh. Dari dulu teruja untuk peluk ulamak, apakan daya.. aku wanita.

            Syeikh mula baca hadith dari bab awal sampai bab 56. 12 jam kami tadah kitab, untuk habiskan semua bab. Bayangkan, kami yang mendengar sudah terlentok, apatah lagi syeikh yang membava tiap hadith. Lagi penat.

            ‘tak baiknya kalau aku tidur!’

            Tak nampak ka, syeikh menyebut satu persatu hadith mengenai peribadi Rasulullah. Tapi aku mengantuk. Kejamnya.

            Layanan yang cukup best dari AJK Pelaksana membuatkan mengantuk itu dapat ditangani. Bayangkan, di setiap baris tempat duduk, disediakan tong air minuman. Boleh katakan hampir 6 kali dapat coklat untuk hilangkan mengantuk.

            Tengah-tengah nak terlelap saja. Terus terjaga balik. Macam mana nak tidur, bila dah rasa nak pejam mata, coklat datang lagi. Bagusnya. Layanan yang terbaik.

*****

            Akhirnya, pukul 8 lebih kami dapat tamatkan juga kitab Syamail Muhammadiah. Sebuah kitab yang mengisahkan mengenai peribadi Rasulullah. Peribadi yang sahih berdasarkan dalil hadith yang sahih. Subhanallah. Meneliti peribadi Rasulullah adalah sesuatu yang terindah. Susuk tubuh yang terpuji. Allah..

            Tahniah buat warga Mafraq kerana berjaya menganjurkan program sebegini sempena program Mafraq Berselawat. Terbaik!

Sempena Maulid Nabi yang makin hampir, jom sama-sama berselawat, menghayati peribadi Rasulullah.  Bagi sesiapa yang nak tahu intipati kitab ini, boleh klik di sini. Selamat membaca.

Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
2.17 pm
26 Januari 2012

2 comments:

fahmi fauzi said...

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم..

Anonymous said...

Ya Allah,saya mmg sgt kagum dgn peribadi Rasulullah Sollalallahualaihiwasallam..
Alhamdulillah dah habiskan syamail muhammadiyyah..