Pages

Friday, January 20, 2012

CINTA SEBELUM KAHWIN MEMBAWA KEHANCURAN


            Lama rasanya nak tulis entry ni. Idea ni muncul apabila hadir ke forum ‘Cabaran Alam Rumahtangga’ yang dianjurkan oleh Akademi Syariah Majlis Mahasiswa Yarmouk. Lepas 2 hari kami berdaurah, dengan hari keduanya hangat membahaskan mengenai isu perkahwinan, muncul pula forum yang makin menghangatkan suasana.


            ‘Cinta sebelum kahwin membawa kehancuran..’

            Tajuk yang cukup puitis, dikupas dan dibahaskan oleh Hilal Asyraf. Benarkah cinta sebelum kahwin itu membawa kehancuran?

            Kita kena faham, dan kena bersihkan definisi cinta itu. Cinta yang ke arah ‘haram’ itu adalah cinta yang dibawa oleh golongan Hollywood. Cuba tengok gaya mereka bercinta. Bertukar pasangan, melakukan hubungan yang tidak sepatutnya. Itu yang haram.

            Tapi..apakah definisi cinta dalam Islam? ‘Al-Hubb’ satu kasih sayang yang suci dan tulus dan tidak dikotori dengan sebarang maksiat.

Bila kamu cinta pada dia, menunjukkan
kamu mahu bercinta dengannya hingga syurgaa..



            Ya, bila kita jatuh cinta… sudah pasti kita mahukan dia bersama kita bercinta hingga syurga. Kita berusaha untuk ubah diri kita, membawa ke jalan yang syarie.

*****

            Jika hari ini, kita terus menghukum.

            “Aku jatuh cintaaa..!”

            “Harrrraaam!”

            Terlalu pantas dan cepat kita menghukum. Patutlah anak remaja hari ini begitu takut dan gerun. Lantas, apa yang mereka lakukan? Bercinta diam-diam dan membawa ke jalan yang tidak sepatutnya. Itu yang salah. Bukan membawa ke syurga, tetapi kepada neraka.

            Cinta itu satu fitrah. Semua orang pernah suka dan jatuh cinta. Kalau tiada rasa, tak normal namanya.  Bila dah ada rasa cinta itu, normal la. Allah ciptakan kita memang saling untuk menyayangi dan disayangi.

Satu saja persoalan.. salahkah?

            Tidak salah untuk kita jatuh cinta. Cumanya pimpinlah cinta itu ke jalan yang betul. Luahkan pada ibu ayah. Kadang kita terlampau takut. Kita masih students, masih belum mampu. Kalau macam tu, apa gunanya bercinta.. itu bercinta yang hanya untuk suka-suka. Kita mahu bercinta dengan pasangan kita sampai syurga.

            Kadang-kadang, ibu ayah kita bukannya marahkan kita sangat. Cuma risau. Dia risaukan anak-anaknya. Ya la, mampukah nak tanggung isteri. Beri nafkah, tempat tinggal. Berat tu.

            Memang tersangat berat. Jadi, bila nak bercinta tu, ingat.. bukannya nak bercinta untuk suka-suka. Seronok-seronok saja. Itu nafsu namanya. Kita nak bercinta dengan dia sampai syurga.

            Kena la usaha. Bagi yang lelaki, carilah duit. Jangan asyik sebut nak bercinta sampai syurga, tapi lalai sana sini. Rindu la. Sayang la. Satu usaha untuk ke arah menghalalkan tiada langsung. Baik tak payah.

*****

Macam mana nak tahu dia jodoh kita?

            Sampai bila-bila kita takkan tahu, sama ada dia jodoh kita atau tidak. Sebab itu timbul isu, bila kita jatuh cinta pada seseorang.. macam mana kita nak tahu, betul atau tidak jodoh kita?

            Kita kena faham. Jangan salah pula. Ramai yang salah faham, istikharah. Pastu mimpi. Dengan mimpi itulah kita tahu siapa jodoh kita. Pastu kalau bertunang dengan orang lain terus putus, gara-gara mimpi nampak orang lain. Salah konsep tu!

            Kita tahu ka mimpi tu benar-benar jawapan dari Allah? Atau mainan perasan semata?

            Ingat, jodoh kita rahsia Allah. Bila kita jatuh cinta, berusahalah kita untuk menghalalkannya dengan cara yang baik. Soal jodoh itu belakang kira, yang penting usaha dulu. Sampailah saat aqad itu, barulah kita tahu, benarkah dia jodoh kita.

            Kalau kita suka dia, tetapi akhirnya bila dah usaha banyak manapun.. tetap dia jadi hak orang lain. Tak palah. Sebab kita sudah berlapang dada. Sudah serah pada Allah segala-galanya. Yang penting kita sudah usaha. Itu yang betul.

*****

Buat remajaku di luar sana,

            Kadang aku kecewa kerana kita salah mendefinasikan erti cinta. Kita bercinta dengan cara Hollywood bukan dengan cara yang dilunaskan dengan Islam. Kita kena ingat, kita mahu bercinta hingga syurga, bukannya mahu bercinta ke neraka.

            Kalau kamu mahu bercinta hingga syurga, lunaskan cinta itu dengan cara yang betul. Pimpinlah cinta itu ke arah yang halal. Bukan ke arah yang haram. Kalau kamu sayang pasangan kamu, kamu tidak akan ajak dia buat benda haram. Kalau kamu ajak dia budak benda haram, kamu langsung tidak sayangkan dia. Kamu bohong! Kamu hanya sayangkan nafsu.. hipokrit!

Adam,

            Tatkala engkau jatuh cinta pada seorang gadis. Tanyalah hatimu, atas dasar apa kamu cintakan dia. Kerana cantikkah dia.. kerana kayakah dia. Atau kerana agamanya? Kamu mahu bercinta dengan dia hingga syurga. Kamu memilih dia untuk menjadi suri hatimu, menjadi ibu buat anak-anakmu. Lantas mahukah kamu rosakkan dia? Carikkan hatinya dengan maksiat yang keji?

            Dia gadis. Seindah ciptaan. Diciptakan dia sebagai penyejuk hatimu. Bercintalah dengannya dengan jalan yang syarie. Luahkan rasa hatimu dengan jalan yang halal. Ingatkan dirimu, kamu bercinta dengannya bukan untuk suka-suka, tetapi untuk kamu nikahi dirinya.

Hawa,

            Aku tahu, jiwamu jiwa yang mulus lagi suci. Mudah disayangi dan sangat suka disayangi. Jiwamu lembut. Jiwamu pintakan kasih sayang seseorang yang bernama lelaki. Janganlah tersalah langkah dan mudah terikut dengan kata-kata mereka, kekadang.. mereka hanya ingin permainkan dirimu. Mereka tidak mahu hatimu, tetapi mereka mahu dirimu.

            Pilihlah lelaki yang terbaik. Seorang lelaki yang baik tidak akan membawa kamu ke lembah yang hina. Dia akan pimpin kamu ke arah jalan yang diredhai Allah. Nantikan Adammu, dialah pilihan Allah buatmu. Doakan Allah hijabkan dirimu dari mencintai lelaki yang bukan ditakdirkan buat dirimu, hawaku sayang..

*****

“Bercintalah hingga syurga..
Bukan bercinta hingga ke neraka..”

-Nauzubillah-

Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
6.58 pm
24 Januari 2012

2 comments:

Izyan Rasul said...

Terima kasih diatas perkongsian ini,, Moga perkenalan ini diteruskan hingga ke syurga,, Salam ukhwah fillah ya ukhti,,^^

Muhammad Iqbal said...

Pencerahan ini perlu diwar-war kepada masyarakat terutamanya para remaja, supaya mereka dapat faham bercinta mengikut kemahuan Islam, bukan Islam yang perlu ikut cara bercinta :)