Pages

Thursday, January 26, 2012

LUKISAN HATI

22 Januari 2012.

            Lepas solat maghrib terus keluar dari ‘sakan’. Malam ni nak tolong kak Nik buat sesuatu untuk program PERTAMA  [Persidangan Tahunan Mahasiswa Se-Jordan] nanti. Tahun ni buat dekat Irbid, bestnya. Program yang sangat besar. Ini kali ke-6. Tahun lepas buat di Mafraq.

            Aku melencong tempat lain dulu sebelum tu. Berseorangan meniti jalan di duwwar naseem. Teruja tengok baju dan kasut yang sudah turun harga. Baru tahu. Di akhir musim sejuk harga baju sejuk akan jadi lebih murah. Maklum lah, penghabisan stok mungkin. Yeke? Tak juga. Nanti musim sejuk datang, dia bawa keluarlah lagi. Musim panas, keluar lah pula baju musim panas. Bussines!

            ‘Jual ikut pasaran buat jual ikut suka hati..'



            Dari satu kedai ke satu kedai aku terjah. Dah pegang baju kait warna pink. 6jd. Oklah juga sebab cantik dan masih baru ‘jadid’. Naik ke tempat baju sejuk. Wow, baju sejuk warna purple. Yang terakhir. Terus ambik cuba. Tak sampai nak ambik. Pak cik Arab tolong ambikkan. Nampak sangat qaniah rendah.

            Terus gayakan di hadapan cermin. Purple. Sangat cantik. Tapi tak best sangat sebab lengan dia besar. Letak balik. Try baju lain. Pak cik Arab tu cadangkan warna biru. Pakai juga. Tak minat sangat, serius.

            Terus jalan ke tempat lain. Belek baju lain. Kemudian patah balik ke tempat tadi. Pak cik Arab ni dari tadi ikut belakang. Dan akhirnya..

            “Pak cik..saya suka warna purple nii..” [cakap Arab la]

            “Ooo..mafla pun purple..”

            Mata aku tertancap pada mafla yang aku bawa. Yup! Purple. I love purple.
Akhirnya. Ok, saya beli!

*****

            Tengah jalan-jalan. Azan Isyak. Jalan sorang-sorang. Lupa kat mana rumah kak Afifah. Rumah kak Nik sebelah dengan bangunan kak Afifah. Bila dah sampai belakang bangunan, berhenti. Toleh kanan. Toleh kiri. Sebelah kanan ada Sakan Kuning. Sebelah kira tak tahu benda apa.

Terus dail nombor kak Nik.

            “Salam.. dari sakan kuning suha kena belok ke mana ye?”

            “Wassalam..oh.. belok kiri…”

            “Ooo ok..”

            Terus aku jalan ke kiri. Makin jauh. Gelap. Eh, kenapa dah nampak jalan besar. Silap ni. Ingat balik. Ingat balik. Rumah kak Afifah, atas dari Bayt Permai. . [PUSKOM]. Tapi mana ada Puskom kat sini. Salah ni.

            Terus dail nombor kak Afifah.

            “Salam..kak fifah… umah kak fifah kat mana ya kalau dari sakan kuning?”

            “Wassalam..ooo..jauh lagi tu. Kalau awak menghadap sakan kuning, awak ke kanan. Sampai hujung jalan. Pastu awak belok kiri. Ok?”

            “Oooo..patutlah, suha silap jalan. Suha nak pergi umah kak Nik..”

            “Ooo..sebelah bangunan kak fifah je.. awak sorang-sorang ke?”
 
            “A’a..sorang..”      
     
            “Hati-hati tauuu..”

*****

            Hujan turun renyai-renyai. Nasib baik pakai kasut but. Kalau dah basah kuyup kaki ni. Akhirnya baru nampak jalan. Tadi tersesat.

            Selamat juga sampai rumah kak Nik. Kak Nik kata nampak kereta Mercedes depan halaman, masuk ikut pintu tu. Yup, aku nampak. Terus masuk. Tak tahu nak pergi mana. Dengar pintu bawah tanah terbuka.Kak Nik. Akhirnya !

            Kak Nik tinggal bertiga dengan kawan-kawan. Semua ambik Ekonomi Islam. Pandai-pandai kot. Masuk bilik kak Nik. Wow! Rasa macam nak pengsan. Purple. Jatuh hati lagi.

            Masuk ja bilik kak Nik, ada kak Mariam. Tengah gulung-gulung kertas comel ni. 

Tengok ni..Subhanallah.. cute kan!

Ini baru sikit. Yang lainnya dilarang pamerkan lagi. Surprise untuk program nanti. Sangatlah teliti insan yang buat ni. Kalau aku buat, dah lama hancus ni. Rimas nak buat benda yang remeh ni. 

Tapi cute sangat. Terbaiklah!

*****

            Aku hanya tukang gunting dan tampal. Nak ‘quilling’ tidaklah aku mampu. Jahanam saja nanti.

            Macam-macam kami buat malam ni. Makan ‘daleek karshak’. Tengok cerita korea. Sampai aku tak sedar. Time ‘qharar’ makan menghampiri. Tak nak guna ‘qib qib’.

‘qharar’ : bila sudah pukul 9 malam, akhawat tidak dibenarkan keluar tanpa ada syabab yang menemani.

‘qib qib [muraqib]’ : syabab yang diarahkan, sama ada mengikut jadual atau secara sukarela akan teman balik ke destinasi seterusnya.

            Tetiba dengar suara kak Nafeesa. Aku terus keluar.

            “Nak tengok lukisan!”

            Kak Nafeesa pun teruja untuk tunjukkan lukisan dia. Nanti time PERTAMA, kak Nafeesa akan buat galeri lukisan untuk dipamerkan. Teruja nak tengok hasil lukisan dia.

Tadaaaaaa..!

            Cantik sangat.


Mendengar celoteh kak Nafeesa sangat best. Lukisan hatinya. Setiap orang ada minat yang tersendiri. Ada orang suka menulis lagu. Menulis lagu adalah jiwanya. Luahan hatinya.

Ada orang suka melukis.
Melukis lukisan hatinya.

Dan aku?
Suka menulis.

Kerana aku jatuh cinta pada bait kata penulisan.
Tulus dan suci murni.

            Lukisan dilukis mengikut gelodak hati. Kalau rasanya indah, lahirlah lukisan yang sangat indah. Sweet kan? Bukan senang nak melukis. Ingat tu.

Tapi kena ingat juga. Bukan sekadar perlu ada bakat. Tapi perlu ada minat. Kalau ada bakat tapi tak gilap, tak boleh juga kan?

Apa yang penting? [nada wonder pat!]

            ‘Berusaha..’


Ini lukisan atas kanvas. Sangat payah untuk lukis atas kanvas. Sebab warna dia cepat serap. Perlu ada teknik yang tersendiri. Kan dah cakap, nak melukis kena ada cara dan rasa. Kalau tersilap langkah, tak jadi dah lukisan. Jadi contengan saja.

Tapi kekadang jangan silap.

‘Contengan dari hati kadang mampu membawa erti..’

            Fokusnya. Hati!

            Banyak lagi lukisan kak Nafeesa. Setiap lukisan ada kisahnya. Hanya pelukis yang tahu maksud lukisannya. Terlalu puitis. Membawa maksud yang tersendiri. Disampaikan melalui sebuah lukisan. Sangat unik!

            ‘Rahsia di sebalik lukisan hati..’

*****
            Sembang punya rancak. Alamak. Dah pukul 9.30 pm kot. Grrrr…

            “Tak nak guna muraqiibbbb..”

            “Haiip mana boleh..”

            Terlupa pula. Kak Nafeesa timbalan Ketua Helwi. Yakni pimpinan atas untuk Akhawat. Grrr.. rancangan aku dengan kak Nik, aku nak balik naik teksi saja.

            Akhirnya dilepaskan juga. Peluk sebentar kak Nafeesa. Waa, rasa akrab sangat setelah pengakuan aku, akulah Qani’ah Mawaddah.

            “Sampai sakan terus call, kalau dalam masa setengah jam tak call.. akak call semua syabab Irbid cari awakk..”             
        
            “Ewww.. tak nak arrr..!”

            “Serius niii..”

            Aku terus berlari keluar. Kelakar betul. Agak sunyi jalan kat sini. Teksi tak da. Aku terus berjalan dengan harapan nak naik teksi depan syarie jamiah.

            “Qaniaaaaahhh”

            Terus aku toleh ke belakang. Kak Mariam.

            “Naik teksi la qaniah..”

            “Ye laa..tak da teksi ni..” 
     
            “Itu teksi adaaa… ada duit tak ni?” 

            “Adaa..ada..”

            Terus naik teksi. Menuju ke ‘bawabah janubiyah’ [ pintu utara].

            Seram naik teksi ni. Pak cik ni marah-marah apa. Tepuk-tepuk stereng kereta. naik seram. Dalam hati ‘cepatlah sampai’. Takut. Tau pun takut. Lain kali balik lagi lewat-lewat.

            Sampai saja di seberang jalan terus bayar duit dan keluar. Tak sabar nak masuk rumah. Miss my home =.=

            “Salam .. suha dah sampai, terima kasih..”

            “Wassalam..terima kasih juga..”

            Mesej sudah dihantar. Selamat sampai. Alhamdulillah.

Quilling is cute.

Drawing and painting is awesome.

            Sangat kreatif dua insan ni. Sapa yang nak tengok cara buat quilling, klik sini tau. Sangat best! Serius tak bohong =.=

Ok semua, selamat menjadi orang yang kreatif.


Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
9.56 pm
26 Januari 2012                                                                                                                                                                               

3 comments:

fahmi said...

kreatif dan kritis...satu dalam dua...

fakhri khairi said...

wahhh belajar dekat Jordan ya? mungkin ini terlambat tp saya ucapkan tahniah! :)

sangat kreatif lukisan tu, can't wait to read your next entry about that PERTAMA program. haha

AzwanRamli said...

mesti best blaja oversea...hurm...