Pages

Monday, January 9, 2012

NIKMATNYA AMANAH

            Seawal pagi lagi sudah bangun, bersedia untuk exam Aqidah. Penangan final exam yang menakutkan. Sebelum pergi kelas, tengok kawan kata dia kelas 105. Eh, aku kelas 106. Bukan patutnya kami sekali ka? Sebab kami satu kelas. Terus meluru ke rumah sesiapa yang memang tengah online. Terus panjat katil, buka SIS. Sah, memang kelas kami lain-lain. Pelik betul.

            Keluar dari sakan. Jumpa Sakinah, dia kata dia kelas 301. Lagi lain. Parah-parah. Apa-apa sajalah janji masuk jawab exam. Sampai di bangunan syariah terus naik cari kelas. Panik bila tengok kakak senior pun tercari-cari kelas. Dah rasa pelik, sebab diorang tak ikut kelas yang tulis dalam SIS. Tapi ikut grouping kelas diorang. Aku selamber saja duduk di dalam kelas 106.

            Terus aku duduk di tempat biasa. Kerusi bernombor 48. Lagi tak tenteram. Tengok muka-muka yang dalam kelas sekarang ni bukan muka budak-budak kelas aku. Hatta orang Arab sekalipun, tak da sorang pun. Dah tak sedap hati. Tanya kakak senior kat depan. Dia kata, diorang pun tak tau, yang pasti duduk ikut kelas pensyarah masing-masing.

            “Akak pun tak tau.. macam kak Alia, dia kelas 301, tapi dia turun bawah..”



            “Ni semua budak kelas akak ka?”

            “A’a..yang melayu la.. yang Arab tak pasti sangat..”

            Gerun. Dah final exam yang pertama. Macam ni pula jadi. Kakak tu suruh tanya doktor. Tetiba budak-budak lelaki dah masuk kelas dan Dr.Samirah dah masuk. Haiyyak! Kak Alia bangun ke belakang.

            “Suha..kamu doktor apa?”

            “Dr. Malkawi..”

            “Dr. Malkawi atas.. tingkat 3.. 301..”

            Ya Allah..macam nak luruh jantung. Terus ambik fail. Keluar. Tersekat tengah jalan sebab syabab tengah masuk. Redah saja tanpa lihat orang. Terus keluar dari kelas. Belok ke kanan, untuk naik dari tangga akhawat ke tingkat 3. Penuh syabab melayu kat lorong sempit tu. Tambah pula, ada akhawat Arab tengah lalu. Kalau hari biasa, aku akan setia tunggu sampai syabab-syabab ni berlalu. Tapi hari ini… maaf, Aku redah saja. Sampai tersadung kaki syabab melayu.

            Opss! Terdengar dia mengaduh sakit. Kuat. Aku tak toleh langsung ke belakang. Terus naik tangga. I’m sorry. Kalau kamu yang saya langgar, dan terbaca entry ini, maafkan saja la.

            Meluru naik ke tingkat 3. Ternampak kawan Arab. Budak kelas aku ni! Terkial-kial tanya diorang..

            “Dr. Malkawi..?”

            “Aiwah..”

            “Ainaaaa…?”

            Kalut punya nak cakap. Sambil apa yang dicakap pun aku sendiri tak faham. Last-last terus lari cari kelas. Macam nak nangis dah time tu. Lari punya lari, syabab melayu penuh depan sana. Aku toleh tengok. 302. Mana kelas 301?

            Nampak syabab ramai depan satu kelas. Mungkin 301, sebab semua muka budak kelas aku. Terus meluru ke sana. Toleh ke kiri. Nampak kak Jannah dan kak Faza. Terjerit kecil. Rasa macam nak menangis. Alhamdulillah, ada geng juga.

            “Takutnya..”

            “Itu la..kami pun kawan Arab bagitau kat sini..”

            Sadisnya perasaan. Penat betul macam ni. Tulis dalam SIS lain, bila dah hari exam.. lain pula jadinya. Orang Arab kena diajar untuk bersistematik sikit ni. Tengah tunggu syabab masuk dalam kelas., lain pula yang jadinya..

            Nampak kawan Arab keluar  dari celah syabab, maksudnya keluar dari kelas tu dan menggamit tangan kepada kami. Kami ikut saja. Bila dah naik tangga, aku pandang ke bawah. Nampak kakak-kakak senior yang kelas dengan aku naik juga. Sah, ubah lagi tempat. Penat-penat.

*****

            Kelihatan dua orang wanita Arab. Garang saja lagaknya. Sudah menjerit-jerit suruh kami simpan beg. No mobile. No book dan bla..bla..bla. Kami terus duduk. Dan seperti biasa, dia akan ubah kedudukan kami. Jarak satu kerusi antara satu sama lain. Aku hanya menurut.

            Ada satu ketika tu, aku duduk termenung. Entah apa yang aku fikir. Rupanya wanita Arab tu panggil aku banyak kali. Bangun lagi. Berapa kali dah ubah tempat. Ikut saja la. Kalau tak ikut melenting pula.

            Dr. Malkawi beberapa kali masuk. Ronda-ronda. Seriusnya muka. Gerun. Kertas sudah mula passing. 4 helai kertas. 2 kertas syarah. Perghhh.. soalan. Aku tak faham sangat soalan. Tapi tulis saja apa yang dihafaz. Janji tulis. Jangan biar kosong. Tengah-tengah exam, ada yang bising.

            Macam biasa. Melentinglah si pengawas peperiksaan. Dr. Malkawi masuk sekali lagi. Doktor kata, sapa bising..ambik kertas dia. Jumpa semester 2! Menunjukkan, dia fail exam ni. Jumpalah semester 2 nanti, time repeat subjek. Tak sanggup-tak sanggup.

            Tiba-tiba kawan Arab aku tanya soalan dekat doktor. Doktor tak layan. Doktor keluar macam tu saja. Sambil angkat tangan, marah. Kelas mula riuh. Macam-macam perangai. Naik tension juga.

            Yang paling tensionnya, tengah-tengah jawab exam. Aku kena ubah lagi tempat. Bangun dari depan, duduk kat belakang. Puas. Kenapa la macam niii?

*****

            Itulah pentingnya sifat amanah dalam diri kita. Cuba bayangkan, kalau semua orang mampu bersifat dengan sifat amanah, dalam exam pun kita akan amanah. Contohnya, bila dah sah-sah kita seorang yang amanah, sudah pasti kita tidak akan meniru dalam exam, dan tak da lah kita kena ubah tempat banyak kali.

            Bila kita dah amanah, duduklah sebelah-sebelah pun. Sudah pasti kita tidak akan meniru. Sebab kita dah amanah. Amanah ini bukan benda senang. Benda paling berat adalah sifat amanah.

            Amanah ini cenderung pada sifat kejujuran. Kalau seorang itu tidak jujur, dia tidak mampu menjadi seorang yang amanah. Dia hanya seorang yang hipokrit. Hipokrit adalah sifat yang tidak  baik. Sebab kita seakan menipu diri sendiri. Orang yang tipu diri sendiri, hidup dia tidak tenang. Ingat tu..

            Aku paling pantang orang yang meniru dalam exam. Kenapa perlu meniru? Bukan best pun. Bila dapat markah tinggi sebab meniru.. buruk la. Serius.. buruk sangat. Sebab markah tu bukan hasil keringat tapi hasil dari sifat tidak jujur dan amanah. Meniru dalam exam..? hmm.. teruk la.

*****

            Cuba kita jadi insan yang berfikir luar kotak. Di samping, pemikiran kita membawa kita dekat pada Allah. Nak tahu tak.. tiada guna kita pulun’ atau usaha gigih dalam exam, tapi untuk kejar dunia saja. Tiada faedah dan menyebabkan tiada keberkatan dalam ilmu kita.

            Kita kena berfikir luar dari ‘skop dunia’. Tapi fikir dan renungilah.. dengan exam.. kita dekat pada-Nya. Dengan apa?

Pertama : Jaga hubungan kita dengan Allah..

            Exam-exam juga. Hubungan dengan Allah jangan diabaikan. Contohnya, untuk kita jadikan exam ini jalan kita menuju takwa ialah, seorang pelajar bila sudah masuk waktu solat, dia tinggalkan dulu buku-buku yang dibaca untuk solat dan tunaikan kewajipannya. Itu baru yang terbaik.

            Tidak baik apabila, biarkan dulu waktu solat.. tapi pentingkan buku dan bab-bab yang masih belum dibaca. Bila dah hampir nak habis waktu solat, baru terkejar-kejar solat. Tidak elok macam tu, sebab kita lebih pentingkan buku dari Allah. Walhal, untuk dapat keberkatan ilmu dari Allah bukan?

Kedua : Berlapang dada

            Kita tanam dalam diri kita, exam ini hanyalah exam dunia. Exam akhirat yang lebih payah dan derita untuk ditempuh. Exam dunia untuk menentukan masa depan kita. Exam akhirat untuk menentukan.. neraka atau syurga.

            Kita harus tanam sifat berlapang dada. Yakni redha dengan apa jua keputusan. Kadang, kita sudah usaha sehabis mungkin. Tapi.. keputusannya tidak seperti yang kita sangka. Saat itu kita kena berlapang dada. Mungkin ada hikmah yang ingin Allah tunjukkan.

            Kekadang, dia tidak pandai mana di dalam dunia universiti. Tetapi di alam pekerjaan kelak, Allah mudahkan dia mencari rezeki dan senang untuk dapat kerja. Berlainan pula dengan orang yang pandai, kekadang..banyak saja keadaan yang berlaku, yang mana.. best students tetapi bila tiba masa untuk mencari kerja, urusannya menjadi sukar dan sempit. Kepada Allah jua dia harus kembali.. kerana kita tidak tahu, perancangan Allah yang Maha Hebat.. Allah…

*****

            Apa yang penting.. jadikan exam sebagai wasilah kita menggapai redha Allah. Dan.. indahnya sifat amanah itu yang membawa kita menuju takwa Allah.. ingat, amanahlah pada Allah.. maka kamu akan beramanah pada manusia.

            Amanah pada Allah dengan melakukan ibadat pada-Nya. Kadang kita banyak membaca dan menghafaz.. tetapi markah exam kita sikit saja. Kawan kita tak pula membaca banyak, tenang saja.. tetapi markah exam dia jauh lebih tinggi dari kita. Mana silapnya?

            Tepuk dada tanya iman.. mungkin salahnya pada sifat amanah kamu pada Allah. Beramanah dalam beribadah, tiap kali senang mahupun susah. Exam ka.. tak exam kaa.. ibadah pada Allah itu adalah utama.

            Jom kita jadi orang yang amanah.. ^__^

Nota kaki :

-Saya dah merdeka! Yeaahh..

-Jom kita jadi orang yang amanah, sungguh nikmat rasanya

-Hari ini genap 4 bulan saya di Jordan =.=

Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
4.32 am
9 Januari 2012

4 comments:

Aliyah Al~Istiqamah said...

nak juga sebut nama akak tu
segan ana =.=

sungguh teruji kan exam kali ni,sebelum ni kadangkala berlaku je pertykaran tempat exam
tapi x lah seteruk mcm ni

apapun,buruk betul org yang markah tinggi kerana meniru
dan indah sungguh orang yang markah tinggi betul2 kerana menggunakan tips2 yang Allah beri dalam surah al-muiminuun :)

khusyuk dalam solat
buang perkara lagho
tunaikan hak kawan [zakat]
menjauhi zina
AMANAH
dan pelihara solat :)

eh,panjang pulak =P

aien-omar said...

x mai imtihan kt azhar lagi...dugaan ea kt bumi arab nie..hihi

Qani'ah Mawaddah said...

Aliyah Al~Istiqamah : haishh...

si kakak ini datang menjengah pula, kantoi2.. hehe

A'a, teruji sangat.. tambah suha yang baru first exam ni, macam kartun pula.. nak nangis da rasa...

huhu.. =.= panjang2 pun.. bila kita nak date nii?

aien-omar : ye la kak ain.. sungguh teruji bumi Arab ni.. huu... ye, nanti suha gi mesir eaa..

AL-QASSAM said...

Betul2 AMANAH salah satu cabang dalam Islam. Tapi dalam skop peperiksaan, kadang2 perlukan kerjasama(meniru) untuk lepas halangan(^_^)