Pages

Tuesday, January 31, 2012

RAGAM KANAK-KANAK RIBENA

             Hari ini malas lagi rasa nak pi Markaz Hafsah [markaz quran]. Semalam ponteng :P Tak ambik exam. Apa nak jadi, si qaniah ni. Utamakan nafsu tidur dari pergi kelas quran. Semua jangan tiru qaniah. Qaniah patut dihukum. [aceeehh..]

            Bangun juga pergi markaz hari ini meskipun lewat. Sejuk sangat hari ini. Baju sejuk pula basah, sebab semalam pergi Dewan Muktamarat. Basah kuyup. Hujan lebat. Bila balik terus sangkut dekat ampaian, apakan daya.. jemuran baju kawan membuatkan baju sejuk bertambah basah esok pagi. Nasib badan la qaniah.

            Masuk markaz hafsah dah lewat. Grr.. perangai kanak-kanak ribena macam inilah. Tolak pintu bilik. Wow, syeikhah tengah hidangkan air teh. Ada kek atas meja. Nyummy. Langkah kanan.

            “Amboi suhaa..macam tau-tau ye nak makan kek hari ini..”



            Hanya tersenyum. Ye la, semalam tak datang kelas. Langkah kanan betul hari ini. Sayang syeikhah macam ni.


Tengok la kek ni, cute kan? Sangat sedap!


             Picture syeikhah tengah potong kek. Rezeki la. Hari ini tetiba rasa nak bawa kamera. Dapat tangkap picture syeikhah kesayangan. Tapi apa kena dengan budak belakang tu?

That’s Nawwar.

Psittt.. kami suka gaduh. Suka saling pukul. Sebab dia nakal!

Qaniah memang suka sakat syeikhah. Suka sangat. Dia muda lagi. Baru 20 tahun. Students JUST [Jordan University of Science and Technology] dalam bidang ‘civil engineering’. Tapi dia seorang hafizah dan dia sudah dapat ijazah al quran di markaz ini. Hebat bukan?

Dia sangat tegas. Bayangkan cuti ni, setiap hari dia buat kelas untuk kami. Tapi aku suka ponteng dulu. Dulu… bukan sekarang.

Sekarang suka sangat datang kelas. Sebab suka sakat syeikhah!

            Seronok bila syeikhah sebut..

            “Mumtaz ya Nasuhaa..”

            Wow, satu lonjakan semangat untuk aku hafaz dan memahami kitab Munir. Aku nak jadi orang hebat! Hebat dalam semua bidang. Amin.. amin..amin.

*****

            Teringat kata-kata syeikhah dalam Fb. Tengok, oleh sebab aku nakal sangat. Sampai add dia dalam Fb. Tapi tak boleh nak online lama-lama. Nanti dalam kelas dia perli.

            “Nasuhaaaa.. 24 hours online..”

Grrr.. Qaniah sudah jadi baik sikit mulai sekarang =.=

            “Nasuha.. saya nak kamu jadi orang yang terbaik dalam kelas. Kamu kena belajar sungguh-sungguh. Saya tak mahu orang lain, saya mahu kamu..”

            Kata-kata syeikhah pada minggu lepas dalam Fb membuatkan aku rasa macam nak menangis. Sweetnya syeikhah. Lepas tu rajin la aku belek kitab. Sampai spontan syeikhah tanya takrif or apa-apa dalam kelas.

            Aku boleh jawab! So amazing. Love you syeikhah.

*****

            Tadi exam. Tapi aku habis awal. Lepak sana sini. Pergi kacau syeikhah lain. Kanak-kanak ribena. Habislah, bila nak jadi matang. Sampai orang Arab pun tak larat nak jaga kau.

            Malas nak balik rumah. Ajak Nawwar jalan-jalan.

            “Nawwar..jom kita makan nasi kat Hadramaut nakk?”

            “Ok jee..”

            Jadi.. hari ini. Aku nak perkenalkan pada pembaca semua. Apa aku makan hari ini. Nasi Arab yang sangat sedap lagi menggemukkan!



Kami pilih Nasi Briyani dan satu lagi nasi apa ntah, mula dengan huruf Z. Sorang satu, sebab kami nak rasa dua-dua. Boleh ambik sorang sikit kejap lagi. Tapi tak sangka pula dia letak dalam satu pinggan tu, sebelah nasi Briyani sebelah lagi Nasi Z. Sangat-sangat memahami.

            Tengoklah ni. MasyaAllah.. ‘besar gedabak!’ agak-agak boleh ke kitorang habiskan? Sorang satu ni. Means, pinggan di atas ni ada dua. Aku satu, Nawwar satu. Macam nak pengsan!


            Ini kuah kari. Tetapi tak macam kari pun. Ada potato, tomato. Masam.


Cuba teka ini benda apa?

Mesti kata air asam kan? Dulu first time tengok. Wow, air asam! Sedap ni.

Bila dah makan. Wink * wink * tomato… grrr


Ini pula sayur sampur.

Kubis, timun dan sudah pasti, T-O-M-A-T-O

            Orang Arab tak suka pedas. Diorang makan masam-masam sahaja. I don’t know why? Pedas sedap lagi la. Sini mana ada sos cili. Sos tomato ja. Ada ja sos cili, tapi bila makan. Baik tak payah panggil sos cili, tomato juga rasanya.

            Tapi lama-lama, hentam sajalah. Survive for eat. Eh, betul tak?

Aku pun tak tahu nak makan macam mana. Banyak sangat ni! Nasib baik, style orang Arab. Lapik plastik. Jadi tuang nasi atas plastik tu, dan makan macam biasa. Jadilah macam picture di atas.

            Jangan risau. Tak kotor pun. Suci bersih =.=

Ini baru sejemput nasi dari satu pinggan besar tadi. Bisakah dihabiskan? Banyak sangat.


Sangat kenyang. Aku mengalah. Berhenti sebelum kenyang. Tengok picture kat atas pun dah boleh agak. Berapa suap saja makan dah kenyang. Tengok la beras dia panjang-panjang. Penuh dalam perut macam ni.

            Separuh dari pinggan ini sahaja yang mampu kami makan. Selebihnya bawa balik.

*****

            Lepas makan. Bayar duit nasi. 2.25 jd sahaja. Murahnya. Kira oklah tu. Standard. Kalau nak datang Jordan, jemputlah mencuba. Sangat kenyang lagi menggemukkan. Kalau sapa nak cepat gemuk, bolehlah cuba makan tiap hari. =.=

“Selamat menjamu selera.. dan selamat terliur!”

Nota kaki :

-Hari ini, hari last bulan Januari 2012, esok birthday saudara baru kita, tetapi sekarang dia sedang menerima hukuman. Ya Allah.. sahabat, doakan dia..


Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
3.33 pm
31 Januari 2012

3 comments:

فراس الزهرأ said...

masyaALLAH ukhti.. survive kat urdun ya..
semailah cinta kepada ilmu sehingga ia menjadi sebahagian dari diri kita.

jemput baca artikel kak kat universiti antarabangsa... MALAYSIA aje :-)
petikan dari buku "wahai pemuda".

petikan yang menyentap hati..

"...hanya satu sahaja fikrah yang benar-benar mampu menyelamatkan dunia yang sedang terseksa,
yang benar-benar mempunyai daya upaya membimbing kemanusiaan yang sedang berada di dalam keadaan tercengang-bangang...

...Fikrah yang tunggal ini tidak lain dan tidak bukan ialah “ISLAM YANG MAHA SUCI” yang sekali-kali tidak terdapat di dalamnya sebarang apa pun jua penyelewengan, keburukan dan kesesatan yang akan menimpa sesiapa yang mengikutnya...

p/s: mengapa 'fikrah' kia sekarang masih belum mampu menyelamatkan dan menyatukan manusia?
kerana kita tidak menapis ajaran mana yang shaahih dari nabi dan yang mana tidak.

http://firaszahrafajar.blogspot.com/2012/01/coretan-penuh-ibrah-lq-0415.html

アヌムちゃん said...

wah sedap2 makanannya..bestnya muda2 dh jadi hafizah.kagum.huhu

Suhana said...

wah sedapnye..leh share la..hehhe anyway jom follow saya http://guavasue86.blogspot.com/