Pages

Sunday, January 29, 2012

ROQS : GEMA AL AQSA

28 Januari 2012

            Semangat untuk turun program hari ini. Dewan Tarbiyah jadi focus utama. Majlis penutupan ROQS : Gema Al Aqsa. Penceramah yang didatangkan khas dari Malaysia. Dr Zainurrashid. Sangat hebat. Dan sangat teruja untuk aku menghayati. Palestin tercinta.

            Meskipun aku bukanlah ahli ISMA [Ikatan Muslimin Malaysia] atau sesiapapun, apa salahnya aku turut serta kerana isu yang dibawa bukan isu politik, bukan isu persatuan atau sebaliknya. Tetapi isu yang dibawa adalah isu ‘Palestine’. Isu ummah, isu saudara seaqidah kita. Patutnya kita bersemangat!

            Dewan tarbiyah yang agak lengang. Masih banyak kerusi yang kosong. Ayuh, mahasiswa.. penuhi kerusi yang ada. Ini isu sahabat seaqidah kita.



Dr. Zainurrashid memulakan kalam.

            Meskipun suaranya perlahan. Namun, cukup menyentuh rasa. Benar aku sangat tersentuh.

            ‘Palestinku…’

            Hangatkan diri anda. Jom sama-sama tonton video ini. 


            Aku terpana. Subhanallah. Sangat hebat. Siapa yang buat video ini patut dipuji. Bergetar jiwa aku dengan laungan semangat di dalamnya. Tersentap hati. Semangat kian membara. 

Palestinku.. Al Qudsku….

            Hari ini, isu Palestin tidak mendapat tempat di hati ummat sejagat. Tiada yang berbekas. Mungkin sekadar pembunuhan seorang dua saban hari, kita anggap biasa. Perlu berlaku pembunuhan besar-besaran mungkin, baru ummat Islam bangkit. Sudah terlambat. Banyak jiwa yang sudah terbunuh. Baru kita mahu sedar?

‘Aku rasa..kita kejam..’

            Satu persatu slide yang ditayang. Baru hari ini aku ketahui, di mana satu Al Quds. Al quds bukanlah berbentuk bangunan. Bukanlah Masjid Qibli, bukanlah juga Masjid Qubbah Al-Sakhrah. Ramai yang silap dan salah faham. Habis, mana satu Al Quds?


Lihatlah penjelasannya. Nampak bukan?

Aku angguk kepala. Jujur. Aku tidak pernah tahu. Baru hari ini. aku tahu!

‘Apa guna aku katakan aku cintakan Palestin, dan Al quds, sedangkan Al quds sendiri aku tidak tahuuu..?’

*****
            Sesi pertama tamat. Aku berjalan pulang ke Sakan Yarmouk untuk bersolat. Pelbagai persoalan timbul. Bagaimana mampu aku katakan aku mahu berjuang untuk Palestin sedangkan apa yang berlaku di Palestin kini tidak aku tahu sama sekali.

Apa ada pada angka 1948?

Apa ada pada angka 1969?

            Aku baru tahu sebentar tadi. Aku baru tahu apa itu Jewish. Aku baru tahu apa itu Zionism. Aku baru tahu apa itu Yahudi Raya.

Jujur.

            Sepanjang Dr. berbicara aku hanya diam. Terkesima. Tersentap. Tahukah bagaimana rasanya? Perit sangat. Sakit sangat.

Aku laungkan kata-kata jihad.

Aku kata aku pejuang.

            Tapi aku bohong hakikatnya. Aku berjuang atas angin. Kosong.

*****

            Siap ikat tali kasut. Dah pukul 2. Sudah lambat 15 minit. Terus turun bawah.

Raining.

            Berjalan cepat-cepat. Sejuk sangat. Sambil cakap sorang-sorang. Memang hobi pun. Suka monolog sorang-sorang. Cari idea. Bukan wayar putus!

            Dah sampai kat bulatan yang ada logo universiti. Berhenti. Lama. Eh, kenapa rasa tebal sangat hujan ni?

Tengok dekat baju sejuk. Wow, macam ais ketul comel-comel. Terus dongak atas.

Salji…

Salji…

            Lama juga berdiri. Nothing. Hujan batu saja mungkin. ‘Nak saaaaljiiii’

            Agak tak tahan sejuk, terus masuk dalam bangunan kuliyah tarbiyah. Menuju ke dewan.

Pegang pintu. Buka sedikit.

Paaappp..!

            Lampu terpadam. Spontan aku tarik tangan dari pegang pintu. ‘grrr.. aku ada salah pijak wayar kaa..?’

            “Kak.. gelap..” [aceeehh.. walhal time aku tengah buka pintu la lampu terus padam, cover-cover]

            “Ooo..tak da elektrik kot..”

[dalam hati, selamat-selamat ‘bukan salah akuuu.. :P’]

*****

            “Salamm..Nawwar duduk dekat mana?”

            Berdiri di belakang dewan. Gelap. Tak tahu nak duduk mana.

            “Wassalam. Tempat tadi la…”

            “Manaa.. angkat tangan!”

            Terus aku pandang depan. Nampak satu tangan. Hehe.

            “Orait, nampak dah!”

            Terus berjalan ke hadapan. Menuju ke barisan tengah.

            “Nawwaaarr… nak saljiiii..”

            Kuat juga aku celoteh. Tengah berdiri tu. Belum duduk lagi.

            “Shuhhhh..diam la suhaaa..”       
   
            “Betuuul..tadi atas baju suha ada ais kecik-kecikkk..”

            “Suhaaaaaaaaaaa…dudukkkk..”

            Aduuii. Kena marah. Duduklah.

            “Nawwaaaar…salji betuuul..”

            “Diaaaamm..”

            Nawwar buat tak endah. Muncung mulut aku. Salji la! [entah betul ke tidakkkk]

Macam romantik pula. Forum dalam gelap. Tapi sekejap saja pun. Lepas tu cerah balik. Dari sebelah kiri, itu saudara Muhammad Ali bin Muhammad Zaki, Saudara Ahmad Firdaus Kadir dan berbaju biru, Dr. Zainurrashid. Abah kak Zahra’.

            Forum yang berkisar mengenai revolusi.

Menanti revolusi seterusnya.

Menanti intifadhah yang ke-3.

            Namun tidak semudah itu. Jiwa-jiwa yang kental harus dilatih. Jiwa-jiwa penuh keimanan perlu dididik. Barulah kemenangan itu milik Islam. Allahuakbar.

‘Generasi hari ini cerminan pemimpin akan datang..’

            Jika remaja hari ini, solat 5 waktu cukup. Pasti Yahudi sudah tidak mampu ketawa.

            Jika remaja hari ini menutup aurat sebaiknya. Pasti Yahudi sudah jadi cacing kepanasan.

            Jika remaja hari bersatu untuk Al quds, pasti Yahudi undur ke belakang.

Mereka geruni semangat jihad kita, Islam hakikatnya!

Mereka tidak sekuat mana hakikatnya

            Kita yang perlu bangkit. Perangi mereka. Jumlah umat Islam jauh lebih banyak dari jumlah Yahudi laknatullah. Namun di mana jiwa-jiwa itu?

Di mana?

Siapakah?

*****

Katakanlah.

-Akulah sebahagian dari jiwa-jiwa itu.
Aku beriman. Aku cintkan Al quds.-

“…maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada…”

~al hajj : 46~


Persembahan nasyid. Maaf. Bukan nak ketawa. Tetapi memang sungguh tak dapat tahan rasa. Akhirnya ketawa terburai. Dan seisi dewan ketawa.

Memek muka.

Gaya mereka.

Tengok muka si baju putih pun dah boleh agak gaya mereka.

            Pergghh.. rasa nak gelak. Maaf. Apa-apapun thumbs up untuk anda. Berani melaungkan nasyid jihad dengan suara dalam yang agak besar dan agak laa.. sedikit lucu. Ini komen sebagai pendengar. Take noted dan perbaikinya lagi.

Gelak-gelak. Sekarang dah tak mampu gelak. Takut.

Majlis penyampaian hadiah. Dupp…dupp.. awat lampu ni menyala. Tak sanggup nak pi depan. Padam la balik.

“Pemenang tempat ketiga, pertandingan sajak..
            Nur Nasuha binti Abdul Rahman..”

Glurrrpp. Nama aku. Aku turunkan badan aku ke bawah sikit. Pusing ke kiri sikit. Tak bangun-bangun. Macam nak sembunyi bawah kerusi saja rasa.

Nawwar tunjuk-tunjuk kat aku. Orang depan pusing belakang.

            “Tak maaauu..tak mauu..”

Macam nak menangis dah. Serius tak mau bangun. Malu. Serius air mata keluar sikit dah. Apa punya teruklah qaniah ni, pi ambik hadiah pun boleh menangis.

“Suhaaaaaaa..banguuunn…”

“Nawwarrrr… tolonglah..tak mauu..”

Aku kuis-kuis kaki Nawwar. Tak mau. Tak mau.

Dewan diam.

“Manaa? Kalau tiada, boleh hantar wakil..”

Aku tetap tak bangun. Sampailah dia umum nama yang seterusnya. Fuh, lega.

Waaa.. dapat sijil la. First time dapat sijil. Maksudnya dekat Irbid.

            Best. Best. Dapat sijil.

           Lepas dapat hadiah. Ada lelongan barang. Duit lelongan akan disumbangkan pada Palestin. Berjiran dengan kami. Naik semput tengok. Banyak sangat tawaran. Rasa nak pengsan. Duit tu setaraf harga tiket untuk balik Malaysia. Terkejut aku.

Inilah harga hasil bidaan. Darab harga bidaan tu dengan RM4.29. Nilai mata wang terkini.


Barang ini telah berjaya dibida dengan harga : 100 JD


Barang ini telah berjaya dibida dengan harga : 385 JD


Barang ini telah berjaya dibida dengan harga : 300 JD


Jersi ini telah berjaya dibida dengan harga : 500 JD


Barang ini telah berjaya dibida dengan harga : 430 JD

Selesai sudah. Palestin di hatiku. Aku sedang berusaha menyelami kisah Palestina. I’m searching for Salahudin Al Ayubi. Kalian bila lagi?

Jom.. kita jadi sebahagian dari jiwa pejuang, untuk bebaskan Al Quds =.=

‘Usaha bersama itulah yang terbaik..’

Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
3.13 pm
29 Januari 2012

1 comment:

Unknown said...

assalamu'alaikum ^^ next year january, ada di malaysia. Me and my friend mahu jumpa u ^^ we from brunei will visit malaysia next january.

Tulusly,
Love palestin juga~