Pages

Wednesday, January 25, 2012

HUURUN ZAHRA

            Agak lama juga tidak buka Fb Qani’ah Mawaddah. Ada hati nak buka, tapi hakikatnya dah lesap. Malam tu, lepas balik dari Mafraq, kak Fathiyah tegur.

            “Suhaaa… fb awak kena virus ka?”

            “Itu laa.. suha tengok apasal pelik ja jadinya ni..”

            Belum sampai 5 minit, Fb terus jem. Dan hilang. Tata… terus hilang tanpa boleh buka. Sampai ada orang tegur deactive Fb ka? Mana deactive pun. Nampak sangat memang dah hilang terus Fb tu.

Cuba tukar password.
Cuba tukar password lagi.
2 kali dah.. tetap tidak boleh!



-Fine!-

*****

            Bukan nak gusarkan benda apa, gusarkan ‘group’ yang memang patut aku masuk seperti group gerak kerja untuk Program Persidangan Mahasiswa Se-Jordan, group Fiqh Medik yang akan berlangsung nanti. Habis, tidak dapat tahu apa satu maklumat.

            Sampai boleh migraine fikirkan. Akhirnya, wujudlah Fb Huurun Zahra. Masih suci bersih tanpa sepalit benda ‘lagho.’

Ya, inilah hikmahnya.

            Mungkin Fb lama banyak benda ‘lagho’ dan melalaikan. Dan macam-macam yang jadi, Allah hijabkan diri Qani’ah Mawaddah dari semua itu.

            Terima kasih Ya Allah.. Sungguh, Engkau benar-benar memahami tiap diri hamba-Mu..

Sahabat,

            Add lah ana kalau sudi =.= Syukran atas ukhwah kalian.

Nota kaki :


  1. Hari ini ada sahabat-sahabat yang akan pergi umrah dari Jordan, satu sahaja pintaku, doakan aku sembuh dari penyakit ini dan redha dengan ujian Ilahi. Syukran datang mendengar luahan doaku untuk diluah di hadapan Baitullah, Allah..
  2. Huurun Zahra mula menapak langkah, moga langkahnya lebih tersusun kelak. Amin Ya Rabb

Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
6.34 am
25 Januari 2012

1 comment:

Anonymous said...

kan elok.jika.berniqob.tanpa fb.tanpa blog.

lebih tertutup.lebih terjaga.

wallahu'alam~