Pages

Thursday, January 19, 2012

17:67

            Teruja untuk kongsikan ayat quran ini. Subhanallah.. terlalu indah dan puitis kalamullah ini. Membuatkan aku tunduk mengakui kebenaran ayat ini. Syahdu!

“..Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, niscaya hilanglah siapa yang kamu seru kecuali Dia, Maka tatkala Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling. Dan manusia itu adalah selalu tidak berterima kasih…”

~al isra : 67~

Tika susah
Hilanglah segalanya
Tiada apa yang kita seru
Melainkan Dia, Allah..


Bila kita senang
Kita berpaling
Benar!
Manusia itu insan yang tidak bersyukur…


            Ayat ini aku hafaz sewaktu exam aqidah tempoh hari. Sungguh, aku tersentuh. Tidak pernah menyangka ada ayat sebegini rupa. Sedarlah, yang selama ini aku malas membelek terjemahannya. Walhal, jika aku teliti, sudah pasti lagi banyak ayat-ayat indah yang bakal aku temui!

Kenapa kita sombong?

            Tanyalah pada diri. Semaklah hati. Kenapa kita sombong. Kenapa sikap kita begini. Walhal, kita adalah milik-Nya. Segala-galanya milik-Nya. Kita tiada hak untuk bersikap sombong dan bongkak dengan diri. Bila senang kita bangga, bila susah kita menunduk?

Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,
karena dia melihat dirinya serba cukup.

[al ‘alaq : 6-7]

            Jawapan di depan mata. Benarlah, manusia merasakan dirinya serba cukup! Lantas dia lupa, alpa dan leka. Malulah.. malu dengan sikap ini.

Duhai diri..
Tidak perlu bongkak dan sombong
Segala apa yang kau miliki
Bukan milikmu
Bahkan dirimu sendiri adalah pinjaman
Kepada Dia juga engkau akan kembali
Lantas kenapa kita masih mahu bersikap begitu?

Duhai diri..
Tanamkan Allah di hati
Zuhudlah kamu pada dunia
Bersederhanahah kamu
Biar di akhirat sana
Kamu kaya
Kaya dengan limpahan rahmat Ilahi..

P/s : doakan aku istiqamah!

Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
7.23 am
19 Disember 2012 

1 comment:

fahmi fauzi said...

doakanku terus istiqamah dalam meneruskan agamaNya..terus menerus cintakan NabiNya SAW dan pencipta diri ini,Allah SWT..amin ya rabb