Pages

Saturday, November 26, 2011

TOLONG DOAKAN DIA

            Seakan semalam aku sibuk menceritakan kisah Nabi Yusuf buat dirinya. Seakan semalam juga aku ceritakan kisah Fatimah kepadanya. Masa begitu pantas berlalu. Benarlah… sesungguhnya di setiap minit dan saat yang bakal datang, bermacam perkara bakal berlaku.

            Aku kenali dirimu, Saiful Islam Fetrus bin Abdullah tika engkau sedang giat meningkatkan keimanan dalam dirimu. Hari demi hari engkau semakin mengenali Islam. Hingga timbul dalam dirimu semangat cintakan Islam yang menebal. Malu rasanya diriku kerana tidak setabah dirimu berjuang untuk mempertahankan aqidahmu.

            Tika engkau dilontar dengan bebanan yang berat. Halangan demi halangan engkau tempuh. Halangan keluarga yang begitu sukar. Bertungkus lumus engkau menolak ajaran Yesus dengan lembut. Kata engkau..

            “Biarkan mereka..mereka sedang berdakwah agama mereka.. kita hanya meraikan…”


            Subhanallah..aku kagum dengan dirimu. Tenang engkau mempertahankan aqidahmu. Sungguh, aku kagum.

            Dan hari ini..saat ini, aku sebak mengenangkan keadaan dirimu. Terdampar lesu di katil hospital. Tiada siapa mengerti perasaan dirimu.

Sahabat seaqidahku,

            Aku pohon doa kalian, doakan sahabat seaqidah kita, Saudara Saiful Islam Fetrus bin Abdullah. Dia merupakan saudara baru kita. Agama asalnya ialah Kristian dan berasal dari Sarawak. Sejak memeluk Islam, dia berhijrah ke negeri Sabah, mencari rezeki di sana dan mempertingkatkan keimannya di dalam agama ini yakni Islam.

            2 hari lepas aku mendapat berita yang menyebabkan aku terkedu untuk seketika. Dia terjatuh dari atas tiang elektrik dan kebetulan sebuah motorsikal sedang melalui jalan tersebut. Kepalanya berlaku sedikit pendarahan.

            Keluarganya baru tiba dari Sarawak dan menjaganya seketat mungkin. Namun, sahabat-sahabat Islamnya, sedaya upaya tidak berganjak dari situ demi mempertahankan ukhwah seIslam..Allah…

            Hari pertama aku terima berita. Keluarganya membaca doa-doa Kristian. Berlinangan air matanya dalam keadaaan dia tidak sedar. Allah.. sebak aku rasakan. Fahamilah dirinya.. dia Islam..Allah…bantulah sahabatku ini.

            Semalam..berita baik aku terima, dia sudah sedar. Bangun untuk minum air. Aku turut seronok dengan perkhabaran itu. Dan baru sebentar tadi aku dapat berita, dia sudah teruk. 50-50 kata doktor. Tergamam aku untuk seketika. Aku terus men ‘dail’ nombor telefon sahabatnya. Suara perempuan. Tunang kepada Hazrul.

Lama juga aku berbual. Aku sudah tidak mampu. Sebak.. mengenangkan tiap bait kata yang diungkapkan bahawa dia sudah teruk. Allah… aku terus menangis mengenangkan sahabat seaqidahku ini.     

            Allah..sahabat-sahabatnya sedang berjuang mempertahannya. Supaya keluarganya tidak membawa pulang dia ke Sarawak. Mereka berjuang demi aqidahnya. Mereka berjuang demi ukhwah fillah yang dibina.

            Di sini.. aku selaku sahabatnya. Aku ingin pohon doa kalian. Aku memohon kalian doakan sahabatku ini, Saiful Islam Fetrus bin Abdullah. Doakan dia sudah melepasi tahap kritikal. Doakan dia mampu membuka mata kembali. Doakan dia berpeluang untuk mempelajari Islam dengan lebih mendalam lagi. Aku pohon sangat- sangat.

            Sayangilah insan ini.. seorang saudara baru yang sedang berjuang mempertahankan aqidahnya. Dan hari ini, Allah ujinya..Allah… aku sebak sangat-sangat…

            Ya Allah..makbulkan doa kami.

P/s : bagi sesiapa yang berkesempatan, tolong solat hajat untuknya. Syukran.

Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
2.57 pm
26 November 2011

2 comments:

ahlamiyamany said...

InsyaAllah...

insan_marhaen said...

Qani’ah Mawaddah ~ bagaimana pengakhiran perjuangan menyelamatkan aqidah saudara kita Saiful Islam Fetrus bin Abdullah...?Semoga Allah akan pelihara iman nya.. Andai sebaliknya yang berlaaku ,tentu ada hikmah yang telah Allah sembunyikan dr pengetahuan kita ..Allah tidak menzdolimi hambanya.. Sama2 kita berdoa....