Pages

Thursday, November 17, 2011

EPISOD 19 : BERJALAN TANPA HENTI

          Aku mengiring ke kiri. Mata masih tertutup. Meraba-raba mencari phone. Buka mata. 8.30 pagi! MasyaAllah..aku terus bangun. Ambil baju dalam beg ‘ribena’ terus iron baju. Tiket bus aku untuk ke Ipoh pukul 9.00 pagi kejap lagi.

          Kak Nazirah pun turut gelabah sama. Kami cepat-cepat siap. Habislah aku. Kalau terlepas bus, aku kena ambik bus untuk tengahari pula. Kena beli tiket baru. Kalau nak beli tiket baru, kena ada duit. Tapi sekarang… oh no! I have no money left… grrrluuupppp…!

          Kak Nazirah hantar aku ke Stesen Bus Butterworth. Bayangkanlah, kami sekarang di Permatang Buloh, nak ke Butterworth punya jauh kot. Motor ni memang pecut laju. Macam nak terbang aku dibuatnya. Sampai di tengah jalan, motor ni terhenjut-henjut. Alamak! Kenapa pulaaaaaa….

          “Kak Nazirahhh..kenapa laa?”

          “Akak pun tak taaauuu..”

          Kak Nazirah berhenti di tepi jalan. Buka tangki minyak. Sah! Minyak habis. Whuaaaaaaa…. Bussss… nak pergi Ipoooohhhh… Sob * Sob * Sedih..

          “Sori Nasuha…kak memang rasa minyak nak habis dah…itu yang pecut, ingatkan sempat..”

          “Errrr…tak pe laa… nak buat macam mana sekarang..?”

          Kak Nazirah call kak Hassuna. Tolong la, penyelamatku. Sesiapa tolong lah datang. Sesungguhnya Qani’ah Mawaddah tersangat memerlukan kalian sekarang…

          Hmmm… kalau terlepas bus pun.. redha sahaja la. Mungkin ada hikmah-Nya.

*****

          Dari jauh aku nampak motor kak Hassuna. Waaaa…. Macam nak nangis. Penyelamat dah datang. Aku terus naik motor kak Hassuna. Melambai tangan kepada kak Nazirah. Daaaa… pergi dulu. Kak Hassuna pecut punya laju.

          Sampai di pertengahan jalan. Kak Hassuna belok ke kiri, eh… kenapa pula? Wink * wink * dahiku berkerut seribu.

          “Sorry eaa Nasuha, motor ni pun tak da minyaakkk…”


          Haiyaaaakkkk! Aku tepuk dahi. Apakan daya. Kami cepat-cepat isi minyak. Sampai terpancut minyak. Hohooo… kalut semacam sahaja. Macam kena kejar dek hantu.

          “Nasuha..sekarang pukul berapa?”

          “Errr.. 5 minit lagi pukul 9..”

          “Okeh..sempat-sempat. Insyaallah sempat. Kak nak bawa laju ni, dok diam-diam..”

          Gluuurrrrpppp!

          Aku hanya mampu membaca al-mathurat di atas motor. Kak Hassuna betul-betul pecut. Macam nak tercabut tudung aku. Memang aku redha dah kalau bus dah jalan. Whuaaaa….. ummi.. nak jumpa ummi!

P/s : anda cuba bayangkan.. dua-dua motor tak da minyak, sedangkan aku dah nak kena naik bus pukul 9 pagi. aduiiii....

*****

          Sampai sahaja di Butterworth. Aku terus salam tangan kak Hassuna. Tidak bercakap banyak. Kak Hassuna dah halau aku, suruh lari dapatkan bus. Aku tersenyum sambil melambai tangan ke arah kak Hassuna. Aku terus berlari ke kaunter bus MARA LINER. Aku belum sempat nak cakap apa-apa, sudah ada pertolongan Allah..

          “Nak pi Ipoh kaaa?”

          “Ya pak cikkk..”

          “Ha…ikut drebar tuuu..cepat..bus nak jalan..”

          Aku terus berpaling. Berlari mengikut drebar bus. Fuhhh…

          “Pak cik..bus ni nak pi Ipoh kaa?”

          “Ha…naik cepaatt”

          Aku terus naik. Duduk kat depan sekali. Fuhhh..menarik nafas dalam-dalam. MasyaAllah..tarbiyah! betul-betul memberi aku pengajaran yang indah. Bus terus jalan menuju ke destinasi. Ipooohhh… ummi, tunggu suha yeee…

          Ttttiiiittt…

          “Salam…macam mana Nasuha? Dapat naik dak bus?”

          “Wassalam..alhamdulillah setelah penat berlari.. dapat juga naik bus..”

          “Alhamdulillah..hehe..tak larat nak gelak teringat tadi..”

          “Huhu..pengalaman la tuuu.. maaf ye, menyusahkan kalian..”

          “Eh..no hal la, itu pengajaran buat kami, jangan lupa isi minyak.. hehe.. ok, selamat ye .. salam..”

          “Huhu..makasih..wassalam..”

          Aku terus genggam phone. Kepala aku lentokkan ke kanan. Merenung jauh ke depan. Allah.. Nasuha memang suka buat kerja gila ka? Aku tak pernah pergi Ipoh sorang-sorang, naik bus pula tu. Tapi, demi sebuah ukhwah.. rindu untuk bertemu ibu angkat, ummi… Bip * Bip * Aku tetap akan redah, kerana ukhwah ini…

*****

          Aku tak ingat sejak berapa lama aku tertidur. Sedar-sedar aku dah masuk Ipoh. Bus berhenti di tepi jalan. Aku terus turun. Berdiri sebentar. Memandang sekeliling. Whuaaaaaa…. Nak pergi mana ni? Anehnya. Terasa asing di sini. Aku terus jalan bila ternampak sebuah bangunan yang banyak bus. Stesen bus barangkali. Bisik hati kecilku.

          Aku terus berjalan. Menjijit beg di bahu kananku. Aku memegang perut. Dah macam-macam bunyi ku dengar. Lapaaar…

          Aku pusing ke sana sini, kedai tutup. Hari ni hari apa? Jumaat laaa… adishhh.. macam mana ni?

          Wink * Wink * aku pusing ke sana sini. Hampa.

          “Salam..ummi, surau kat mana ya?” ß- aku terus menghantar kiriman sms kepada ummi.

          “Wassalam..suha dah sampai ye? Naik tingkat atas, pergi makan dulu ye.. ummi datang ambil suha pukul 2 ye..maaf sangat-sangat..”

          “Yeke..eh tak pe ummi, suha rehat di surau dulu..”

          Aku terus mendongak ke atas. Nampak tangga, terus aku naik. Kosong. Baik Shahab Perdana penuh dengan manusia lagi. Ish.. ish.. aku nampak ruang makan di sebelah kanan. Fuhh.. lega!

          Aku terus duduk. Makan ikan keli. Nyummy…sedapnya.. selesai makan terus ke surau. Rehat-rehat. Solat dan tidur sebentar. Agak lama juga aku di situ. Maklum la, aku sampai dalam pukul 11, ummi nak datang pukul 2 petang. Apa la yang aku boleh buat. Duduk sajaaa…

*****
          Suasana di tempat menunggu begitu bingit. Aku sudah naik pening. Bunyi hon yang bertubi-tubi. Mataku dari tadi asyik mencari kelibat ummi. Ummi kata ummi dah nak sampai. Ada debar di dadaku. Ini kali pertama kami ingin bersua muka setelah sekian lama ukhwah indah ini kami bina.

          “Salam..suha ada kat mana ni?”

          “Wassalam.. suha tunggu ummi kat luar, ada teksi banyak kat sini..”

          Aku masih mencari-cari. Mana ummi? tempat aku duduk sekarang memang tempat menunggu, kereta keluar masuk mengambil penumpang masing-masing. Cuma aku yang masih setia menunggu ummi.

          Aku terus call ummi.

          “Suhaaa…maaf, bateri ummi dah nak habiss…”

          Tutttt.. panggilan telefon dimatikan. Haish! Macam mana ni. Aku dah naik gusar.

          “Ummi..suha gi dekat ummi la senang..” ß- aku menghantar kiriman sms kepada ummi.

          “Ok..ummi duduk dekat pondok polis, ummi pakai jubah warna coklat..”

          Aku terus berjalan. Mencari kelibat ummi. Aku pusing ke sana sini.

          “Salaamm..ummi kat na?”  

          “Wassalam..ummi duduk dalam kawasan teksi banyak-banyak nii..”

          “Ye kee…suha pakai baju purple ni ummi..”

          Haa…ummi nampak suha dah! Aku terus berpaling. Waa.. ummi melambai tangan ke arahku. Kurusnya ummi sekarang. Tak sihat ka?

          Aku terus berjalan menuju kea rah ummi.

          “MasyaAllah…suhaaa..anak ummi..”

          Ummi terus peluk aku. Waaa… inilah ummi. Rindunya nka berjumpa, hari ini Allah dah temukan kami. Syukur Ya Allah.. Ummi tak henti-henti minta maaf.  Aku hanya tersenyum di sebalik purdahku.

          “Ummi..jangan risau..suha ok je. Inilah Suha..anak ummi. Memang suka cari pasal. Boleh terbang ke sana sini, ikut suka hati dia. Janji apa suha buat.. suha yakin Allah bantu.. ummi jangan risau laaa..”

          Ummi terus memelukku. Huhu.. jangan risau akan diri Qani’ah Mawaddah. Aku sudah biasa begini. Membawa diri ke mana sahaja yang aku suka….kerana aku tahu, Allah ada…

Bersambung..

Qani’ah Mawaddah,
Sakan Yarmouk
1.58 pm
17 November 2011

5 comments:

ahlamiyamany said...

masing2 ada cerita hidup yg penuh dgn ujian drNya.. cuma nk aplikasikan d tulisan tu je yg x pandainya...

Unknown said...

ya, insyaallah..semua mampu

cuma cara dan jalannya berbeza~

Nujma Hayati said...

Suka la...
Pandai Qani'ah Mawaddah ..
=) terbaekkk...

Unknown said...

to Nujma Hayati

~thanks ukhtiku sayang..

ukhti pun pandai! :)

Raihanah Abd Latif said...

bes!!.. eheheheeh