Pages

Sunday, November 27, 2011

SAIFUL ISLAM FETRUS BIN ABDULLAH

            Aku lihat Richard Church accepted friends request aku di Facebook. Terus aku online. Menguatkan diri. Menanyakan sesuatu padanya.

            “Selamat malam, boleh saya tahu bagaiman keadaan Saiful..”

            “Syukur saudaraku sudah sedar, dan dia akan kembali bersama keluarganya dan agamanya..”

            Aku terkedu untuk seketika. Mengetap bibir.


            “Kenapa?”

            Pendek sahaja soalku.

            “Kerana dia tidak tahu apa itu Islam untuk dirinya.. saya harap Qaniah dan kawan-kawan tidak mengganggu dia lagi..”

            Hatiku bagai dicarik-carik. Allah…

            “Kenapa dia kata macam tuu?”

            “Yesus telah sedarkan dia..”

            Air mataku bergenang. Aku tunduk.

            “Bagaimana keadaan dia..sihat?”

            “Seperti saya katakan tadi.. saudara saya sudah makin sihat..”

            “Hmmm…”

            Pendek sahaja balasanku. Aku terus mencapai kad weinak. Mencari buku pink yang aku catit nombor telefon kawannya, Hazrul. Sabar aku menanti. Dadaku berombak menahan rasa. Panggilan pertama, kedengaran bunyi bising, talian dimatikan.

            Aku mengetap bibir. Kenapa? Sekali lagi aku kuatkan diri mendail. Suara perempuan. Seperti biasa, tunang Hazrul mengangkat. Dia meminta maaf sebab tadi talian terputus.

            “Awak..betul ka Richard kata Saiful mahu balik ke Kristian..”

            Satu helaan dilepaskan. Aku dengar tiap bait kata gadis itu. Orang Sabah bercakap, agak sukar untuk ku fahami.

            “Ya..macam tu lah Nasuhaa..”

            “Tapi..kenapa awak?”

            “Ntah lah… kawan-kawan dan tunang saya masuk tanya dia sendiri, memang dia kata dia mahu balik ke agama asalnya itu Nasuha… tunang saya mahu marah juga sebab dia kata macam tu, tapi bila lihat diaa.. dia lain sangat itu Nasuha… tunang saya suruh mengucap.. dia tanya apa itu?”

            “Ya kaa… Ya Allah..Nasuha sebak…kenapaaa..?”

            “Nasuha..jangan nangis… kami syak ada sesuatu sebab, family dia kawal ketat, rasa macam diorang bagi makan sesuatu..”

            “Pastu macam mana? Mesti diorang ada buat sesuatu..”

            “Itu laa.. kami tengah siasat, sebab tiba-tiba dia kata macam tu kan… baru semalam dia sedar.. sekarang ini kami cari ustaz-ustaz untuk bantu diaa.. ustaz yang dah pernah dia kenal..”

            “Ya ALLAH.. Nasuha mampu doa sahaja ya awak..”

            “Iyaa..jangan sedih-sedih Nasuha..kita doakan Saiful yaa..?”

            Talian telefon dimatikan usai ucapan terima aku hulurkan. Sebak. Itu sahaja mampu aku ungkapkan. Aku menelefon ummi. Ummi angkatku, ummi angkatnya jua. Ummi sebak. Menangis ummi dihujung talian. Allah~ aku sudah tidak sanggup.

Aku belek kembali wall FB dia. Ini yang aku temui. Ya, aku masih ingat. Dia berjuang mempertahankan aqidahnya tatkala sepupunya berusaha mengimbau kembali ingatannya pada Kristian. Lihatlah tarikhnya, 15 November 2011, masih baru bukan? Itu belum aku paparkan picture yang di ‘tag’ oleh sepupunya beberapa hari lepas sebelum semua ini berlaku.

            Aku aneh dan hairan. Masakan bisa, dia.. insan yang aku kenali, sanggup mengungkapkan dia tidak kenali ISLAM dan tidak tahu apa itu mengucap hanya setelah dia sedar..?

            Kemungkinan yang dapat aku simpulkan..

            Mungkin dia lupa ingatan. Atas sebab apa? Dia jatuh dari tempat yang tinggi. Dari atas tiang elektrik jatuh ke bawah dan dalam pada masa yang sama sebuah motorsikal melalui jalan tersebut. Kawan-kawan tidak sedar lagi situasi itu.

            Sayu sahaja aku memikirkan keadaannya. Ya.. sehari sebelum dia terjatuh. Dia ada mengadu kepada kawan-kawannya dia tidak sihat. Ucapan terima kasih banyak dia hulurkan buat kawan-kawannya serta aku. Aneh.. seakan dia mengerti apa bakal berlaku.

            Ya ALLAH.. andai kata, dia lupa.. dia lupa akan ISLAM.. aku berharap, suatu hari nanti, aka nada secebis keimanan yang sedarkan dia bahawa dia Islam.

Kemungkinan kedua. Aneh dari segi makanan dan minumannya yang diminumnya. Aku cuba bersangka baik. Aku hanya mampu berdoa. Andai dia tidak sedar dengan apa yang berlaku disebabkan ‘mainan kotor’ keluarganya, aku pohon Ya Allah.. Engkau runtuhkanlah jahiliyah itu dari dirinya….

Sahabatku,

            Aku pohon doa kalian. Tika aku menulis ini, sudah pukul 5.47 pagi di Malaysia. Selagi Saiful Islam Fetrus bin Abdullah masih belum menukar agamanya kepada Kristian, selagi itu aku akan terus berdoa dan memohon doa kalian. Aku yakin dengan kekuatan doa seorang mukmin.

            Saiful Islam.. nama yang aku pilih untuk dirinya. Ya Allah..masakan aku tidak sebak mendengar berita ini. Tercalar hatiku ya Allah..  andai dia bukan milik Islam, redhakan hatiku ya ALLAH ..melepaskan sahabatku ini pergi. Sekalipun pun perit, aku terpaksa melepaskan dia.

            Namun Ya Allah..jauh di sudut hatiku, dia masih milik ISLAM ya Allah.. Cuma ada ‘sesuatu’ yang terjadi menyebabkan dia lupa kepada Islam.. aku pohon ya Allah.. tunjukkan kebenaran-Mu…aku sayangi saudara seIslam ku ini ya Allah.. berilah dia nikmat untuk mengecapi keimanan Islam lagi..Allah..

            Allah mengujimu saudaraku, Saiful Islam Fetrus bin Abdullah.. kau kata, engkau akan buktikan pada saudaramu bahawa engkau bahagia dengan Islam.. tapi hari ini, Allah uji engkau. Tiba-tiba engkau katakan engkau mahu kembali kepada agama asalmu. Allah… bantulah sahabatku ini. Sedarkan dia.. aku pohon Ya Allah..

P/s : sahabat, doakan dia..sahabat seaqidah kita.

Qani’ah Mawaddah,
Sakan Yarmouk
11.53 pm
27 November 2011

2 comments:

Anonymous said...

nurilahi:-
Ya Allah...terharu.. ='(

sabar ya ukhti..
semoga dengan ini, menjadikan kita lagi tabah dalam usaha menjadi pejuang islam...
apapun, dalam perjuangan islam, hendaklah kita sentiasa istiqamah, dan hari ini mesti lebih baik dari semalam,
mungkin hikmahNya besar buat umat islam, agar tidak alpa dan leka dalam memperjuangkan islam..

"Ya Allah, janganlah Engkau gelincirkan hati kami, setelah Engkau memberi hidayah kepada kami, sesungguhNya, hanya kepadaMu kami berserah"

Amin Ya Rabbal alamin..

wallahua'lam...

Suarafata said...

Allahu allah...

Doa aku titipkan, buat saudaraku Saiful...

Allah, pelihara dia. Pelihara dia. Pelihara dia!

Juga buatmu, agar terus tabah dan thabat. Insyaallah!