Pages

Friday, November 18, 2011

Aku hanyalah seorang Qani'ah Mawaddah

          Hati teruji. Makin parah dengan luka yang kian dalam. Aku bukan sesiapa. Aku hanya seorang kanak kecil yang bernama Qani’ah Mawaddah. Akan ku ukir senyuman paling indah buat kalian, kerana kalian sahabatku. Sahabat seaqidahku. Aku sayang dan cinta kalian sedalamnya.

          Jangan mengharapkan kesempurnaan dari diri yang kerdil ini. Aku rapuh. Aku goyah. Aku tidak sekuat mana. Kekadang aku terasa perit untuk melangkah hinggakan terasa ingin rebah menyembah bumi. Lautan kasih sayang kalian untukku membuatkan aku kian gagah. Senyuman indah dari seorang sahabat membuatkan aku tenang. Subhanallah.. sesungguhnya indah ukhwah ini.

          Kanak-kanak kecil ini cukup teruji. Kesakitan yang mencengkam jiwa. Menerobos ke sanubariku. Allah..aku sakit dengan ujian ini. Aku sedar ini rahmat dari Allah, ya.. ada hikmah-Nya mengapa Allah sakitkan kanak-kanak ini.

Kerana apa?

          Allah mahu mendidik sifat sabar dalam diri Qani’ah Mawaddah. Ya.. makin hari, makin lali dengan kesakitan ini. Esak tangis menemani. Kalam taujihad dari kalian membuatkan ada bunga-bunga indah bersulamkan kasih sayang yang terbit dari hatiku. Allah.. sungguh, aku memerlukan kalian sebagai pendokongku.

          Aku seringkali ceria. Gembira. Aku senang membuat orang tertawa. Hanya itu yang mampu aku berikan pada kalian. Tidak terlintas langsung di lubuk hati ini untuk lukakan hati sahabat-sahabat yang aku sayang. Tidak terlintas langsung untukku buang jauh kalian dari hidupku. Percayalah, kalian amat beerti buat diriku.

Allah…

          Luluh hati. Sebaknya jiwaku. Titis air mata berguguran. Menahan peritnya rasa. Bagaimana untuk ku khabarkan, bahawa aku sayang dan cinta kalian kerana Allah. Bantulah aku menghadapi ujian dari Allah ini.. Kuatkan daku Ya Allah dengan rahmat kasih sayang-Mu…

Qani’ah Mawaddah,

          Hanya satu nama mungkin? Lahirnya Qani’ah Mawaddah menggantikan Serikandiumar. Serikandiumar yang telah lama aku tinggalkan. Ketegasannya masih tersemat di kalbu. Ketegasan Serikandiumar cair dengan kelembutan Mawaddah. Di sebalik ketegasan serikandiumar, ada kelembutan Qani’ah Mawaddah di situ, Allah.. damaikan hatiku Ya Allah…


          Sudilah kalian bersahabat denganku kerana Allah. Terima baik burukku seadanya…

Wink * Wink * Salam sayang dariku..

Qani’ah Mawaddah,
Sakan Yarmouk
1.12 pm
18 Novermber 2011

1 comment:

ahlamiyamany said...

teruskan bermujahadah....