Pages

Saturday, March 19, 2011

CETUSAN HATIKU



Lama diri ini menyepi meninggalkan teratak ini. Agak janggal diri ini untuk kembali menulis kerana sudah hampir 2 minggu minda ini tidak mencetuskan sebarang idea penulisan. Alhamdulillah, hari Allah kurniakan aku kesempatan dan kekuatan untuk kembali menulis.
           
         Apa khabar sahabat penaku? Masih utuh kalian di tampuk lama, selesa dengan penulisan yang kalian nukilkan? Ataupun punya keazaman untuk menginjakkan diri kalian ke alam baru bagi melahirkan penulisan yang segar lagi mendalam maksudnya yang bisa menusuk ke kalbu.


            Apa-apa pun aku akan senantiasa mendoakan kalian terus utuh berjuang melarikan pena bagi menyampaikan risalah dakwah buat semua. Sahabatku… pena kita buat semua… setiap pena yang dinukilkan hanya pada Allah semata… bukan atas dasar pujian manusia semata yang mungkin akan menyebabkan timbulnya bunga-bunga riak dan ujub… nauzubillah…


            Apa khabar sahabat seperjuanganku? Masih giat di pentas dakwah melatih mad’u kalian untuk digilap menjadi generasi pelapis yang akan terus berjuang di medan dakwah? Ataupun…ada di antara kalian yang sudah goyah imannya, yang sudah future semangat perjuangannya dek hasutan duniawi yang mengasyikkan… Allah… ini semua ujian-Mu untuk kami.,,,


            Aku doakan kita sama-sama utuh di pentas dakwah ini kerana kita telah berjanji menginfakkan diri kita untuk perjuangan Islam semata. Ingat… diri kita untuk perjuangan suci ini… berkorbanlah apa saja demi melestari sebuah daulah dan khilafah.. allahuakbar.. aku nantikan saat itu dengan penuh sabar bersulamkan usaha yang gigih bagi memastikan semua itu tercapai… insyaallah…    
    

Salam perjuangan ku utus buat kalian…..


Cetusan hatiku,

Serikandiumar93

19 Mac 2011
10:56 am

2 comments:

Unknown said...

salam...slamat berjuang juga ya ukhtie...doa dan juga pesanmu tdk mungkin ana lupakan...slamat maju jaya ya ukhtie dan doakan ana juga supaya dpat mmimpin mad'u ana slama ana msih hdup...

Unknown said...

wassalam.. ye dik ^__^
akak akan sentiasa doakan adik...

barakallahufik..