Pages

Thursday, December 20, 2012

TRAVELOG SEORANG QANIAH : 1

Assalamualaikum...

Nama saya Qani'ah Mawaddah. Orang selalu panggil saya qaniah. Jadi boleh tak, saya menulis menggunakan nama qaniah? 

Alrite. Tidak lama lagi qaniah akan masuk 20 tahun. Jadi tahun ini adalah candidate 19 qaniah. Qaniah merupakan anak sulung dari 4 orang adik beradik. 2 perempuan , 2 lelaki.

Orang tua-tua panggil karang bunga. Sebab?


Perempuan, lelaki.
Perempuan, lelaki.

Masing-masing berpasangan.

Qaniah sekarang belajar jauh. Jauh dari Malaysia. Kena naik kapal terbang dulu baru boleh sampai, itupun seharian baru sampai. Kalau naik kapal laut boleh juga, itu pun tunggulah berapa bulan boleh sampai. Jalan darat pun boleh, carilah negara-negara yang saling bersambung, boleh lah sampai. Insyaallah, setahun baru sampai. 

Alhamdulillah, syukur pada Allah, sekarang qaniah pelajar tahun 2, jurusan Ekonomi dan Perbankan Islam, Universiti Yarmouk, Jordan.

Kenapa qaniah nak tulis Travelog Seorang Qaniah ini?

Qaniah teringin nak menulis. Menulis novellah katakan. Tetapi tiada bakat. Teringin sangat-sangat. Setiap hari bermacam idea bermain dekat kepala. Iyalah, qaniah suka imaginasi. Kadang-kadang imaginasi part yang best-best. Tapi sayang, qaniah tidak pandai menulis novel.

Tapi, qaniah sudah berazam kepada diri untuk menjadi seorang yang POSITIF dan YAKIN KEPADA ALLAH.

Qaniah nak mencuba menulis sikit-sikit, sambil menyusun watak-watak dan situasi dengan sebaiknya. Insyaallah, biiznillah, qaniah mampu. Chaiyok-chaiyok.

Apa itu TRAVELOG SEORANG QANIAH?

Qaniah nak kongsikan setiap detik dan saat pengalaman qaniah sepanjang qaniah hidup. Qaniah suka mengembara. Selalu saja teringin nak menulis apa yang qaniah dapat sepanjang qaniah mengembara. Tapi, asyik terbantut. Tetapi insyaallah kali ini, qaniah nak cuba.

Cuba menulis dan membawa pembaca ke alam yang qaniah merasai. Qaniah nak menulis dengan penuh rasa. Rasa CINTA dan KASIH SAYANG. Supaya apa?

Supaya penulisan dan hikmah dari apa yang qaniah ingin menulis ini sampai ke dalam hati pembaca sekalian dan boleh kalian amalkan serta sama-sama berubah ke arah kebaikan. Insyaallah.

Amin3x.

Ok kawan-kawan.

Itu saja untuk hari ini. Terima kasih kerana membaca dan berkunjung ke blog qaniah yang tidak ada apa-apa ini =='

Salam persahabatan dan sayang dari qaniah.

Oh ya, nak bertanya something or chat dengan qaniah, kawan-kawan bolehlah add di sini : qaniah_mawaddah@yahoo.com

Tata. Jumpa lagi.

Note : tolong support qaniah ya, qaniah budak baru nak belajar. thank semua!

Qani'ah Mawaddah
Bayt Dar Azzahra
20 Disember 2012
8.25 am

2 comments:

Unknown said...

Semoga istiqomah dalam menulis. Insyaallah berjaya dunia akhirat. Doakn saya

Anonymous said...

Adik buat yang terbaik.... Akak sentiasa doakan adik....insyaAllah... Aamiin

Terima kasih ziarah blog akak :-)