Pages

Sunday, July 1, 2012

DIARI : RINDU JORDAN 1

Hari ini genap sebulan qaniah tinggalkan bumi Irbid, Jordan. Baru sebulan qaniah pamit ke bumi Malaysia, tapi sudah terbit rasa rindu pada bumi itu. Aneh betul perasaan ini, bukannya pulang terus... tapi hanya pulang bercuti, namun rasa rindu pada bumi itu tetap bertamu.

Rindu dengan sahabat-sahabat di sana, jamiah, markaz quran dan segala-galanya tentang bumi itu. Ada satu perasaan dan rasa di bumi itu.

Gambar di atas qaniah tangkap beberapa hari sebelum qaniah pulang ke Malaysia. Waktu ini dalam jamiah, berhadapan dengan maktabah jamiah. Ada pokok cantik di situ, warna purple, favourite qaniah.

Qaniah dan Nawwar dalam perjalanan ke rumah syeikhah, tanpa sedar terus berlari ke situ. Nawwar yang tolong tangkapkan. Walaupun tidak secantik mana, gambar ini cukup mengundang rindu pada bunga itu. Purple, sama dengan baju qaniah. 

Purple. Nampak cantik di pandangan. Tidak seindah dalamannya. Nampak seronok bergambar, tapi sebenarnya tengah sakit :-/

Hampir 3 hari qaniah asyik ulang masuk tandas, sakit perut sangat-sangat dan muntah. Hari ke 2 dah rasa macam nak pengsan, tahan lagi.

Mari hari ke 3, bangun pagi terus serbu tandas. Muntah-muntah siap nangis dalam tandas T.T

Nawwar pun pandang pelik. Terus diorang bawa qaniah pergi hospital.

Inilah hasilnya...
Meraung tahap teruk time nurse cucuk. Dah tak letak ubat bius, cucuk macam nak tikam orang. Tabarakallah....

Memang nurse Arab sangat ganas =.=

Tapi inilah kenangan, kenangan sebelum balik Malaysia.. lagi beberapa hari nak balik Malaysia jadi macam ni pula. Doktor siap nak tahan dekat wad lagi. Kalau tahan nanti, alamatnya tak balik Malaysialah..

Bye..bye Malaysialah jawabnya...

*****

Tapi sekejap ja qaniah sakit, petang tu terus semangat nak pergi rumah syeikhah. Badan still lemah, tapi rindu untuk bertemu dengan syeikhah.

Qaniah gagahkan diri juga. Kuat-kuat. 

Sampai saja di rumah syeikhah, syeikhah tengah tasmik seorang mak cik Arab. Qaniah duduk kejap ja, terus qaniah pergi belakang rumah syeikhah. Mendongak ke atas, nak cari buah favourite qaniah. Malangnya tak da.

Qaniah pun duduk balik dekat kerusi. Sambik belek Al quran, qaniah perasan syeikhah bangun menuju ke belakang. Tempat qaniah berdiri tadi.

"Nasuhaaa..." kedengaran suara syeikhah dari belakang rumah.

"Leeeessh?" Qaniah bermonolog sendirian.

Rupanya-rupanya syeikhah tengah tarik dahan pokok Askendaniya [qaniah lupa cara eja dia dan sebutan..pandai makan je :P]

"Saya tahu kamu cari benda ni kan?" Syeikhah memandang qaniah sambil ketawa.

Mata qaniah bersinar-sinar sambil mulut menguntum senyuman yang paling manis buat syeikhah.
Inilah buahnya. Comel. Warna oren..bulat-bulat macam buah ribena. Qaniah suka makan. Syeikhah ambik satu bekas buah ni, suruh qaniah makan jauh-jauh. Terus qaniah pergi cari tempat duduk dan makan.

Macam budak-budak.

Minggu lepas syeikhah dah ajar cara nak makan dia. 

Mula-mula ambik sebiji buah askendaniya [sori kalau silap eja]
Then, belah tengah..
Pastu nanti jadilah macam ni.. buang biji dan boleh makan ^^

Sekarang ni qaniah malas dah nak potong segala bagai macam ni, terus qaniah ngap masuk mulut... lepas tu luah biji. Sedap buah ni.. masam-masam manis.

Rugi sapa tak cuba!
Tadaaaa.. ini anak pokok askendaniya. Syeikhah sungguh-sungguh suruh qaniah bawa balik Malaysia.. siap bungkus macam ni lagi. 

"Nasuha...balik tanam dekat Malaysia..jangan bagi kena panas cahaya matahari tauu.." Syeikhah berceloteh mengingatkan qaniah.

Qaniah hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Berapa lama dia akan besar syeikhah?" Qaniah menyoal.

"Sampai masa dia akan besar la..mumkin bila kamu sudah habis mengaji nanti.. bagi mak dan ayah kamu rasa buah ni.." Syeikhah bersungguh-sungguh mengingatkan.

-------------------------------------
Tapi sayang, pokok ni dah mati :'(
Nampaknya tak tercapai hasrat syeikhah.

Qaniah tak pandai jaga elok-elok.
Hilang satu kenangan bersama syeikhah.

Inilah mak cik Arab tadi. Nama dia Majidah. 
Nak tahu tak dia tengah pegang apa?
Inilah buah Tin. Selalu kita makan Tin kering saja kan.
Ala.. yang orang selalu bawa balik dari Mekah tu.
Ha...ini buah Tin yang fresh punya. Petik dari pokok tau....
Buah Tin ni lembut. Ini isi dalam dia. Sedap.
Manis ^^
Ha... ini pokok Tin tadi. Kami petik fresh dari pokok ni.
Unik kan bumi barakah ini?
Ini pula jeruk zaitun. Qaniah tak berapa suka sikit. Kelat ^^ Orang Arab makan dengan roti. Qaniah dengan penuh riak mencuka menolak pelawaan kakak syeikhah untuk makan roti ni. Dia suruh makan juga. Qaniah pun terpaksa makan :P 

Muka qaniah berkerut seribu.

"Pokok zaitun ni syajaratun mubarakah tahu tak..?" Kakak syeikhah berkata.

Aku membeliakkan biji mata tanda tidak tahu sejujurnya. Rasa bersalah pula sebab buat muka kerut tak nak makan, sedangkan buah tu disebut dalam Al Quran.

Syeikhah mencapai al quran, mencari ayat al quran tersebut.

۞   يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ۬ مُّبَـٰرَڪَةٍ۬ زَيۡتُونَةٍ۬
Ayat al quran ni ada dalam surah An-Nur ayat yang ke 35. 
Penat bergelak ketawa dengan makan buah, kami berseronok main Henna pula. Syeikhah bersungguh-sungguh nak lukis Henna kat tangan qaniah. Syeikhah kata nanti balik Malaysia tunjuk dekat mak. Sweetlah syeikhah ni.

Kelakar pula tengok syeikhah conteng Henna dengan tangan qaniah. Qaniah senyum saja tengok gelagat syeikhah. Pasti rindu nanti, bila duduk dekat Malaysia.

Dah azan maghrib baru syeikhah berhenti melukis di tangan qaniah. Syeikhah masukkan kertas tazkirah dalam beg qaniah. Syeikhah letak Henna dekat zip depan.

Bla..bla.. bla.. syeikhah berceloteh dan menunjukkan pada qaniah semua barang yang dia letak, termasuk anak pokok askendaniya.

"Syeikhaaah...macam mama nasuha la..." Qaniah terluah juga.

Syeikhah memanggung kepala memandang qaniah sambil tersenyum.

"Saya mama kedua kamu di Jordan.." Syeikhah selamber membuatkan pengakuan.

Qaniah senyum lebar hari ini. Masyaallah, indahnya.
Kami saling berpelukan sebelum pulang, dan ini pelukan terakhir sebelum qaniah balik ke Malaysia Rabu nanti.

------------------------
Dan saat ini qaniah sudah mula rindu syeikhah, rindu senyuman syeikhah, rindu syeikhah ketuk kepala qaniah.

Apa khabar syeikhah saat ini? ^^

*****

Masyaallah...
Rindu pada bumi itu 
Rindu sangat-sangat....

Salam penuh mahabbah dari bumi Malaysia..

Bersambung...

Qani'ah Mawaddah
Pejabat PAKSI
2.31 pm
1 Julai 2012

2 comments:

fahmi fauzi said...

bukan buah misy-misy(x reti nak eja juga) ke? ke buah tu warna lain?

insan_marhaen said...

satu ketika nanti teringin untuk ke Jordan..bumi anbia...betulkan?