Pages

Monday, July 2, 2012

DIARI : BARAKALLAH

Sekarang memang musim orang kahwin rasanya. Terlopong mulut qaniah tengok ramai betul budak-budak Irbid yang balik cuti nak kahwin. Itu baru Irbid, belum tengok mantiqah Mu'tah, Amman dan Mafraq lagi. Mesti lagi ramai. Aduhai.

First of all, qaniah nak ucap selamat pengantin baru buat ukhti HUMAIRA dan pasangannya NAZIRUL. Masing-masing budak qisim Ekonomi dan Perbankan Islam yang baru mendirikan rumah tangga semalam. Yang bestnya Tok Guru Nik Aziz tolong akad nikahkan. Terbaik betul.

Best betullah diorang, time hari berbahagia ada ulamak kat sisi =.=


Semalam qaniah online FB tengok lagi ramai geng-geng Irbid nak kahwin. Blink..blink terus.. nak menangis pun ada. Dah nangis pun, sebab macam terkejut. Selama ni dok gelak.. main sakat-sakat... tapi sekarang diorang dah nak kawin? T.T

Bermula terkejut dengan Awra Sakinah, sama umur dengan qaniah juga. 19 tahun. Kecik saja orangnya, tengok-tengok dah nak menikah juga. Aduhai. 

Pastu kak Siti Fatimah Ismail pun nak kahwin juga. Terkedu terus. Biar betul. Korek terus Fb orang lain, nak cari maklumat. Tengok-tengok betullah, tambah dengan jemputan di Fb sendiri =.=

Kak Fatimah bekas Ketua Helwi Permai, Presiden time tu Senior Hidayat Hasni.

Tengok - tengok... senior Hidayat pun nak kahwin juga ^^

Masyaallah.... meriahnya tahun ni, semua pakat balik Malaysia untuk kahwin. Tahniah buat semua, moga berbahagia. Kalau tahun ini menyaksikan Irbid melahirkan ramai baby baru, tahun depan mesti bertambah ramai. Subhanallah... generasi Jilul Mansyud. Amin. 

*****

(Ibrahim berdoa): “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku Hikmah (agar aku menjadi orang yang bijaksana) dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang shaleh”.

~as syura : 83~

Murabbi kata, doa untuk mendapat jodoh yang baik bukannya bermula dari saat kita dah besar dan dekat nak kahwin pun. Tetapi doa tu kita usaha doa dari kita dah faham lagi bahawa kita mahukan jodoh yang baik.


Tak kiralah form 2 ka..form 3 ka.. kalau dia faham erti doa untuk mendapat jodoh yang baik, amalkanlah doa tu sejak dari umur belasan tahun lagi. Moga Allah makbulkan doa kita itu kerana ALLAH tidak pernah mensia-siakan doa hamba-Nya ^^


Kadang-kadang rasa jeles kot tengok orang menikah. Tapi tak mengapa, itu rezeki diorang. Rezeki masing-masing. Kena tengok pro dan kontranya juga. Bila sudah jauh berjalan ni, macam-macam yang qaniah belajar.


Belajar tentang kelebihan dan kekurangan berkahwin time belajar. Bagi setengah orang, kahwin time belajar mampu buat dia fokus study, menjaga hati. Tapi bagi setengah orang, dia berfikiran jauh.


Takkan mahu kahwin time study, sapa nak sara isteri dan anak-anak. Nanti rumah, kereta, duit gaji macam mana bila ke depan.


Haaa..ada setengah berfikiran macam-macam tu. Biasalah..manusia kan banyak ragam. Qaniah sendiri pun, lepas dah belajar banyak benda dan fikir banyak benda, tak bestlah kahwin time study sebab nak rasa nikmat kerja dan bagi mak ayah merasa duit gaji kita dulu baru qaniah puas hati nak kahwin.


Aceeeh.. tapi itu cakap mulut. Perancangan Allah mana kita nak tahu, betul tak?


Dah...dah..


Apa-apa pun, qaniah tulis entry ni just nak ucap SELAMAT PENGANTIN BARU sahaja. Tiada maksud lain ^^


By the way.. jangan lupa semua, doa dapat jodoh yang baik tau.


Insyaallah kheir saja.


Note : jangan lupa doakan qaniah sama :P

Qani'ah Mawaddah
Pejabat AMC
11.55 pm
2 Julai 2012

2 comments:

fahmi fauzi said...

^^الله يجزيك الخير

insan_marhaen said...

selamat pengantin baru Barakallah...
bertuah Humaira dan pasangannya...semoga tuan blog ni pun akan seberuntung itu jg...:)