Pages

Wednesday, July 4, 2012

BUKU BARU

Malam ni 15 Syaaban dah. Malaikat nak tukar buku lama dengan buku baru malam ni. Takutnya, mesti buku lama qaniah banyak keburukan. Allah Taala...

Insaf..insaf..

Apa nak jadi dengan diri pun tak tau laaa...

By the way... qaniah nak mintak maaf pada semua di atas salah silap qaniah selama ni. Halalkan segala-galanya. Maklumlah..qaniah ni degil dan nakal sikit, jadi maafkanlah.

Sama-sama kita niat dan berazam untuk jadi yang terbaik dan jadikan buku amalan kita nanti penuh dengan kebaikan..kurangkan keburukan dan kalau boleh sifarkan terus tau segala keburukan ^^

Insyaallah, boleh punyaa...

*****

Perasan tak, Allah susun 15 Syaaban hampir dengan bulan Ramadhan.. kan bulan Ramadhan bulan yang penuh dengan pahala yang berlipat ganda.. jadi nanti buku amalan kita akan bermula dengan ibadah.. dan akan buatkan kita terus bersemangat untuk buat ibadah meskipun dah lepas bulan Ramadhan..janji kena konsisten yakni istiqamah.

Barulah buku amalan kita suci bersih dari keburukan =.=

Sebut pasal Ramadhan, qaniah teringat amanah murabbi, ustaz Zainul Asri untuk jemaah zikrullah di UKIR MALL Isnin hari tu.

AMALAN KAFILAH DARUL HADIS

  1. Pastikan setiap daripada kita sambut RAMADHAN dirumah ALLAH(Masjid@Surau). Datang awal dan tunggu kedatangan ramadhan dgn laungan azan pada hari pertama masuknya ramadhan...
  2. Menunggu minggu masuknya bulan ramadhan.
  3. Pastikan SOLAT TERAWIH 20 Raka'at (btla mcm mana pun nk slt duduk pun xpa)
  4. Pastikan SOLAT WITIR 3 Raka'at
  5. Pastikan KHATAM AL QURAN setiap 10 hari bulan ramadhan(sebulan 3x)
  6. Pastikan SELAWAT 3000 kali pada Rasulullah صلى الله عليه وسلم 
  7. Pastikan buat SOLAT DHUHA 8 Raka'at
  8. Pastikan SOLAT SUNAT QABLIYAH dan BADI'YAH buat semua
  9. Pastikan SOLAT TASBIH setiap malam.
  10. Pastikan hari-hari BERSEDEKAH
Masyaallah..ini amanah ni.. murabbi kata..sapa nak buat..buatlah. Tengoklah nanti akhir Ramadhan sapa yang nak dapat sesuatu..terima sajalah.

Timbul dalam hati.. dapat apa?

Haaa...nak dapat GANJARAN tu kena buat amalan ni sungguh-sungguh la. 

Jom buat nak tak? ^^

Oklah....selamatlah semua..baca yaasin 3x malam ni jangan lupa tau ;)


Assalamualaikum...


Note : maafkan kesalah qaniah ya...


Qani'ah Mawaddah
Pejabat PAKSI
5.34 pm
4 Julai 2012

1 comment:

Ir Jinggo said...

Salam ziarah.. Jzkk.. InshaALLAH.. persiapan sempena Ramadhan :)

entri terbaru di Ashabul Islam : Fenomena Musim Panas
Latest post in Mat Jinggo : Jealousy and the 'Benefits'

Jemput ziarah.. :)