Pages

Tuesday, July 3, 2012

DIARI : LUCU

Semalam pergi UKIR MALL, macam biasa, setiap hari Isnin kan qaniah dan kawan-kawan sekerja PAKSI pergi kuliah murabbi. Kitab Syamail Muhammadiyah, malam ni akan sambung bab uban Rasulullah.


Qaniah tak da mood sangat malam ni nak mai kuliah, sebab faktor kesihatan sama kot. Moody sokmolah katakan. Jadi moody saja sepanjang masa, dah la time pengajian qaniah bukan tulis guna buku. Buka lappy tuuu.. tulis dekat Note dalam lappy. Mengada betullah ^^

Bila dah habis pengajian, kami lepak-lepak dengan isteri murabbi dengan anak perempuan dia. Sembang punya sembang, orang pakat habis keluar dah dari dewan. Kami pun cabutlah, dan sudah semestinya qaniah orang paling last keluar.


*****
Nak tahu tak, time kami balik tu, kami ikut sebuah kereta. Lambat betullah kereta depan ni jalan. Kami siap perli macam-macam lagi.

Keluar saja dari kawasan tempat letak kereta UKIR MALL, kereta tadi terus hilang. Tapi dia muncul balik time kami dekat traffic light.

"Weehh..bukan kereta depan ni kah yang dok jalan depan kita tadi.. meh nak tengok sikit sapa diaa.."

Salah seorang daripada kami bersuara.

"Honda streeeeaaamm kottt.." Makin galak kami memerli.

Penat bergelak ketawa.

"Jom potong..tengok sikit sapa diaaa.. lambat sangat.." Qaniah memberi cadangan.

"Kereta ni makan jalan laaa..." Sabirah mengomen.

1...2...3... kami terus potong kereta di hadapan.

Mata terus tertancap ke sebelah kiri. Nak tengok sikit sapa yang bawa kereta ni.

Sapa ea?

"Pak loooooonggg!" Serentak kami semua menjerit.

Rupanya kereta murabbi laaaaa ^^ Aiyyyoooo!

Pak long bersebelahan kami sahaja. Pak long menundukkan kepala tanda hormat dan senyum saja kepada kami.

Malu kot! Dok perli-perli... lambat lah..honda streaam laaa... potong jalanlah..last-last murabbi sendiri T.T


Qaniah bukan boleh, teruja. Tangan tu dah ada gaya nak buka tingkap..nak lambai pada murabbi. Huduh sangat haih kalau buat macam tu. Huhu. Penangan seorang murabbi, buat mutarabbinya tidak betah jika melihatnya di masa saja.


Terasa zuuuq dan auranya meresap ke dalam jiwa.


Terbaiklah murabbiku!

Walaupun malu dan rasa sangat lucu moment tu, qaniah terdetik dalam hati. Lainlah murabbi perwatakan dia waktu mengajar dan bersama family.

Semalam waktu kami potong kereta murabbi, yang qaniah perasan pak long tak pakai serban, tetapi kopiah sahaja. Pak long sendiri yang bawa kereta, isteri di sebelah dan anak di belakang.

Nampak tak watak seorang ulamak, murabbi, ayah dan suami di situ?

Waktu mengajar masyarakat.. dia di mimbar hadapan.. berserban..berjubah.. isteri dan anak menjadi jemaah di belakang.

Bila pulang, dia bawa kereta sendiri.. dan bawa family pulang ke rumah seperti seakan-akan dia yang menjadi jemaah dalam majlis tadi bukannya sang murabbi yang memberi taujihad.

Subhanallah! Hebat kot...

*****

Don't wait for the
PERFECT MOMENT
take the moment and make it
PERFECT ^^

Betullah kata-kata di atas, kita ni jangan dok tunggu sangat bila masa yang perfect nak datang, tapi kita yang kena create bagi masa yang ada tu jadi perfect.


Macam usia sekarang, time qaniah balik cuti ni, qaniah boleh ja dok tunggu..bila lah nak datang masa yang best-best sikit. Ini tidak boring saja.


Mana boleh macam tu..


Qaniah lah kena create masa tu jadi bermanfaat.. qaniah kerja..pergi kuliah..jumpa murabbi.. terbaik kot!


Jadi..jangan cari alasan... ingat... create the MOMENT to be PERFECT ^^


Get it?


Note : Psssiiittt.. doakan qaniah sihat ya :) Thanks..


Qani'ah Mawaddah
Pejabat AMC
5.35 pm
3 Julai 2012

1 comment:

Anonymous said...

syafakillah qaniah (=