Pages

Wednesday, July 11, 2012

DIARI : BABY BARU

Malam-malam suka kacau kak Hurriyyah sebab dalam perut kak Hurriyyah ada baby. First time kak Hurriyyah datang tidur rumah kami sebab ustaz bawa datang Alor Setar. Qaniah asyik pegang perut.


Lucu teringat satu benda. Time qaniah riuh nak pegang perut umi dia, baby tak gerak langsung. Kecewalah qaniah. Asyik nak pegang baby tak gerak pun. Malam tu, kami baru balik dari kuliah, so singgah dengan Shell kejap, nak beli air mineral. Semua tak nak turun, jadi qaniahlah yang kena turun.


Bila qaniah masuk dalam kereta...



"Rugi nasuha tak da tadi.. baby gerak kuat.." Kak Hurriyyah tersenyum.


"Alaa.... baby niiiii" Terus qaniah bangun pusing belakang. Pegang perut baby.


"Baby ni...... kenapa tak geraaakkk.. sajaaa eaaa.." Ngomel qaniah.


Ketawa satu kereta, perangai macam budak-budak. Baby sajalah tu, tak nak qaniah pegang perut umi dia.


Alahai baby ni...


*****

Hari nisfu syaaban, satu office keluar makan untuk berbuka puasa. Kami makan kat Restoran Sala, seafood tu. Qaniah ingat lagi, petang tu qaniah duduk ja dekat sofa dari pagi sampai petang. Duduk menghadap netbook saja. Kak Hurriyyah datang duduk dekat sofa yang qaniah duduk.

"Nasuha..sakit pinggang.."

Terus qaniah panggung kepala. Pusing ke sebelah kiri dengan muka yang kaget.

"Haissh..nak bersalin kaaa...?" Qaniah menyoal dengan mata membulat.

Kak Hurriyyah senyum saja. Muka dia dah nampak pucat, bibir putih. Mahu tak pucat, dah sarat mengandung, pergi puasa pula hari ni, memang letih lah jawabnya.

"Kak Hurriyyah jangan bersalin dekat siniii.." Qaniah mengomel.

Kak Hurriyyah menepuk peha qaniah sambil tersenyum. Riuh satu pejabat kata, qaniah kena jadi bidan, sambut baby. Hoho T.T

"Nasuhaa..buka internet jap..search tanda-tanda nak bersalin.." Kak Hurriyah bersuara.

Terus qaniah search. Kami sama-sama baca.

1- Sakit pinggang yang berterusan....

Ha! Qaniah terjerit... Kak Hurriyyah dah sakit pinggang niii..

2-Kontraksi...

Kak Hurriyyah buat muka. Macam mana kontraksi ya? Kami pun tak tahu, kontraksi tu macam mana.

Hal itu berlalu macam tu saja. Nampak macam dah ok kot kak Hurriyyah. Time berbuka pun ok ja. Ok lah tu gamaknya ^^

*****

Satu pagi, qaniah dok relax-relax dekat rumah. Ada mesej bagitau kata kak Hurriyah dah bersalin. Wow... sangat terkejut kot!


Qaniah teringin nak pegang baby. Tapi bila pegang takut, lembik sangat. Baby terus menangis. Jeles qaniah bila tengok kawan-kawan lain pegang baby.


Kak Hurriyyah kata qaniah tak pegang ka, kan dulu pegang perut saja. Ini dah ada depan mata. A'a lucu teringat, pernah rasa baby tendang perut. Teruja tau qaniah time tu.

Inilah si umi dan baby baru. Baby boy. Alhamdulillah, nampak mudah saja dan ceria saja muka umi ni ^^


Qaniah snap picture sebelum kami nak balik, baby tengah menangis tu. Jadi tak sempat posing lama-lama. By the way, suka tengok picture ni. Umi yang ceria dengan zuriatnya. Subhanallah.. kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah. Amin.


Ustaz kata, hari ke tujuh baru baby akan ada nama. Kalau sapa masih ingat, kak Hurriyyah adalah zaujah/isteri kepada bekas Presiden PMRAM Mesir sesi 2011/2012, ustaz Sharizan :)


Dulu qaniah tengok dari Fb saja gambar nikah dan kahwin diorang, sekarang sudah kerja sekali di bawah bumbung PAKSI dan duduk sendiri dengan zaujah beliau. Alhamdulillah, dah dapat baby sulung pun.


Syukur pada Allah atas nikmat ukhwah ini.


Sebelum balik, ada hadiah untuk baby. Ini kak Imah yang beli, kalau warna purple mesti lagi comel kan? ^^


Untuk bakal umi dan abi, jaga kandungan baik-baik, banyakkan baca doa di perut baby, supaya keluar nanti jadi anak yang soleh dan solehah. Amin.


Sebenarnya dekat tempat kerja qaniah, semua isteri ustaz-ustaz mengandung. Sorang dah lahir, jadi bakal 3 lagi. Alhamdulillah, rezeki tu.


Selamat menjadi umi dan abi yaaa... ^^


Note : nak dapat anak soleh dan solehah bukan time dah mengandung baru kita nak buat kebaikan dan ibadat, tapi sebelum kahwin lagi kita yang kena didik diri kita jadi baik sebab baby datang dari acuan ibunya.. jadi kena jadi solehah dulu ya sebelum dapat anak soleh dan solehah ;)


Qaniah pamit dulu..assalamualaikum.




Qani'ah Mawaddah
Pejabat PAKSI

No comments: