Pages

Tuesday, July 31, 2012

MURABBI BERJIWA SUFI

Dialah sang murabbi yang selamanya bertakhta di hati. Taujihadnya terkesan di hati hingga membuatkan diri ini begitu jatuh cinta dengan jalan perjuangan ini. Inilah murabbi yang seringkali qaniah sebutkan, yang seringkali qaniah kagumi. Syeikh Muhd Zainul Asri bin Hj Romli. Murabbi sinonim dengan panggilan 'pak long' bagi sesiapa yang mengenalinya.


Qaniah mengenali murabbi sejak dari form 2, di pengajian Darul Hadis. Bila teringat kembali kisah lama, rasa lucu dan kelakar. First time jejakkan kaki ke Darul Hadis, suatu petang qaniah dan kak Teha serta seorang lagi kakak, qaniah lupa namanya, kami berjalan kaki ke Darul Hadis sebab katanya ada kuliah pengajian.



Waktu tu hari Selasa, lepas solat Asar kami terus berjalan dari rumah sewa Urwatul Wusqa ke Darul Hadis yang terletak di Taman Teratai Putih katanya. Jalan punya jalan. Sesat. Jalan mati. Pakat tunjuk sana sini, pastu salah..salah orang lain.


Sampai dekat satu simpang 4, kami berhenti rehat..sebab sudah penat berjalan. Waktu berhenti tu, qaniah nampak satu papan tanda kecik tulis 'Darul Hadis'. Qaniah terus menjerit menunjukkan kepada kakak-kakak yang ikut qaniah.


Fuhh..lega sangat sebab dapat jumpa. Waktu kami sampai tu, ada sorang ustaz tengah bagi kuliah. Suara dia slow sangat. Muslimin duduk dalam rumah, muslimat di luar. Jadi memang potensi untuk dengar apa ustaz tu cakap sikitlah.


Qaniah sudah mengomel dalam hati, kenapalah ustaz ni cakap slow sangat. Tup..tupp..tak sampai beberapa minit.. sudah baca doa. Habis kuliah. Inilah padahnya sesat jalan.


Tanpa sedar, tanpa qaniah kenali.. ustaz yang bagi kuliah tu adalah murabbi sendiri. Allah..Allah..Allah..


Qaniah salah menilai waktu itu, di usia Form 2, qaniah masih belum nampak siapakah sosok tubuh yang mulia ini.


Hari ini, murabbi sangat dikenali ramai. Peribadinya yang terpuji, sangat-sangat mencintai dan mencontohi Baginda S.A.W melahirkan rasa kekaguman di hati masyarakat. Suaranya sewaktu memberi taujihad, penuh dengan nada dan irama yang menyentuh jiwa. Ketika meninggi suara hanya di tempat-tempat tertentu dan masih dalam kawalannya. Sungguh, kata-katany meresap di dalam jiwa.


Dialah sang murabbi yang terhebat...

Hari ini murabbi merupakan mudir kepada Maahad Darul Hadis. Qaniah sendiri bekerja di bawah Pustaka Paksi yang menerbitkan buku-buku murabbi. Setiap bulan kami ada usrah bersama. Subhanallah..waktu itulah merasakan sangat dekat dengan murabbi, kerana murabbi menyebut nama kita dan cepat mengenali kita.


Sangat terkesan jika murabbi menyebut nama dan bertanya sesuatu.


Terasa murabbi mengambil berat. Allah..Allah..Allah..
Di sisi murabbi, ada seorang isteri yang setia membantu perjuangannya. Ustazah Mahani patut dipuji. Kecekalannya menjadi seorang isteri di samping sang suami yang sibuk dengan tugas ummah dan Islam. Dia seorang guru di siang hari, di seorang isteri kepada seorang suami dan ummi kepada 8 orang anak sepanjang masa.


Pertama kali qaniah bertemu dengannya di satu majlis di Ukir Mall, sewaktu itu ada kuliah murabbi. Ustazah yang manis bertelekung putih asyik tersenyum kepada insan-insan yang melihatnya. Kelembutannya, peribadinya membuatkan qaniah kagum kepada ustazah.


Hebatnya di sang isteri. Sempurnalah hidup sang murabbi mendapat isteri solehah seperti ustazah.


Sukar untuk qaniah gambarkan, bagaimanakah peribadi dua insan hebat ini. Apa yang qaniah tahu, mereka berdua insan yang sangat mulia. Mewaqafkan diri untuk perjuangan ini, dan mereka melahirkan generasi-generasi yang turut mencintai perjuangan ini.


Sahabat-sahabat bersamalah kita doakan, murabbi dan ustazah mampu menjadi model dan sosok tubuh Islam kepada masyarakat setempat. Kurniakan semangat jihadku seperti mereka berdua. Kurniakan aku sebuah baitul muslim seperti insan di atas ini Ya Allah..


Qani'ah Mawaddah
Pejabat AMC
11.20 am
31 Julai 2012

No comments: