Pages

Monday, May 28, 2012

SYRIA HARI INI

Bismilillahirrahmanirrahim...


Tika ingin menulis entry ini, air mata sedapa upaya dibendung. Sedih Ya Rabb... Melihat wajah bayi kecil di atas ini sudah cukup membuatkan qaniah sebak. Nama dia Sham, kanak-kanak termuda di Syria. Dia baru lahir 10 jam, dan dia syahid :'(


Ya Rabb...


Allah..Allah..Allah..



Sahabatku,


Tahukah kalian apa yang berlaku di Syria sekarang? Teruk sangat. Dahsyat sangat. Tentera Basyar Al-Asad telah menyembelih mereka. Kepala mereka diketuk hingga pecah. Demi Allah, qaniah melihat picture kanak-kanak itu.


Setiap kali buka Fb, macam-macam gambar keluar. Qaniah tengok baby tu. Tahu tak kawan-kawan..baby tu kecil lagi. Comel. Dia berbalut dengan kain putih. Tapi.. kepala dia pecah. Tempurung keluar. Qaniah tengok picture dia.. demi Allah qaniah tengok :'(


Kurang ajar Basyar!

Kawan-kawan, tahu tak. Tentera Basyar..mereka heret budak-budak perempuan. Mereka rogol budak-budak perempuan tu beramai-ramai. Diorang pukul budak perempuan itu sampai mati. Diorang ambik pisau, diorang kerat.


Ya Allah..sakit :'( Lepas kerat diorang masukkan dalam plastik dan baling depan rumah. Di dada perempuan yang dibunuh diorang akan toreh dan tulis..


"Tiada Tuhan selain Basyar.."


Kurang ajar! Sungguh kurang ajar :'(


Kenapa dunia masih belum sedar semua ini. Kenapa wahai dunia? Kenapa!


*****
Duhai ayah..
Sabarlah...
Aku tahu..kamu sedih kehilangan anak kecil ini..
Tapi yakinlah duhai ayah..
Allah menjadi saksi semua ini..

Syurga janji-Nya..
Sabar duhai ayah..
Biarkan mereka pergi dengan tenang..
Doakan mereka bahagia di daerah sana..

Ya Rabb..
Muliakan anak kecil ini...
Sungguh, mereka syuhadak kecil..

Hancurkanlah Basyar dan sekutunya Ya Allah..
Tolong Ya Allah...

Aku pohon Ya Allah... :'(

Inilah bayi dan kanak-kanak yang terbunuh. Ini saja yang mampu aku letak, tak mampu untuk letak picture kanak-kanak yang kepalanya pecah. Sangat sayu :( Betul...sangat menyayat hati. Tolonglah sahabat-sahabat, cakna isu Syria..

Dunia,

Kenapa hari ini kita sibuk berpecah di pentas politik hingga kita abaikan isu ummah? Dunia, tolong bezakan.. politik dan juga isu ummah.. Kamu mahu berpecah di atas medan politik silakan, tapi jangan biarkan isu ummah, isu aqidah kita turut berpecah. Tolonglah jangan.

Kita alpa kawan-kawan. Kita tidak cakna. Kita fikir hidup kita. Kita bebas ke sana-sini. Kita buat maksiat. Kita buat dosa. Tapi kita lupa ada jasad yang tidak sempat berbuat semua itu, hidup mereka berjuang. Mereka tidak ada jalan lain, melainkan memilih jihad fisabilillah.

Bukalah mata kita melihat dunia...

Kita bergaduh di pentas politik,
Kita lupa pada nyawa-nyawa yang sedang bertebaran di bumi Syam dan Palestine..
Gerun aku lihat mereka menyembelih rakyat awam.

Mereka bukan bergaduh di medan politik,
Tetapi mereka bergaduh di pentas aqidah.

Laknatlah kamu untuk mengatakan
"Tiada Tuhan selain Basyar..."
Macam mana untuk katakan dia Tuhan,
Sedangkan dia lahir lambat dari pak cik-pak cik yang dia bunuh.
Bodoh!

Tapi sayang,
Kita alpa dan leka pada isu ini,
Isu aqidah, isu ummat yang teraniaya.

Pliss..bezakan politik dan aqidah,
Nak gaduh-gaduh politik..gaduhlah..
Tapi isu aqidah jom bersatu..

Buka mata kamu melihat dunia,
Jangan kecilkan skop Islam itu...

Allah.

Indahnya hidup mulia, mati sebagai syuhadak!
Lihatlah picture ini sahabat-sahabat :'( Lilhatlah...ini baru sedikit! Masih banyak lagi jiwa yang disembelih! Mahu qaniah tunjukkan? Mereka hilang kepala? Otak berkecai? Tolonglah.. mereka terseksa. Kerana perbezaan aqidah, kerana isu Ummah.


Tolonglah kita cakna..Tolonglah..
Jom sama-sama kita doakan Tentera Bebas Syria. Tentera Bebas Syria merupakan pasukan tentera yang terdiri daripada pimpinan dan juga tentera yang berpaling tadah daripada rejim Syria dan menyokong kebangkitan rakyat.

Sehingga kini, mereka merupakan tentera yang bertanggungjawab memelihara rakyat Syria daripada kekejaman rejim Basyar dan sekutunya. Mereka juga bertanggungjawab memelihara Syria daripada kerakusan rejim Basyar yang kelihatan semakin hari semakin kejam.

Walaupun Tentera Bebas Syria serba kekurangan dari sudut persenjataan, namun semangat jihad mereka jelas menggerunkan pihak rejim.

Teruskan berdoa untuk mereka agar doa kita menjadi pembantu kepada mereka berjihad dan berjuang menghadapi rejim Basyar yang begitu zalim.

Moga kemenangan menjadi milik rakyat Syria. Insya-Allah.



Note : Untuk lebih jelas sila muat turun doa ini dan sebarkan.


Semua boleh buka web ini untuk dapatkan maklumat mengenai Syria :


Please cakna!


Qani'ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
3.44 pm
28 Mei 2012

1 comment:

repa said...

innalillahiwainnailaihiraji'un..la hau la wala quwwata illa billah..moga semuanya dlm rhmtNya..