Pages

Monday, May 21, 2012

KISAH KITA

Bismillahirrahmanirrahim..


Tengok picture atas ni, rasa sweet sangat. Rasa seronok dan gembira. Hari ini teringat sahabat-sahabat. Sahabat-sahabat tersayang yang aku tinggalkan di bumi Malaysia dan seorang di Mesir.


Ya Rabb...hanya Engkau mengerti betapa diri ini rindu pada mereka.
Aku sayang mereka, dan aku cinta mereka Ya Allah..



Liyana
Aminatul
Naimatul
Hidayah 
Najihah
Tohirah
Amal
Syafiqah
Nadzirah
Shakinah
Ummi
Amalina
Sabirah


Allah..Allah..nama yang akan melekat hingga hari ini.


Sungguh, ini KISAH KITA yang aku terjemahkan dalam bentuk tulisan untuk khabarkan pada kalian, betapa aku rindu.


*****

Liyana

Kita mula rapat time form 5. Kecil molek yang suka kena kacau, buatkan qaniah geram sapa yang kacau dia. Nanti qaniah akan berleter panjang-panjang. Tanda geram. Macam nak pergi tumbuk sapa suka kacau sahabat qaniah ni.

Dia duduk rumah sewa lain, rumah sewa Tibbil Qulub. Dulu time form 3 dan form 4 qaniah di situ. Alhamdulillah, time SPM dia pindah duduk di Qurratul Ain, QA.

Seronok kenangan time SPM, kami masak sama-sama. Kami tidur sama-sama. Study sama-sama. Nangis sama-sama. 

Kami saling kuatkan.

Najihah

Dia duduk rumah sewa sekali juga, time SPM kami bertiga duduk di QA. Qaniah, Liyana dan Najihah. Subhanallah..kerana kami hanya bertigalah kami saling kuatkan.

Lepas habis 1 paper, kami suka balik rumah sewa sementara tunggu paper yang sebelah petang. Kadang terleka, terlambat..berlarilah kami.

Tak kira, budak lelaki tengok pun dah jadi tak kisah.

Sebab dah lambat =.=

Kelakar.

Qaniah dengan Liyana kelas ekonomi, jadi subjek kami sama. Cuma, Najihah kelas sains. Lain sikit.

Sekarang?

Qaniah di Jordan. Liyana bakal ke Mesir. Dan Najihah.... hanya Allah yang mengetahui di mana dia sekarang.

Qaniah hilang jejak langkahmu sahabat.

:'(

*****

Aminatul dan Naimatul

Mereke berdua sepupu. Sangat rapat. Dua-dua garang =.=

Mereka garang dalam berprinsip. Subhanallah...hebat!

Aminatul bila jadi imam, suara dia sedap sangat. Suka!

Subhanallah...

Naimatul pun tidak kurang hebatnya.

Kesimpulannya, diorang berdua sangat hebatlah. Tambah bab belajar, perghhh.. terbaik!

Alhamdulillah.

Sekarang, Aminatul di UIAM. Naimatul ambik STAM di Maahad.

Hmmm...

*****

Hidayah dan Amalina

Kedua-duanya sahabat yang periang. Sentiasa senyum. Payah nak nampak sedih.

Hidayah timbalan Badan Sains dan Matematik.
Amalina timbalan Badan Kebudayaan dan Kesenian.

^__^

Hebatnya sahabat ana memimpin.

Sebelum datang Jordan tidak sempat ketemu. Semoga baik-baik saja.

Sekarang...dua-dua orang di Insaniah. Ambik medic.. masyaallah...

Hebat.

Tahniah sahabatku sayang :)

*****

Tohirah

Sahabat yang sangat-sangat pendiam. Diam-diam dia berisi. Pandai ni :)

Juga tidak sempat bertemu sebelum fly ke Jordan kerana dia di INTEC, persediaan ke Mesir. Sekarang merupakan pelajar tahun 1, perubatan di Universiti Ain Shams.

Semoga menjadi doktor muslimah sahabatku.

Amin.

*****

Amal

:) Sahabat baik dari form 2. Kelas kami sekali time form 2. Dia yang ajak qaniah masuk rumah sewa badan dakwah. Dia seorang yang periang, ceria dan mudah masuk dengan semua orang.

Syukur dia insan yang menarik qaniah ke dunia tarbiyah ini.

Terima kasih Amal.

Dulu, kami suka gaduh-gaduh. Sebenarnya kami saling sayangkan ukhwah ini. 

Ingat lagi, time form 2. Kami duduk rumah sewa sekali. Kami gaduh. Saling tak tegur, Tak tengok muka. Bayangkan duduk 1 rumah.

Qaniah pun ambik keputusan berulang dari umah ke maahad. Naik bas pagi-pagi. Tak nak duduk rumah sewa. Kononnyalah kan, gaduh ni.

Esok tu pergi sekolah, qaniah berdiri tepi kelas dia, cakap-cakap dengan kawan.

Tengok-tengok ada sepasang mata tengah tengok qaniah dari tepi kelas. Rupanya, Amal, tempat dia kat situ, tepi tingkap.

Apa tengok-tengok. Kita gaduh ok!

Eleh, gaduh la sangat!

^___^

Qaniah pernah tidur rumah dia, dan dia pun selalu tidur rumah qaniah.

Mak dan Abah kenallah sapa Amal.

Dan family Amal pun kenal sapa qaniah :)

Kami berukhwah kerana Allah.

Sungguh, qaniah rindu dia. Rindu usikan dia. Rindu gelak tawanya.

Amal, ana rindu nti :')

*****

Syafiqah

Ini sahabat yang tersangat qaniah sayang :)

Kami suka buat keja gila-gila. Serius, bukan main-main.

Meh qaniah nak cerita.

Tima form 4, kami duduk rumah sewa sekali, time bulan 12. Kami tak balik rumah. Duduk rumah sewa dengan kakak-kakak yang ambik SPM time tu.

Macam-macam keja kami buat.

Kami bergaduh la.

Bila naik form 5, lagi gila-gila. Kami duduk QA, kesian Najihah dengan perangai kami.

Nak tahu tak, kami suka pergi lambat ke sekolah. Qaniah akan buat bekal pagi-pagi. Qaniah letak dalam taperware dalam beg warna hijau.

Syafiqah pula bawa botol air besar warna purple. Dah la kami dah lambat. Dah cerah kot. Berjalan terkedek-kedek sambil bawa beg hijau dan sorang lagi botol air besar warna purple.

Sampai pintu pagar, kena catit nama, lewat =.= Hoho.

Ada satu cerita, malam Hari Raya Cina.

Kami bersungguh-sungguh nak pergi beli limau Cina. Kongsi duit 1 rumah sewa. Terus keluar, pinjam motor pak cik sebelah.

Kami berdua pun pergilah beli buah limah depan pasaraya apa ntah. Masyaallah, lupa :P

Bayangkan, kami beli limau atas lori. Allah, malu sangat. Malam-malam ni.

Satu kotak kayu kami dapat. Seronoklah dapat beli limau, tapi dok pening. Nak bawa balik naik motor macam mana. Letak kat raga depan tak larat.

Al kisahnya, kena sorang duduk belakang dan pegang.

Qaniah pun bawa motor, terkial-kial orang belakang nak naik.

Sebelum balik, kami nak pi topup. Bila berhenti kat kedai tu, tepi lorong gelap kami parking. Malulah bawa kotak limau ni :P

Bila nak balik tuu, Syafiqah kata dia nak bawa motor. Qaniah macam ragu-ragu. Tapi ok je lah.. Naik saja. Janji sampai.

Nak tahu tak, kami dekat sini, selalunya guna jalan belakang, masuk ikut taman-taman untuk sampai ke rumah sewa.

Sebab? Kami tak pakai helmet.

Tapi, jalan belakang banyak anjing sebab ini kawasan cina.

So, malam tu kami lalu ikut depan. Pecut motor punya laju.

Dah tak pakai helmet, bawa kotak limau pula. Ish-ish =.=

Bila dah sampai lorong taman, kami pun nak beloklah ke kanan. Masuk lorong rumah kami.

Kebetulan ada kereta ikut di belakang, dan ada kereta dari arah depan.

Qaniah relax saja.

Tapi Syafiqaaaaaaah......

Tiba-tiba... Qaniah rasa motor dah tak seimbang. Dalam beberapa saat kami tumbang ke sebelah kiri.

Grrrr.. jatuh motor =.=

Qaniah terus bangun dengan steady, malu.

Syafiqah boleh dok keras macam tu. Tak bangun-bangun.

Ok ke tak ni?

Hoooi!

Tiba-tiba semua kereta berhenti. Tolong angkat limau =,= Hoho...

Dan angkat Syafiqah.

Orang Cina... :P

Qaniah terus ambik motor. Cuci kotoran. Nanti pak cik marah! Dah la jatuh depan umah tuuu...

'Syafiqah awat tak bangun tadi..boleh dok buat keras..ish budak ni..'

'Hahaha..ana maluuuu..... '

Ya Rabb.. inilah perangai kami ^__^

Toink...toink..

Itu baru sikit.

Ada lagi kisah kami panjat pagar. Kutip buah mata kucing tepi jalan. Main pinpong. Main skateboard.

Haha..hanya dengan Syafiqah , qaniah akan jadi gila-gila.

Miss u dear.. :)

Note : sekarang ambik STAM di sekolah agama an nahdzah. Sahih?

*****

Nadzirah, Shakinah, Ummi..

Qaniah rangkumkan cerita kalian menjadi satu :)

Nadzirah dan Shakinah, pendiam. Sangat-sangat.

Tapi Nadzirah seorang yang semangat, sesuaila sebagai Exco Dakwah dan Tarbiyah.
Shakinah seorang yang pendiam dan lembut sahaja. Anak Johor ni..

Sesuailah menjadi ketua asrama puteri yang berwibawa.

Hebat sangat korang ni. Segan ana dengan enti :)

Sekarang? Masing-masing dah nak pergi Mesir yaa... semoga berjaya sayang.

Hmmm..ummi?

Ini pun diam. Tapi berani juga.

Timbalan Persatuan Bulan Sabit Merah tuu..
Sangat komitet dengan kerja. 
Kemas.

Terbaik!

Sekarang di IPG apa ntah :P

Sori, qaniah lupa. Dengan kak Aiman kan?

Yang pastiii..ana rindu kalian!

*****

Yang terakhir..

Nur Sabirah binti Abdul Rahman.

^__^

Nama ayah kita sama. Orang selalu ingat kita adik beradik.

Nti seorang yang pendiam. Tapi...

Ana suka mengguris hati enti.. kita berdua suka bergaduh, oppps.. terasa hati tetapi akan dizahirkan atas sehelai kertas.

Opppsss..bukan sehelai, malah berjela.

Tapi itulah kenangan kita.

Form 2 dan Form 3 kita kelas sekali.

Dan seterusnya kita terus bersama dalam Badan Dakwah.. Sungguh, hebat percaturan Allah.

Ehem, sekarang dah bawa kereta pergi Alor Star nampak, jauh merantau dari Penang =.=

Nanti balik..bawa ana pergi jalan...

Miss u so much... ^___^

Lupa pula, selamat membuat persediaan untuk ke Mesir...

*****

Itu kisah kami :)

Allah..kalau nak cerita, panjang lebar. Boleh buat buku tu.

Inilah sahabat-sahabat tercinta, dunia akhirat.

Miss you all.

Qaniah yang terdampar jauh di bumi Jordan.... :)

Qani'ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
12.00 pm
21 Mei 2012

3 comments:

nur_iman said...

huhu...kakak2 kesayangan ana n sahabat2.....rindu antum..nnt kak suha bg semangat kt km tau..^^

ana izzati said...

sedeh..tringt kt ampa!!
xspecially suha,syafiqah,amal,lilie n sob..
tringt kngn spm 2009..hihihi..apa yg ampa dua msa tu??toink3..:P
bca smbil mgalirkan air mata..:'(

Ketuk ketuk jari said...

assalamu'alaikum,,
salam ukhuwah..
sya knal aminatul n naimatul,,
garang tpi ramah... =)