Pages

Wednesday, May 30, 2012

I'M BACK TO MALAYSIA

 
Tinggal lagi sejam Qaniah akan turun ke bawah, angkat semua beg. Qaniah nak balik Malaysia. Flight pukul 6.30 petang nanti. 3 jam sebelum berangkat kena ada di airport. Airport ada nun jauh di Amman. So, perjalanan ke sana ambil masa dalam 2 jam macam tu, kami pun pergilah pukul 12 satgi. Naik MPV yang ditempah.

Hmmm... sedih ada, gembira ada :') Sedih sebab ini hari last di sakan, lepas ni kena merempat. Hoho..tak dalah. Sebab tahun 1 saja yang boleh duduk sakan, oleh sebab qaniah tak ambik semester musim panas [soifi], dan qaniah balik Malaysia..semua barang qaniah dah angkut keluar. Tinggal berbaki beberapa jam lagi untuk duduk dalam bilik ini.

Kejap saja masa. Rasa macam datang Jordan. Rupanya sudah nak dekat setahun :) Setahun menjadi mahasiswa universiti Yarmouk...entah sudah banyak atau belum ilmu di dada. Masih bertatih bercakap Arab, bergaduh dengan Arab... hmmm... untuk improve kosa kata. Insyaallah...

Sedap tak kek kat atas tu ? ^___^

Kawan-kawan qaniah buat suprise. Birthday qaniah kena time musim exam, semua orang sibuk exam. Qaniah pun pergi study rumah jiran sebelah. Tak tidur dekat rumah tu. Bila masuk 12 malam, tak da sapa wish.... Esok tu pun tak da sapa wish.. sobs..sobs.. sedih T.T

'Kakkkk hari ini besday suha..ucap laaa!' Qaniah dengan tidak malunya, suruh orang suruh wish birthday :P

'Tak maaau..' Spontan diorang semua tak nak ucap besday. Sedihnya :'(

Hoho...

Esok tu aku beli nasi dekat hadrautmau, belanja birthday.. makanlah kami, 4 rumah ramai-ramai. Tapi tak da sorang wish juga ^__________^ [qaniah sambut sendiri-sendiri..huhu.. wish dalam hati...]

Bila nak maghrib dah. Qaniah duduk dalam bilik jiran, diorang datang suprise ramai-ramai T.T

Ceeeeee...ada surprise juga. Terharunyaa...

Ini picture qaniah dengan kak Jannah. Diorang beli Darlek Karshak, itu..kotak putih yang gambar pak cik gemukk tuu.. Sedap.. dalam dia ada 4 ketul ayam goreng, kentang, roti...dan macam-macam lah. Kalah KFC, sini orang makan Darlek saja. Murah dah sedap.

Suka tengok picture ni, sebab comel kot ^__^


Thanks korang atas hadiah surprise ini. Birthday pertama di bumi Jordan penuh warna warni.
Ini picture di Ajlun. Kenangan main salji ramai-ramai. Hidung qaniah darah pagi tu, sebab sejuk. Tapi gatal pi main lagi. Best sangat. Serius best!


Oklah..qaniah tak tahu nak letak picture apa dah... cakap apa dah..because..sekarang dah 10.50 am di sini. 11.50 qaniah kena bertolak..tak mampu nak luang masa lebih lama untuk kisahkan memori kami di sini.


Untuk sahabat-sahabat di sakan,terima kasih atas ukhwah kalian. Lepas ni kita jumpa di luar. Lepak-lepak, borak-borak.


Untuk sahabat-sahabat 1st floor.. terima kasih atas ukhwah kalian. Terima kasih sudi bersabar dengan qaniah yang banyak cakap ni. Suka berleter macam mak-mak. Qaniah tak pandai nak tunjuk kasih sayang dengan mengucapkan kata-kata 'I LOVE YOU'. Tapi kasih sayang qaniah dengan perbuataan qaniah pada kalian.

Kak Jannah...
Hidayah..
Zulfa..


Kak Shima..
Aisyah...
Sakinah...


Kak zahidah..
Najwa..
Afiqah..


Nawwar..
Hidayati..


Buat my housemtes.. lepas ni kita berpecah. Tapi jumpa-jumpalah ya :) Mintak maaf atas segala kekurangan, termarah, garang, terguris sana sini. Kalau qaniah ada hutang sana sini, bagitau, nanti qaniah langsaikan.


Jaga hati. Jaga iman. Jaga diri.


Maaf untuk segalanya. Doakan permusafiran ke bumi Malaysia ini ada hikmah dan redha dari-Nya. Mencari sesuatu yang hilang dan menjadi qaniah yang seperti dulu dan lebih baik dari dulu. Amin. Insyaallah.


Salam sayang dari qaniahmawaddah (~.^)


Note : maaf untuk segalanya.


Qani'ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
11.55 am
30 Mei 2012

2 comments:

Ayu Rashidah @ Cik Ayu said...

Assalamualaikum.....
sekarang mesti dah puas rehat di msia kan.... Semoga sentiasa sihat ye.....
Akk ada berita gembira, Allah telah tunaikan hajat akak........ niqab menjadi pakaian harian kini, doakan akk istiqamah yer.....
jaga diri, Asalamualaikum......

Ayu Rashidah @ Cik Ayu said...

Hampir lupa, selamat hari lahir, walau pun lewat wish, tp doa akk sentiasa mengiringi langkah2 sahabat2 semua, termasuk suha juga.....