Pages

Thursday, December 22, 2011

PENANGAN TASJIL

            Seisi rumah sejak dari tadi menanti dengan penuh debar di hadapan laptop masing-masing. Riuh saja suasana Sakan Yarmouk. Debaran ‘peperangan’ untuk tasjil madah. Ketar. Siapa tak ketar, bila belek syukbah yang tinggal hanya seciput cuma. Walhal jumlah pelajarnya beribu banyaknya. [Hiperbola] tapi hakikatnya, memang jumlah students first year tahun ini tersangatlah ramai. Melimpah ruah!

            5 minit masih berbaki. Terasa debaran. Mana tidaknya, memang persediaan sudah dibuat. Tapi andai kata SIS, [Student Information Student] error atau ‘jem’ di tengah jalan. Terperangkap jua akhirnya! Ini yang ditakuti. Berjuang untuk mendapatkan subjek yang hanya tinggal beberapa kerat saja lagi. Menunggu masa untuk dirembat! [Perjuangan yang tersangat sengit!]

            4.48 pm.. kedengaran di luar bilik.

            “Dah boleh tasjil…!”



            Masing-masing tertanya. Terus dicuba satu demi satu. Error! Cuba lagi..Error! terus aku pangkah satu demi satu tab. Semuanya Error. Aku cuba loading kembali. Lambat! Dan.. Error lagi. Ya ALLAH.. air mata sudah menitis. Saat ini sudah menangis. Masing-masing riuh. Aku masih terkial-kial untuk tasjil. Allah..mudahkan urusanku.

*****

Paaappp!

            Satu subjek dapat…

            -Macroeconomy-      
 
            Mulut tidak henti terkumat-kamit membaca selawat. Berdebar dan bergetar jiwa. Allah..hebatnya penangan ini. Rasa sebak pun dah mula menyelebungi diri. Mencuba dengan cara menaip manual nombor subjek dan bilangan kelas yang aku pilih. Semuanya ‘error’. Aku makin kaget. Cara lain aku cuba. Membuka satu demi satu madah. ‘error’ juga. MasyaAllah…

Cuba lagi… “Error!”

Ulum quran.. ERROR

Masariful Islami ERROR

Asas Asuhan Kanak-kanak ERROR

            Nangis makin kuat. [Hakikatnya, memang sudah nangis teruk!] risau bukan kepalang. Adakah masih mampu untuk mendapatkan subjek ni? Internet makin ‘slow’. Mungkin kerana beribu students di luar sana turut berjuang. Aku takkan kalah dalam perjuangan ini. [tasjil madah saja punnn.] arghh.. tetap namanya perjuangan! Perjuangan dan jihad dalam menuntut ilmu.

            Aku cuba lagi. Dengan linangan air mata. Dapat!

            -English-

            -Tasyri-

            Aku semak di ruangan subjek. Patut ‘error’. Syukbah dah tutup! Cepat dan pantas. Macam pisang goreng. Baru hari ini aku rasa perasaan kehilangan ‘subjek’. Allah..

            Hanya 3 yang mampu aku dapat. Mencuba lagi. Mencari dan terus mencari. Sudah tiada yang mampu aku ambik. Sadisnya perasaan tika ini. Aku belek kertas. Di bawah subjek wajib qisim ekonomi ada subjek Pemikiran Ekonomi dan Kewangan Islam.

            Baru teringat. Petang tadi aku baru ‘kutuk’ subjek ni. Bukannya kutuk pun. Cuma terbaca komen di group perbankan di FB, yang mengatakan subjek ni banyak hafaz fakta. Dan aku tidak mungkin akan ambilnya buat sementara ini. Dan akhirnya.. lihatlah, betapa Allah Maha Adil.. dan bumi anbiya ini makbul doanya, benda yang aku tidak suka itulah yang perlu aku ambil..

            Dengan hati yang berlapang dada, Allah.. Tangan ini merelakan. Klik ‘tambah subjek’ Pemikiran Ekonomi dan Kewangan Islam [Tahun 2] Allah.. perjuangan kian hangat. Ini baru daftar subjek. Masih belum tadah buku dan hadap doktor. Berdebar menunggu saatnya nanti.

*****
            Kertas yang aku genggam tadi terus aku semak lagi. Kertas ini mengandungi subjek-subjek yang aku perlu ambik. Dari subjek pilihan jamiah hinggalah kepada pilihan qisim. Satu demi satu. Tiada apa yang berbaki. Aku semak SIS. Buka kuliyyah syariah dan qisim ekonomi. Hmmm.. aku belek pula kertas kembali. Di bawah subjek pilihan qisim. Aplikasi Moden Dalam Ekonomi Islam. Menarik nafas dalam-dalam. Bukan benda mudah Nasuha… subjek tahun 4 ni! Jangan main-main.

            Hati aku menerima. Dan aku amat tertarik dengan subjek ini. Dan hanya sedikit lagi tempat kosong yang tinggal. Tiada masa untuk istikharah mahupun solat hajat! Otak terus ligat memikirkan. Tangan terus digerakkan. Dan akhirnyaa.. Paappp! Aku klik untuk tambah subjek.

            “Aplikasi Moden Dalam Ekonomi Islam..”

                        3 subjek ekonomi..Allah.. otak ekonomi sungguh!Selamat berjuang duhai hati. Biarlah subjek tahun 4 pun. InsyaAllah..Allah tahu yang terbaik. Perjuangan itu tidak mengenal umur mahupun pangkat. Tapi pada semangat juangnya! Yakin dengan Allah.. pilihan hati, pilihan terbaik. InsyaAllah..

*****




…Doakan Aku…

            Hari ini. Selesai sudah urusan mentasjil madah. Alhamdulillah. Hati menerima seadanya. Berlapang dada dalam menuntut ilmu. InsyaAllah..tiada yang mustahil kerana Allah ada bersama. Doakan aku istiqamah dalam menuntut ilmu ini.

            Meskipun aku tidak sepandai mana. Tidak sehebat orang lain. Aku tetap aku. Hebat aku hanya Allah yang tahu. Kerana dari Allah jualah kehebatan setiap insan itu datang. Tanpa Allah..siapalah aku dan kamu. Allah yang menghebatkan kita sebagai makhluknya. Hebat pada pandangan Allah itu lebih indah.. InsyaAllah..

            Impian menjadi seorang pakar ekonomi Islam itu sememangnya berkobar-kobar. Dan untuk mencapai impian itu bukanlah suatu yang mudah. Usaha yang gigih dan kuat beserta redha Allah itu tersangatlah perlu.

Aku tidak pandai..
Tapi aku akan terus mencuba menjadi seorang yang pandai..

            Kerana aku yakin. Allah akan membantu hamba-Nya yang senantiasa berusaha untuk mencapai impian masing-masing. Apa tunggu lagi, jom sama-sama usaha.  Jika kita tidak berusaha, bagaimana untuk menjadi pandai bukan?

Salam juang dariku untukmu..

            “Mahasiswa ideal adalah mahasiswa yang mengaplikasikan ilmunya..”

Nota kaki :

-penangan tasjil madah yang begitu hebat aku rasakan, kenangan yang tak dapat dilupakan, maklumlah.. first time!

-sesungguhnya ilmu itu mutiara berharga, indahnya jika kita dapat mengutip setiap mutiara ilmu itu, kerana akan jadi kaya.. kaya dengan ilmu, insyaAllah..

-doakan aku, terus berjuang dalam menuntut ilmu, dapat mencapai impianku itu.. amin

Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk,
Universiti Yarmouk
8.16 pm
22 Disember 2011

1 comment:

fahmi fauzi said...

insyaallah najah ukhti...Allah bersamamu..