Pages

Tuesday, August 3, 2010

.::Cinta Bersulam Noda::.


          Salam sekancang dakwah ku utus buat para jundi sekalian.. apa khabar iman di hati? apa khabar mad’u yang sedang ditarbiah? Semoga semuanya berada di bawah lembahyung rahmat-Nya InsyaAllah. Dan diri ini juga berharap mujahidah kecil ini sentiasa diberkati oleh Allah supaya hari-hari yang dilalui sentiasa mendapat redha-Nya, kerana hari-hari yang dilalui dengan rasa cinta-Nya akan sentiasa terasa indah, terasa kemanisan hasil keredhaan-Nya. InsyaAllah.

          Madrasah Ramadhan kian tiba, namun diri ini seakan-akan tiada persediaan untuk menghadapinya. Diri ini begitu malu ya Allah, kerana aku telah mengabaikan Rejab dan Syaaban, jiwa terasa kosong kerana ibadahku kurang. masyaAllah, apa yang dah jadi pada serikandiumar ini ya Allah. Ke mana semangatnya? Kenapa dirinya begitu lemah melalui kitaran hidup duniawi sebagai hambu-Mu Ya Allah. Hatiku semakin keras ya Allah kerana tiada lagi alunan zikrullah yang meniti di bibirku, tiada lagi kalam indah yang mampu menaikkan semangatku, yang ada hanya jiwa kosong yang tercari-cari sinar iman. Allahurabbi! Apa yang telah melanda diri ini?

          Ya ALLAH, aku sedih memikirkan diri ini, ibadahku kian kurang, malam nisfu syaaban ku lalui dengan tiada rasa. Teringat peristiwa 2 tahun lalu, bersama-sama keluarga ku hayati malam nisfu syaaban bersama arwah wan yang tercinta. Tapi… kenapa penghayatanku terhadap malam nisfu syaaban kian tiada. Ya Allah jangan Kau tarik nikmat itu dariku ya Allah. Aku cuba menahan ujian yang Engkau hadirkan buat diriku ya Allah, badanku begitu lemah untuk bangun pagi untuk bersujud meluahkan rasa cintaku pada-Mu.
         
          Ya Allah, aku begitu rindu pada-Mu, namun ku tak mengerti apa yang telah berlaku padaku. Tiada langsung air mata yang mengalir sekalipun aku sedaya upaya untuk membuatkan diri ini menangis. Hatiku sakit tatkala ku memaksa diriku menangis. Adakah hatiku sudah keras seperti batu ya Allah? Nauzubillah.. jangan ya Allah… jangan kau ujiku sehingga sebegitu rupa. Aku sangat merindui air mata yang mengalir tika dinihari hanya untuk-Mu.

Duhai hati,
          Sedarlah dirimu hanya milik Allah semata, kenapa egomu terlalu tinggi? Lembutkan hatimu duhai serikandi. Sesungguhnya aku merindui serikandiumar yang dahulu, lembut tuturnya, penuh berhikmah, air mata keinsafan sentiasa mengalir, bukannya serikandiumar yang sekarang ini hanya tahu mengguris perasaan orang lain. Ya Allah, aku merindui diriku yang dahulu. Adakah kerana amanah-amanah yang diberi kepadaku membuatkan aku terlalu sibuk, hingga terlupa amanahku kepada-Mu? Kau cabutkanlah jawatan-jawatan ini Ya ALLAH, aku tak mahu semua ni, ianya membuatkan aku lupa kepada Penciptaku….

Di malam sepi kusujud menghadap-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Oh Tuhan Yang Esa

Kucemari hidup dengan kesesatan
Membutakan hati yang sering terleka
Terasa jauh diriku dari Tuhan
Dengan godaan syaitan

Kutahu Dialah penerima taubat
Walaupun kusering tinggalkan suruhan
Berilah kesempatan ini untuk berubah

Cintaku dambakan hanya pada-Mu oh Tuhan
Terimalah permintaan dariku hamba yang hina
Kusering berjanji namun sering kumungkiri 
Janji yang tak pernah lagi kutepati

Kupasrahkan segala pada-Mu oh Tuhan
Jangan kau palingkan hati ini dari kebenaran
Andai esok nafasku terhenti di sini
Kumohon jauhkan diriku dari azab-Mu

                                                Pengemis cinta Ilahi,
      Serikandiumar93       
3 Ogos 2010

No comments: