Pages

Saturday, August 21, 2010

Salam Imtihan Sahabat-Sahabatku...




            Bismillahirrahmanirrahim… bersyukur ke hadrat Ilahi kerana ana masih dikurniakan kesempatan untuk menulis. Mungkin ini coretan terakhir ana kerana ana bakal memberhentikan penulisan untuk seketika untuk memberi ruang kepada diri ini untuk bermujahadah berjihad menjawab soalan-soalan yang bakal ana tempuh sepanjang peperiksaan percubaan SPM yang akan bermula Isnin ini.

Sahabat wa sahabiah sekalian,
            Di sekempatan ini, ana ingin memohon seribu kemaafan andai penulisan ana ada mengguris hati kalian, sesungguhnya apa yang ditulis datang dari hati kecil ini yang serba kekurangan. Niat ana cuma satu menegakkan haq. Kebenaran harus ditegakkan. Mungkin takat ini sahaja yang mampu ana coretkan. Doakan kejayaan  serikandiumar ini. Ayuh buktikan pada semua perjuangan no 1, pelajaran bukan no 2! Di sini ana sertakan warkah ana buat sahabat-sahabat yang mengenali diri ini dan yang sama-sama berjuang bersama. Terima kasih untuk segalanya sahabatku.

Assalamualaikum…
               
Ukhti fil aqidah,
            Salam sekancang dakwah ana utuskan buat kalian. Salam penuh magfirah Ramadan karim ku utus buatmu sahabat. Apa khabar iman di hati? apa khabar mad’u yang giat ditarbiah? Moga semuanya berada dalam naungan rahmat Allah S.W.T, InsyaALLAH. Warkah ini hadir tika kalian sibuk mempersiapkan diri kalian untuk turun ke medan peperiksaan tidak lama lagi. menuntut ilmu ni pun salah satu jihad jugak. Jadi, bukanlah tujuan ana untuk menganggu kalian, warkah ini hanya bertujuan untuk menyunting semangat kalian untuk turun ke medan perang tidak lama lagi.

Sahabatku sayang,
            Setelah 5 tahun lamanya kita bertungkus lumus menuntut ilmu di bumi penuh barakah ini, kini tibalah saat dan waktunya kita membuktikan kesungguhan kita menimba ilmu di bumi maahad ini. Sekalipun ini hanya peperiksaan percubaan, namun ianya amat bermakna bagi sahabat-sahabat yang akan meneruskan perjuangan ke Darul Quran, untuk interview JPA dan MARA, malah untuk mengisi boring UPU. Wah, tak sangka kan,,,,kita semua dah besar, malah akan meneruskan perjuangan dan cita-cita masing-masing ke tempat yang lebih jauh dan hebat setanding maahad kita ini.

            Allahurabbi…pantasnya masa berlalu. Entah siapa yang bakal meneruskan perjuangan di bumi maahad ini. Ya Allah, kami semua punya cita-cita masing-masing, tak selamanya kami di sini. Kini tibalah masanya untuk kami berangkat pergi meninggalkan maahad tercinta. Perjuangan kami bakal diteruskan oleh generasi akan datang yang tak kami ketahui penghujungnya. Adakah baik atau tidak. Namun kami yakin ya Allah, Kau pasti membantu perjuangan yang kami tinggalkan. Andai kata takdir menggariskan kami masih di sini, meneruskan perjuangan di tingkatan 6, sudah pasti kami akan mengukuhkan lagi tarbiah di sini, andai kata takdir menggariskan hidup kami pergi meninggalkan bumi maahad ini, kami pasti membawa tarbiah ini untuk diteruskan di tempat lain pula.

Temanku,
            Akuilah aku sebagai sahabatmu. Pertemuan kita tidak pernah dirancang sama sekali, semuanya ditakdirkan Tuhan. Ukhwah kita terjalian atas dasar perjuangan. Sekalipun sesekali persahabatan kita teruji, kita masih utuh bersama mengukuhkan kembali persahabatan ini. Sahabatku, sekalipun kita kan berpisah jauh, janganlah biarkan hati kita turut terpisah. Sekalipun kita tak bersua muka, biarlah hati kita sentiasa bersatu. Jangan biarkan ukhwah kita terlerai begitu sahaja. Sekalipun kita terpisah antara dua benua, takdir pasti menemukan kita kembali, mungkin di bumi barakah ini.

            Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati telah berhimpun dalam cinta kepada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah, Ya Allah, ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukkanlah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur cahaya-Mu yang tiada pernah sirna. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal kepada-Mu. Nyalakanlah hatikami dengan makrifat kepada-Mu. Matikanlah dia dalam syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. Ya Allah, kabulkanlah. Ya Allah, sampaikanlah kesejahteraan kepada junjungan kami, Muhammad beserta keluarga dan sahabat-sahabatnya, limpahkanlah kepada mereka keselamatan.

            Akhir kalam dari ku sahabat, buatlah yang terbaik dalam peperiksaan yang bakal tiba nanti. Buktikan kemampuan seorang pejuang yang mampu seimbangkan antara perjuangan dan pelajaran. Ingatlah bahawa, sesiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti menolongnya. Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik penolong. Letakkanlah sepenuh pengharapan-Mu kepada Allah, nescaya kau pasti peroleh keberkatan. Ikhlaskan dirimu dalam menuntut ilmu kerana keredhaan Allah akan sentiasa bersama-Mu.


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu.
Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.
Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui….”

(al-baqarah:216)


Al-faqirah ilallah,
Serikandiumar93
10 Ramadhan 1431

No comments: