Salam seindah Ramadhan Karim ku utus buat pengemis cinta Ilahi sekalian… apa khabar iman di hati? sudahkah kalian menghiasi Ramadhan kalian dengan amalan-amalan sunat dengan sebaiknya? Indahnya Ramadhan ini jika setiap perbuatan kita ikhlas kerana Allah semata.
Alhamdulillah, seperti biasa tiap kali bulan Ramdhan PAKSI akan menganjurkan IFTAR dan bacaan kitab oleh ustaz-ustaz yang tertentu. Hm.. Cuma kali ini tempatnya sudah berubah. Jika sebelum-sebelum ini pengajian akan berlangsung di Darul Hadis tetapi kali ini kita buat di masjid atas sebab-sebab yang tertentu. Alhamdulillah, pada awal fasa 10 Ramadhan ini, ustaz Yahya Bikhair akan membaca Kitab Hadith 40.
Hadith pertama yang ustaz bahaskan ialah اعمال بالنيث , oleh kerana Ustaz Yahya merupakan keluaran bumi Yaman, tasawwufnya cukup tinggi. Apabila beliau membahaskan hadith ini terserlah kesufiannya melalui kata-katanya. Ikhlas berlandaskan syariat. Kata-kata ini terpahat di minda apa. Kenapa dikatakan ikhlas kerana syariat?
Contoh 1 : seorang perempuan tidak memakai tudung. Lalu bertanya seorang ajnabi kepadanya, kenapa saudari tidak memaki tudung? Lalu dia menjawab saya buat ini ikhlas, buat apa saya pakai tudung kalau tak ikhlas.
p/s: kenyataan ini salah sama sekali, jika kita berjumpa dengan orang yang begini, jawablah : saudari, ikhlas haruslah berlandaskan syariat. Pakai tudung ini bukan boleh tunggu ikhlas tu datang kerana sudah termaktub dalam al-quran bahawa wanita itu diwajajibkan melabuhkan tudungnya hingga ke dada. Jadi, biarlah ikhlas kerana syariat. Kita wajib pakai tudung dan dalam pada masa yang sama kita kena ikhlas.
Contoh 2 : Robbin Hood, dia cuba tonjolkan kebaikannya. Cuma ikhlasnya tidak kena pada syariat dan matlamatnya tak menghalalkan caranya. Dia mencuri kemudian hartanya dibagi kepada faqir miskin. Niatnya baik untuk tolong orang tetapi caranya salah. Syariat tidak menyuruh kita mencuri, cukuplah sekadar harta yang termampu untuk kita sumbangkan kepada orang lain.
Bercakap mengenai ikhlas, Imam Nawawi ada menukilkan dalam kitab beliau, bahawa setiapa amalan kita mempunyai tahap yang berbeza.
Tahap 1: amalan yang kita lakukan hanya kerana sesuatu.
Tahap 2: amalan yang kita lakukan kerana sesuatu tetapi dalam pada masa yang sama kita cuba ikhlas.
Tahap 3: amalan yang kita lakukan kerana kita malu kepada Allah dan dalam pada masa yang sama setelah dia melakukan amalan tersebut dia berasa takut adakah amalannya diterima atau tidak.
Iman Nawawi berkata lagi, “Amalan adalah bukti perhambaan manusia kepada Tuhannya” Saidatina Aisyah hairan melihat Rasulullah begitu kuat ibadah hinggakan kakinya lebam. Lalu Aisyah bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa engkau begitu kuat melakukan amal ibadat hingga kakimu lebam-lebam, bukankah engaku sudah diterima olehnya-Nya? Lalu Rasulullah menjawab: Tidakkah aku hamba yang bersyukur?
Seharusnya setiap amalan yang kita lakukan tidaklah mengharapkan sebarang balasan. Contohnya kita mahu sembahyang sunat kerana di situ terdapat pahala yang banyak dari Allah, namun adakah kita sedar di padang Mahsyar nanti kita meminta pahala yang kita lakukan tetapi kita tidak apa-apa kerana amalan yang kita lakukan kerana mengharapkan sesuatu bukannya ikhlas untuk mencari redha Allah semata-mata. Alangkah ruginya kita nanti.
Sahabat wa sahabiah sekalian,
Hakikatnya memang setiap amalan perlulah disertakan dengan niat yang ikhlas. Cuba kita lihat rukun baiah yang dinukilkan oleh Hassan al-Banna:
1. Faham
2. Amal
3. Ikhlas
4. Jihad
5. Tadzhiyah
6. Taat
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhwah
10. Thiqoh
Ikhlas berada di peringkat yang ke-3 setelah faham dan amal. Ikhlas semata-mata kerana Allah bukannya perkara yang mudah kerana sesungguhnya manusia itu dihiasi oleh nafsu yang selalu memesongkan niat kita. Oleh itu, kita perlulalah memahami apa itu ikhlas dan mengamalkan setiap perbuatan yang kita fahami lalu disertakan dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah.
Justeru itu, ayuh kita sama-sama perbetulkan niat kita. Katakana segala sesuatu yang kita lakukan hanya kerana Allah. Cukuplah Allah buat kita. Tiada yang lain selain Allah di dalam setiap derap langkah kita. Ini kerana, sesungguhnya setiap pekerjaan yang dilakukan hanya kerana-Nya akan peroleh keberkatan yang teramatlah banyak. Alangkah indahnya kita diberi keberkatan oleh Tuhan segala alam. Bahkan Tuhan yang mengetahui tiap-tiap sesuatu. Alangkah ruginya setiap orang yang hanya mengejar kemahsyuran yang hanya untuk seketika. Wallahu’alam.
al-faqirah ilallah,
serikandiumar93,
9 Ramadhan 2010
No comments:
Post a Comment