Pages

Saturday, February 11, 2012

MUSLIM CAKNA ISU SYRIA

Sayu hati ini memandang redup mata kanak-kanak kecil ini. ‘Why they kill my sweet big brother?’ Ya Allah.. aku tidak mampu menjawab, soalanmu itu sayang. Maafkan diri ini. 

           Petang tadi ikuti usrah PINTAR. Tema bulan ini, Muslim Cakna. Banyak yang kami bincangkan. Terutamanya dan sudah pasti, isu Syria. Caknakah diriku isu umat Islam Syria?

Sahabat,

            Tangan ini terasa ketar untuk aku coretkan. Hati ini sebak. Tahukah kalian apa yang berlaku di Syria sekarang? Tahukah kalian betapa kejamnya pembunuhan umat Islam Sunni di sana?

            Setiap apa yang aku tonton, tiap apa yang aku baca, membuatkan aku terasa kerdil dan hina. Rakan seaqidahku dibunuh! Maklumat di bawah ini, apa yang aku baca dari sebuah blog. Setelah mengedit segala maklumat, inilah apa yang aku teliti dan baca. Syeikhh Hassan Al-Hindawi telah dihantar ke Malaysia untuk memberi talk. Apa sebenarnya yang berlaku di Syria.


Sebuah perjuangan.

‘Hayati video di bawah ini sahabatku… tolong’


Apabila tonton video ini, air mata menitis. Berulang kali aku tonton. Ya Allah..




Mengapa Syeikh Hassan Al-Hindawi dihantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qordhawi?

Gambaran tentang Syria agak tidak jelas apabila dijelaskan oleh media-media terutamanya media antarabangsa. Jadi, beliau dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria?

Media barat sebenarnya tidak mahu seluruh dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka, media barat telah memutarbelitkan fakta.

Syeikh Khalid bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman. Teman itu berkata, dia melihat dan membaca di surat khabar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV di Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Asad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan Syria telah mengumpulkan pegawainya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Asad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

Jangan terpedaya dengan keyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Walhal, hakikatnya sejak zaman ayah Basyar Asad lagi tidak ada SATU PELURU PUN yang singgah ke tanah Israel. Bahkan tanah Tinggi Golan yang terletak di tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

PUNCA REVOLUSI

Puncanya apabila ada sekumpulan kanak-kanak lebih kurang 28 orang sedang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. 

Slogan ini telah dilaungkan dinegara-negara yang sedang melakukan revolusi. Apabila mereka mendapat tahu akan hal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanan ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dan keluarga menuntut mayat kanak-kanak itu serta meminta kanak-kanak yang lain dilepaskan. 


Kerajaan telah meletakkan syarat dimana apabila mahu dilepaskan kanak-kanak itu, mereka perlu memberi wanita-wanita di kalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan ini. Perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan. Lantas berlakulah revolusi di Syria.


        Terlalu banyak, dan tersangat sedih untuk aku coretkan. Sahabat-sahabat, tahukah kalian kisah Zainab Al Husni? Dia ditangkap dan ingin diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi dia melawan. Lantas dia dibunuh dan badannya dikerat 4. Mayatnya dimasukkan ke dalam plastik kemudian dicampak di hadapan ahli keluarganya.

Serius ini sangat kejam.

            Wanita-wanita di sana, dirogol di hadapan keluarga. Kemudian digari dan dibunuh. Aku terasa gerun. Aku wanita sahabatku. Tolonglah, aku dapat merasai ketakutan mereka. Aku seakan mendengar jeritan mereka, mempertahankan maruah seorang wanita.

Tolonglah sahabat, cakna isu Syria.

Selebihnya bacalah di sini, tanganku sudah tidak  mampu meneruskan. Sedih Ya Allah.

*****

                Serius, tangan ini ketar. Sudah tidak boleh untuk terus menulis. Biarlah gambar-gambar di bawah ini sahaja, menyatakan erti sebenar, apa yang berlaku di Syria.


Korban di Lattakia, Syiria pada 28-1-2012. Bayi ini terbunuh bersama 3 bayi yang lain. Mereka sengaja ditembak oleh samseng Bashar Al-Asad dengan memanjat bumbung rumah ibu bapa mereka dan melepaskan tembakan ke arah bayi-bayi ini.


Korban Homs, Syiria pada 8-2-2012.


Korban Homs, Syiria pada 9-2-2012.


Korban Homs, Syiria pada 9-2-2012 akibat dibedil dengan helikoptar dan roket Bashar Al-Asad.


Korban Homs, Syiria


Korban Homs, Syiria 

*****

Cukuplah. Sekadar mayat-mayat ini yang mampu aku tunjukkan. Yang lainnya, tak mampu. Terketar-ketar tangan ini. Ini baru sedikit. Sebak tengok gambar-gambar bayi. Sasaran mereka kepala. Allah.

            Wanita dirogol di hadapan ahli keluarga kemudian dibunuh. Bayi-bayi ditembak. Ya Allah. Rakyat Syria, mereka Sunni. Dibunuh oleh Syiah. Tahukah kalian isu ini? Tahukah kalian? Tahukah?

            Badan aku masih bergetar. Malam ini benar-benar berada dalam ketakutan. Bagaimanakah nasib umat Islam Sunni di sana? Fahamilah kalian isu Syiah. Fahamilah apa yang mereka lakukan.

            Tahukah kalian PBB terhalang untuk menghantar tentera ke Syria, kerana China dan Russia menggunakan kuasa Veto mereka, sebagai sebuah kuasa besar, menghalang semua ini. Bangkitlah umat Islamku! Mahukah kalian melihat seluruh umat Islam Sunni terhapus?

Baca di sini. Geram Ya Allah. Ya Allah. Bantulah umat Islam di sana.

*****
            Berita-berita mengenai isu Syria hakikatnya disekat. Setelah setahun berlalu, baru hari ini kita lihat kekejaman mereka. Namun begitu, seluruh dunia masih belum tahu hakikatnya. Malaysia sendiri tidak cakna dengan isu ini. Tidak ditontonkan bagaimana pembunuhan umat Islam Syria pada seluruh rakyat Malaysia. 

Kalian cakna bukan?

            'Search'lah di internet. Dunia di hujung jari. Jangan buang masa sahaja. Ayuh jadi muslim cakna!



P/s : Ayuh sama-sama solat hajat dan baca doa qunut nazilah, di Jordan sendiri, di masjid-masjid sudah mula membaca qunut nazilah.

Allah.. Allah.. Allah.

Bantulah umat Islam, Syria.

Amin Ya Rabb.


Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
12.10 am
11 Februari 2012

9 comments:

Jannatulnaim said...

Allahu rabbi..syuran dik..
bnyak lg xtahu sal syiah ni,,moga Islam bangkit semula seperti zaman sultan salahuddin al-ayubi..skrg mesir pn dh dikuasai oleh ikhwan muslimin.
ya,Allah kerdil nya insan ini..hnya mampu brdoa untuk saudara ku di sana..

khaliFah_maahad said...

Semoga Allah memberikan kemenangan kepada pihak yang benar~

dan mereka yang zalim pasti akan dibalas oleh Allah.

saudara kita tu~

khaliFah_maahad said...

semoga Allah memenangkan pihak yang benar.

Penzalim pasti akan dibalas oleh Allah

Saudara kita tu T.T

USHBUN MUSTAWIYYUN said...

masyaAllah..syukran kongsi post ni..

sungguh,presiden syria umpamakan firaun di zaman ini..

malah paksa rakyatnya mnukar kalimah syahadah kpad La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad.

AzwanRamli said...

Ya Allah sadisnya ,sekurisme thinker by Bashar Al-asad semakin m'jadi-jadi.Laknatlah Ya Allah kepada pembawa2 kezaliman.

ibn suhaimi™ said...

Pastikan bermula dengan Kesatuan dan Persatuan kita! ayuhas ikhwah

Nazihah@Jiha said...

Allahu Rabbi T_T

Addien said...

Semoga Allah memberi pertolongan dan kemenangan ke atas kaum muslimin, semoga doa seluruh umat Islam dimakbulkan Allah azzawajalla,

Nabi Hud a.s Dan Kaum Aad

Anonymous said...

Ya Allah ... sedihnya...