Pages

Friday, February 10, 2012

CACA MERBA [INSIHAB WA IDHOFAH MADAH]

‘Suhaaa… bangun cepat, nak tasjil ka tak..’

            Spontan terus tolak hirom. 7.50 pagi. Dahsyat. 8.15 pagi kejap lagi sudah boleh insihab dan idhofah madah.

Bangun terhuyung hayang. Buka laptop. Kelakar. Lucu sangat.

            Hari tu, kami semua berperang dengan tasjil madah. Hari ini, kami berpeluang untuk tukar madah yang kami rasa tidak sesuai dan tidak mampu. Kena berperang juga. Sebab madah hanya seciput yang tinggal. Buka SIS pun rasa macam hampa. Kosong.

            ‘Apa yang ada nii? Penuh semua..’

            Muncung mulut sebentar. Hanya beberapa minit lagi untuk tasjil madah.

*****


‘Nak subjek ulum quran, tolonglah fahaaammmmm’

            Tetiba tengah check SIS, ada kosong ulum quran, terus buang subjek English pukul 11-12.30. Nak simpan English, untuk masa hadapan , menghadapi subjek yang lebih sukar.

Yes, dapat buang!

Masanya sudah tiba!

            Terus klik untuk tambah madah Ulum Quran. Tetiba error. Apasal. Check balik, rupanya dah ada orang ambik. Whuaaa… terus patah balik. Cepat, selamatkan English balik.

            Terus cari di markaz lughah, syukbah 33. Selamatkan..selamatkan.

‘Pappp’

            Aku klik untuk tambah balik. Waa… tarik nafas lega. Macam nak peluk netbook. Sebab dapat selamatkan balik madah. Takut betul nak buang, sebab satgi orang ambik. Habislah..

*****

Aku dan Hidayati, masing-masing ketawa saja. Lucu sangat. Buang, pastu ambik balik.

            ‘Tolonglah bantuuu…’

            Macam nak menangis dah rasa. Hidayati kata Marwan Bukhari posts sesuatu dalam Irbedians. Waaa..sinar baru. Baru semangat sikit nak culik madah ni.

            Terus aku guna laptop Hidayati, sebab dia yang online Fb, aku offline. Letak nama dan no matrik. Semangat-semangat!

Menanti dengan penuh debar. Mata masih tertumpu pada qisim usuluddin. Subjek Ulum Quran. Menanti jika ada kosong. Cuma masih tetap sama.


Makin aneh. Kenapa jumlah kerusi dalam kelas tu bertambah tiba-tiba. Tanpa ada ruang kosong sebentar tadi? Pelik.

‘Wehhhh..kenapa dia tambah sikit-sikit ni?’

Aku tepuk meja tiba-tiba. Nawwar terkejut.

‘Tolonglahhh..kenapa dia boleh tambah lagi ni? Mesti orang Arab main belakang ni, tasjil manual dekat tasjil qabul..tak adil niii..’

Seisi rumah riuh. Aku dah panas dalam ni. Membara.

Aku post setiap inci update ini dalam group Irbedians. Semua mata terkejut. Masing-masing tidak berpuas hati. Kami ditindas. Kejam betul students Arab buat macam ni. Kasihanilah kami, budak melayu yang kecil molek ^_^

Naik lagi. Naik lagi. 87.. 88.. 90! Dahsyatnya!

Ramai pula yang mesej aku dalam inbox. Waaa.. kami berperang hari ini. Jom serang rais jamiah. Huhu. Dahsyat. Tapi aku tak pergi pun. Duduk berperang depan netbook dulu.

Athirah tegur di fb.

‘Suhaaa..ulum quran ada kosong. Cepaaaaaaaaaaat’

Aku pun. Wow. Cepat-cepat. 4 tempat kosong. Arab istidraki pun kosong. Macam mimpi. Tangan terus laju. Klik sana-sini. Jangan ketar Nasuha, cool. Allah ada.

Aku buang madah, English 11-12.30. ganti dengan arab istidraki.

            Aku buang madah, Arab istidraki 2-3.30 ganti dengan Ulum quran.

            Allah… terus hadap kiblat. Sujud syukur. Sepantas kilat, kalau Engkau kata nak bagi, pasti Engkau bagi. Dan hari ini, hamba-Mu dapat pemberian-Mu. Syukur.

*****

            Niat nak tukar madah tahun 4 tu. Tapi berat hati juga nak buang, dan subjek yang sama waktu dengannya tiada. Hmmm.. what can I do now?
        
          Akhirnya inilah pilihanku setakat ini. Alhamdulillah. Sebenarnya sampai malam nanti, boleh buang dan tambah madah. Cumanya aku sudah mahu siap-siap, nak pergi hospital. Kak Aina Nadia kata jumpa di Hospital Ibnu Nafis selepas zohor. So, selamat tinggal SIS. Nanti kita jumpa lagi ye.

            Menanti di ruang menunggu. Kak Aina lambat sikit. Aku telefon mak dan abah. Cakap dengan Izati. Dia balik rumah setelah hampir sebulan berkampung di Maahad tahfiz.

Teringat sewaktu aku di Mu’tah minggu lepas. Ada program Ulul Albab. Abah telefon, tapi bila angkat, suara serak-serak yang kedengaran.

            “Kakak…ni adik laa…”

            “La…kenapa suara serak ni..”

            “Ha laa.. tau dak..setiap hari baca satu surah ulang 50 kali kott… adik dah habis satu juzu belakang!”

            Aku menjerit kecil. Wow.

            “Wehhhh..jangan la potong kakak.. kak long baru habis juzu depan…”

            “Tak kira arr.. lumba arrr…. Adik target 2 tahun saja nak habis. Setiap bulan 1 juzu..”

            “Alaaaaa…. Tunggu la. Sama-sama la..”    

            “O000hhh..mana boleh. Tak kira ar. Orang nak bagi habis cepat, nak ambik SPM pula..”

            Tersenyum aku. Teringat perbualan itu. Indahnya nikmat menghafaz quran. Indahnya rahmat-Mu Ya Allah. Adik aku yang dahulunya biasa-biasa. Pakai seluar jeans, rock lagi. Siap nangis-nangis tak mahu masuk sekolah agama.

Tapi hari ini.. rahmat Allah itu Maha Luas. Dia jauh berubah. Syukur.

            “Kakak.. nak pakai purdah!”

            Aku tergamam. Terngiang-ngiang kata-katanya tadi. Talian telefon di matikan apabila kelibat kak Aina kelihatan. Rasa macam nak sujud syukur dekat lantai hospital. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Selesai segala urusan. Terus ambik ubat di ruangan ubat. Eww.. tengoklah ubat ni. Macam honeystar. Kena letak dalam botol air besar satu sudu teh, dan minum 3 kali sehari. Glurrrp.

             Ini lagi banyak. Hampir 7 jenis ubat aku kena tempuh setiap hari. Ya Allah, sembuhkan aku. Qani’ah Mawaddah, nak sihat. Nak sembuh. Kehidupanku mahu dicorak dengan nikmat iman dan Islam. Amin.

Lepas pergi hospital. Balik makan nasi kejap dan terus pergi kelas. Termengah-mengah. Agak lewat sedikit sebab balik dari hospital jalan kaki.

3-4 petang [Fikr Iqtisad]

            Terus berjalan menuju ke Bangunan Syariah. Tingkat 5. Baru sampai tingkat 3 sudah berhenti. Waaa.. lagi 2 tingkat. Sampai tingkat 5 terus berjalan laju.

            Sampai di pintu kelas 501. Terkejut. Ramai syabab melayu. Terus mendongak ke atas. 501. Betul lah ni. Terus masuk. Aku duduk tepi kak Nik. Alhamdulillah ramai senior, sebab ini subjek tahun 2.

            Pusing depan. Haish, ini doktor yang sama dengan subjek tahun 4 aku. Patut la rasa berat nak buang, sebab aku sangat suka doktor ni!

*****

Lucu. Kelakar.

            Gelak punya gelak. Dia jalan tiap kerusi. Tanya maksud ‘Ekonomi Islam’ in Arabic ok. Aku yang duduk line ke 3 ni dah kecut perut apabila tengok senior syabab menjawab. Grrrr…
Doktor Abdullah tengah tanya Zainab. Dia tahun 1 juga. Doktor kata tak boleh cakap Arab, cakap dalam English. So, Zainab pun speaking English. Aku makin kecut perut bila doktor dah mula line no 3, mula dengan kak Aliyah. Wow, tergamam aku. Hebatnya Arab.

            Masih berbaki 2 insan, untuk giliran aku pula. Doktor berdiri di hadapan aku, aku dah mula pusing sana-sini. Nampak senior syabab sudah gelak. Whuaaa.. nak cakap apa ni?

            “Kalau tak mahu cakap Arab, cakap BI, tak mahu cakap BI.. cakap bahasa melayuuu”

            Doktor ni memang nak suruh aku cakap juga. Setiap orang wajib cakap. Macam kembali ke zaman sekolah menengah. Doktor tanya sorang-sorang.

            “Mungkin ana bercakap dalam Bahasa Arab sikit-sikit?”

            “Ya.mumkin..”

            Aku cakap 2-3 patah perkataan. Doktor tolong sambungkan. Fuh. Hebat doktor ni. Boleh bikin panas.

Balik dari kelas. Aku, Zainab dan Kak Aliyah berjalan ke Bab Syimali. Nak beli buku. Seronok dengar cerita kak Aliyah, dia pergi Ireland cuti winter hari tu.

            “Berjalan bukan sekadar untuk berseronok..tapi mencari ‘ibrah dari setiap kehidupan ala mini..”

            Yup. Sangat betul.

*****

            Buku sampai Ahad nanti. Kak Aliyah balik rumah, Zainab pula pergi ZamZam. Dan aku? Pergilah Restoran Abu Mahmud. Nak beli zinger. Harganya, 1.25JD. Boleh dikatakan agak mahal, depan kuliah Adab 0.85JD saja.

            Zinger ini, dia roti. Dalam tu dia letak kentang dan kepingan ayam salut tepung dan sos. Bergantung pada tempat yang kita beli, kadang ada yang letak jeruk. Macam yang aku beli ni, dia letak cheese. Tengok picture kat atas tu. Alhamdulillah, sedap dan mengenyangkan. ^_^

*****

Sampai saja di rumah, Hidayati kata syukbah sudah tambah. Bila aku check, bukan syukbah tambah tetapi bilangan kerusinya. Aku balik lambat, jadi sudah terlambat untuk tukar mana-mana madah yang sesuai.

            Wow, sangat terkejut. Tengoklah jumlah ni.

            Selamatlah buat semua. Selamat menempuh semester 2 yang makin sibuk dan meletihkan. Jangan lupa Allah ya semua ^__^

Mood : raining outside, in my heart?


Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
12.19 pm
10 Februari 2012

1 comment:

Khair as-sofi said...

suha, comelnye! tergelak sorang2 akak baca post ni walaupun mula2 x faham sgt =) bila baca post ni makin teringin nak pi sana..