Pages

Wednesday, May 4, 2011

JANGAN PANDANG ENTENG

          Orang suka memandang rendah pada gadis berpurdah. Benar? Aku sendiri pernah laluinya… dan baru hari ini kata-kata itu menyentap lagi hatiku. Apa bezanya gadis berpurdah? Sukarkah kehidupannya pada pandangan dunia?

          Pelbagai tanggapan negative diberikan pada gadis berpurdah. Susah dapat kerjalah… kahwin lambatlah… macam-macam tanggapan kami kutip dan angkut.

          Kenapa dan kenapa? Apa salah gadis berpurdah ini? hanya kerana memilih purdah lantas segala hal dunia menjadi satu bebanan?

          Oh tidak! Maaf sama sekali.. aku juga gadis berpurdah. Kehidupan seharianku berjalan seperti biasa. Tiada masalah…

Aku ke sekolah…

Aku makan di tempat awam..

Aku bergaul di dengan orang awam..

Aku turun program..

Aku berjalan ke sana sini dengan tiada ras was-was…

Lantas apa yang perlu aku gusarkan… sukar dapat kerja? Argh..kenapa begitu sempit pemikiran kita. Memang kerajaan tidak membenarkan pemakaian purdah ketika bekerja. Jadi.. kita janganlah pakai time bekerja. Usai kerja…pakai semula. Kan mudah? Ustazah aku sendiri melakukan perkara sedemikian. Kita boleh… jangan menyempitkan keadaan…

*****

Think positive.. pakaian bukan penghalang pergaulan kita. Pakaian bukan penghalang kejayaan kita. Siapa kata gadis berpurdah itu tidak pandai orangnya? Buktikan… jangan pandang enteng pada kebolehan gadis berpurdah…

Biarpun terlindung di sebalik hijab.. ada rahsia yang harus disingkap!


Monolog serikandi,
Serikandiumar93
6:55 pm
4 MEI 2011

14 comments:

elya khadijah said...

salam dik..

usah peduli kata2 manusia..pandangan Allah lebih penting..

moga istiqamah..^_^

Unknown said...

nisa90 : ^___^ benar kak... pandangan ALLAH itu penting.. thanks :)

[wani_mn] said...

org yg berpurdah ni bg saya orgnya cantik... xD

jgn peduli kata org.. ttpkan pendirian kita..

Izzati Hashim said...

saya kagum dengan mereka dan ukhti yang berpurdah (=

kadangkala terasa jealous melihat, teringin nak pakai.

apa2 pun, moga istiqamah.

Orange Miss said...

abaikan kata2 manusia.kita memang tak boleh menghalang kata2 manusia.
saya suka melihat orang berpurdah =).troskan serikandi umar.semoga Allah merahmati kamu =)

zahra hisham said...

jangan pedulikan dorg tu...be urself

Liza @ Adzriel AB said...

berjuta-juta kali drp begini :
http://adzriel.blogspot.com/2011/05/dah-tahu-panas-pakailah-baju-elok-sikit.html

CHE ROSSLI said...

Berpurdahlah kalau itu tuntutan syariat.

jom timbang blog

Timbang berat blog

Unknown said...

wanie : ya tetapkan pendirian!

Unknown said...

izzati hashim : jeles? jom pakai ^___^

Unknown said...

nor azizah : baik... kita abaikan ya!

thanks ukhti ^__^

Unknown said...

zahra : baik... be yourself right?

Unknown said...

liza : thanks kak atas perkongsian :)

Unknown said...

al qassam : dah timbang...