Pages

Tuesday, May 3, 2011

AKU DAH CUBA!

          Alhamdulillah, baru dikurniakan kesempatan untuk menulis. Sibuk sikit akhir-akhir ini. Tambah-tambah baru pulang dari Kuala Lumpur menguruskan sesuatu di sana.

          Tiada apa yang menarik ingin aku kongsikan di sini. Cukuplah aku kepilkan sekeping gambar di sini. Aku langsung tidak berniat untuk memakai niqab arab di sana. Terlintas di hati. Setelah sekian lama menyimpan. 3 tahun lamanya menyimpan niqab ini di dalam sampul yang aku tempah pada tahun 2008. Tahun 2011 baru mampu untuk memakainya.

          Subhanallah… rasa seronok pakai niqab ni. Nampak mata sahaja ^___^ rasa tenang sangat-sangat. Sekalipun ini kali pertama mencuba, aku tidak rasa kekok, tambah-tambah langsung tiada manusia yang memandang pelik di KL ini. Semua orang sibuk dengan hal masing-masing dan tidak menghiraukan manusia lain. Takjub! Jadi.. mudah sahaja berjalan di KL… tak rasa pelik pun!

          Tapi… mampu kuat pakai untuk ketika itu sahaja. Balik kedah aku masih mengenakan purdah yang biasa. Kenapa? Masih belum ada kekuatan untuk istiqamah dan belum cukup kuat untuk berhadapan dengan mak ^___^

Apa-apa pun aku dah mencuba! Kalian bila pula?

Salam mujahadah…

Diariku,
Serikandiumar93
5:37 am
3 APRIL 2011

13 comments:

Muhd Iqbal Samsudin said...

Mungkin juga masyarakat bandar dah banyak melihat pelancong-pelancong arab yang mengenakan pakaian sebegitu..hmm

WaFa' aN-NiSa' said...

cantiknya suha.. ska sgt tgk org b'purdah:)

.::: mr IQ :::. said...

pakailah ia dgn kefahaman...
(what ever u do, make sure its syarak)

mohammad said...

Syukur Alhamdulillah...

Liza @ Adzriel AB said...

kak liza suka tengok org yg berniqab ni. tapi diri sendiri pun belum bertudung labuh.

khaulah al-azwar said...

enti beli mcm mne purdah arab tuu?? bleh ana tau??? TQ

Unknown said...

muhamad iqbal : manusia memikirkan hal sendiri sahaja,,

aku aku..kau kau...

itu yang berlaku di kl bagi ana...

Unknown said...

wafa an nisa : alar...kak emy pakai comel lagi... ~____^

Unknown said...

mr Iq : benar...

mcm rukun baiah : faham dulu baru amal bukan?

Unknown said...

mohamad : segala puji-pujian bagi allah...

Unknown said...

liza : takpa... janji kita ada kesungguhan... suka tengok orang pakai purdah.. comel bukan? satu doa tuh..:)

Unknown said...

nurul : beli kat kak2...:)

Anonymous said...

Sorry awak.. Orang dalam gambar tu awak ke? Kalau bukan awak dapat mana gambar tu?