Pages

Wednesday, November 20, 2013

WINTER 2013


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Gambar kat atas ni, gambar buah zaitun. Sohib rumah bagi waktu qaniah balik dari kelas. Abu Khaled (sohib rumah qaniah) tengah kutip buah zaitun dengan orang syria kat bawah. Menjadi rutin di sini, bila masuknya syita, buah zaitun akan gugur, dan semua akan kutip.

Bukan semualah, maksudnya tuan punya pokok tu. Dalam universiti qaniah, memang penuh pokok zaitun. Jadi pekerja pekerja akan mula kutip buah zaitun. Bila lihat saja buah zaitun sudah mula dikutip, hati mula berkata.

Yeah, winter is coming back :)


Kejap saja masa kan. Qaniah rasa macam baru lagi buat blog ni. Baru lagi menulis. Baru lagi datang Jordan. Pejam celik celik. Ini winter 2013. Winter yang ketiga. Sekali lagi winter bakal winter terakhir. Sebab dah nak grad.

Subhanallah. Masyaallah. Dah tahun 3 rupanya aku ni. Berapa banyaklah yang dipelajari. Bahasa Arab dah mantap ka? Result masih cukup cukup makan ka? Dah nak habis belajar pun rupanya :)

Kawan-kawan blogger qaniah apa khabar? Lama juga qaniah tak update, menulis blog ni sejak datang sini.. 2011..2012..2013...

Dulu maybe serikandiumar rajin update, sekarang qaniahmawaddah malas sikit. No idea. Tapi bila qaniah lama tak menulis. Memang skill menulis terus hilang. Itulah kita. Bila tak digilap. Pudarlah warnanya. Tak bersinar.

Sedih juga bila skill penulisan dah terhakis. Tapi semangat tu masih ada, cuma masih belum menyala sepenuhnya :)


Ini pic kami. Ditangkap 14 November 2013 sempena malam grand dinner batch Tripple15 mean 1115 :) Skuad 2011-2015. Kami semua datang sekali. Mampukah kami grad bersama?

Dari kiri, kak Zahidah, Hidayati, Qaniah dan Hidayah.

Kami dah tahun 3, tinggal 2 tahun lagi untuk kami tamat pengajian. Tiba tiba rasa sedih, sayu. Sebab sepanjang 3 tahun kami di sini, banyak kenangan yang tercipta. Masak sama-sama, tidur sama-sama , gosip sama sama.

Bila dah habis belajar, semua orang akan membawa haluan masing masing.

Kahwin..
Kerja..
Sambung study..

Maybe.. sebab semua dah capai usia-usia yang sesuai untuk semua itu. :')

I will miss this moment..

Doakan kami berjaya ya kawan-kawan :)


Salam sayang dari bumi Jordan,

Qani'ah Mawaddah
8.06 pm
20 November 2013
Irbid, Jordan

No comments: