Pages

Tuesday, October 15, 2013

DOA KU


Tuhan, sungguh lama ku tidak bertinta. Jari jemari kaku untuk menaip. Hati tertutup untuk berfikir. Hingga penuh tompok hitam memenuhi hati. Baru ku sedar saat ini, begitu jauh aku telah pergi. Hanyut terpesona dengan dunia.

Hari ini Hari Raya Aidil Adha. Sama-samalah kita menyambut seruan pengorbanan itu. Pengorbanan dalam segala-galanya. Tambah tambah pengorbanan melawan godaan nafsu. Pengorbanan meninggalkan keasyikan dunia menuju kepada keasyikan cinta-Mu Ya Rabb.



Sungguh, hamba-Mu ini lalai terlalu jauh. Pimpinlah hamba-hamba-Mu ini Ya Allah menuju redha-Mu. Bawalah kami menuju cinta-Mu Ya Rabb. Janganlah Kau hanyutkan kami ke lembah dosa dan maksiat. Azabnya lembah itu Ya Allah.

Hati tidak tenteram. Jiwa rasa terancam. Ketakutan kepada-Mu. Tetapi kami tercari-cari ke mana jalan keluar yang harus kami tuju. Perit Ya Allah bergelumang dengan dosa. Peritnya kami mahu keluar dari lembah itu.

Hamba-Mu mahu kembali kepada-Mu Ya Allah. Bantulah Kami Ya Allah....


Pengemis cinta-Mu,

Qani'ah Mawaddah
Selasa, 10.58 pm
15 Oktober 2013
10 Zulhijjah 1434

No comments: