Pages

Thursday, July 11, 2013

1 RAMADHAN 1434 HIJRAH


Hampir sebulan tidak meng'update' blog kesayangan. Subhanallah, pantas masa berlalu. Sudah 1 Ramadhan. Hari ini sudah 2 Ramadhan. Niat mahu menulis entry ini semalam. Tetapi faktor kesuntukan masa, hari ini saja yang mampu untuk qaniah mula menulis kembali.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allah masih hidupkan diri ini dan sahabat-sahabat semua untuk melalui bulan Ramadhan yang mulia ini. Ramadhan Kareem. Insyaallah. Doa-doalah, kita mampu menghabiskan sebulan Ramadhan ini dengan jayanya. Amin.



Tahun ini, Allah beri kesempatan pada diri qaniah untuk bersahur, berpuasa dan berterawih di bumi Jordan. Di tanah Syam yang penuh barakah ini. Bersahur tanpa lazimnya emak yang kejut. Tapi kali ini, kakak-kakak serumah yang kejutkan bangun subuh.

Sini Subuh pukul 4 pagi. Jadi sahur kena bangun pukul 3 pagi. Oleh sebab sekarang musim panas, siangnya panjang dan malamnya sangat singkat. Cabaran berpuasa di sini. Tapi indahnya. Ada kemanisan dan kepuasaan nikmat berpuasanya. Alhamdulillah.

Kami besederhana dalam pemakanan sahur dan berbuka. Iyalah, jika di Malaysia banyaknya juadah. Tidak terkira. Lihat saja bazar Ramadhan yang padat dengan orang berniaga. Boleh dikatakan semua benda kita bila. Bila berbuka, semua benda kita sumbat. Tak larat berbuka, moreh nanti. Tak habis moreh, sahur nanti kita sambung.

Tapi lain di sini, besederhana dalam makanan. Makan saja apa yang ada. Minum saja air masaknya. Lepas berbuka cepat-cepat solat maghrib dan kemudiaanya bersiap ke masjid.

Mahu 'cop' tempat yang kami nak.

Kat sini masjid full. Padat. Orang Arab  mengimarahkan terawih. Best terawih di sini. Keluar dari rumah, jalan kaki ke masjid. Angin Ramadhan yang menyapa diri. Indah sekali.

Masuk masjid terus solat sunat tahiyatul masjid dan baca quran hinggalah azan Isyak. Orang di kanan, kiri, depan dan belakang semuanya tekun membaca al quran. Subhanallah, lain perasaan beribadat di tanah Syam ini. Indah sangat. Alhamdulillah.

Yang paling menusuk ke kalbu. Imam terawih adalah Syeikh Makmun. Salah seorang Pensyarah di Universiti Yarmouk. Suaranya merdu sekali. Seakan berjemaah di Makkah rasanya. Syahdu.

Nak tahu? Kami solat 8 rakaat sahaja. Dari lepas Isyak sampai dekat pukul 11 malam baru habis dicampur dengan witir 3 rakaat.

Kenapa lama sangat? Iyalah. Syeikh habiskan 1 juzu. Masyaallah. Indah kan? Tak sedar pun dah habis 8 rakaat. Sebab suara syeikh sedap sangat. Dah habis tengok jam. Eh, dah nak pukul 11 malam.

Sampai rumah pukul 11.20 malam gitu. Kena tidur awal. Iyalah kan nak bangun qiam dan sahur. Nanti mengantuk. Kelas pukul 8 pagi tu. Allah... cabarannya. Tapi sangat indah.

Sahabat-sahabat, jom sama-sama kita imarahkan Ramadhan ini sebaiknya. Mana kita tahu, Ramadhan ini mungkin Ramadhan kali terakhir buat kitalah. Lihatlah peperangan melibatkan Umat Islam di tanah Syam makin teruk. Apakah kita tidak sedar, sesungguhnya Qiamat itu sangat dekat?

Sekian sahaja untuk kali ini.

Kullu 'am wa antum bikhair...

Allahuma ballighna Ramadhan...

Amin..

Qani'ah Mawddah
Duwar Naseem
6.11 am
11 Julai 2013

1 comment:

Dzureen Darwis said...

Assalamualaikum. Wah best nya :) Salam ramadhan